Mohon Cuba Orang Lain

1:52 PM


Bismillah,

"As salam. Hai Af"

Tiba-tiba aku dapat mesej dari kawan lama. Dia punya lama kira kawan zaman paleolitik dulu la jugak. Af? Oh gay sungguh nama aku tu. Aku mula scan satu persatu.. ye la orang hilang tetiba muncul balik, kira musykil la jugak kan?

Kat facebook display picture gambar dia mengenakan kot hitam, diambil dari bahagian sisi dan sangat kemas sambil tunjukkan isyarat bagus. Hmm.

Timeline dia penuh dengan kisah kejayaan dia semata-mata. Dia mampu mengubah hidup dalam tempoh beberapa bulan. Ramai dah orang join ngan dia dan rata-rata mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan. Ada gambar dia pergi bercuti beramai-ramai, hantar mak bapak pergi menunaikan haji, ada gambar duit dan barang-barang yang pada perkiraan aku seumur hidup pun aku tak mampu beli.




Hmm aku hadap balik mesej yang baru dia hantar tadi..

Agak-agak patut tak aku reply dan tadah telinga dengar janji-janji manis melambung melangit

..atau aku just matikan lappy dan keluar lunch ngadap nasi



P/s : Rezeki aku mungkin tak secukup mana, tapi insya Allah aku akan ikhtiarkan cara lain.
         Terima kasih atas keprihatinan dan nama yang ko bagi kat aku :)
     

You Might Also Like

6 comments

  1. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete
  2. hehehe.. menarik jugak message tu

    ReplyDelete
  3. reply dan cuba tukar topik yang lain yang buat dia bosan malas nak layan..selalu buat camtu je..tak reply kang kata sombong pulak kan..time tu la nak gunakan nama kawan..huhu

    ReplyDelete
  4. Kawan lama carik ada beberapa sebab, hewhew.. Sama ada nak pinjam duit,nak jemput kenduri kawen, atau invite join program ala ala MLM. *pengalaman.. jenuh taici sana sini kikiki

    ReplyDelete
  5. Wow. Gambar dah cukup bergaya. Tapi bila gambar terlampau bergaya, itu dah menunjukkan ciri-ciri MLM pulak. Serammmmm T_T

    ReplyDelete
  6. kekadang kenpius dengan mlm. tengok kengkawan kita sendiri join maka semakin kenpius diri ini. mungkin mereka ini pandai berniaga. tak semua ada skill yang sama. ikut cara memasing lah mencari yang halal. pis yo

    ReplyDelete