Bismillah,
Aku ada dapat mesej melalui aplikasi
Whatsapp yang mengatakan penerima
BR1M dikehendaki mengisi semula maklumat baru di laman sesawang
e-BR1M kerana maklumat lama tidak lagi boleh diguna pakai. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan tidak mendapat bantuan.
Bukan aku je, kengkawan aku yang lain pun dapat mesej yang sama. Dorang ada cuba isi maklumat baru walaupun sebelum ni dorang dah kemaskini untuk
BR1M 2016. Tapi gagal kerana maklumat mereka telah ada di dalam sistem.
Jadi inisiatif aku hari ini, aku telefon sendiri pihak
LHDN yang menguruskan
BR1M untuk dapatkan kepastian berkenaan perkara ini. Aku dapat bercakap dengan pegawai bertugas yang bernama
Puan Wani dan dia maklumkan penerima yang telah berdaftar hanya perlu kemaskini maklumat baru sahaja dan tidak perlu mengisi balik maklumat dengan akaun baru. Hanya penerima yang baru mohon
BR1M 2016 sahaja dikehendaki membuka akaun baru.
Jadi Puan Wani sudah mengesahkan maklumat sebenar berkenaan perkara ini. Untuk sebarang kemusykilan dan kepastian, sila hubungi ;
Hotline BR1M LHDN :
1-800-88-2716
Hotline BR1M MOF :
03-8882 4565 / 03-8882 4566
8 Comments
thanksss for the info ! :D
ReplyDeleteyeah sama2 berkongsi maklumat :)
Deletewoah ada retis komen!
ReplyDeletetahniah tok! ><
kejadah ko pon sama retis ngan Lyssa dah skarang :D
Deleteso kemaskini sajalah. thanks utk info
ReplyDeletehaah untuk penerima lama just update macam tahun2 sudah :)
Deleteterjahhhh..! hahaha.. lama cek tak mai sini. (^^,)
ReplyDeleteGood info.
hy aina :) haah boleh la terjah lagi lenkali :P
Delete