'> Uncle Bulu | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, December 8, 2015

Uncle Bulu


Bismillah,

Sebelum ni

"Lipas.. mana lipas ni",teriak aku bila nampak dia mula main air kat dapur. Mencecet dia lari ke ibunya

"Cicak tangkap Jasmeen ni", teriak aku lagi bila mana aku lihat dia dok leka main bedak ibunya kat bilik. Berlari lagi dia ke ibunya.

Tapi sekarang ni dia boleh nak gelak-gelak bila aku petik nama cicak atau lipas. Nampaknya aku kena ubah strategi lain. Cicak dan lipas tak cukup untuk menakutkan dia lagi.

Kelmarin tengah elok Jasmeen makan, kawan aku datang bagi salam. Sebaik si Jasmeen toleh ke arah kawan aku, dia terus pecut 4x100 meter ke dapur. Nangis jangan cakap la. Macam kena histeria.

Sekarang aku tak risau lagi. Asal dia mula nak buat fiil pelik-pelik, aku akan petik nama kawan aku ni.


Uncle Bulu yang menjadi igauan dan mimpi buruk Jasmeen


"Uncle bulu.. oo Uncle Bulu. Amik Jasmeen ni"

Mujur Uncle Bulu ada.. senang aku nak buat kerja. Aku siap upload gambar kawan aku tu dalam enset dan aku cadang nak letak kat tempat-tempat kritikal tumpuan Jasmeen. Jasmeen pun sekarang takut-takut nak main enset lagi.

Aku cuma harap enset tu tak terselit bawah bantal aku. Kang pelik plak puan isteri tengok aku nangis teresak-esak berhingus bagai time nak kejut aku bangun pagi.


P/s : Aku pinjam gambar ko ye Fadhlur hehe



2 comments:

  1. gitu pulak dah..sampai bilalah takutnya tu..takut nanti geng baik pulak dengan uncle bulu..

    ReplyDelete
  2. hahha ini terbaik.. tengok berapa lama blh tahan takut jasmeen tu kt uncle bulu

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com