'> January 2015 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, January 27, 2015

Manjanya Nama Dia


Bismillah,

Entah tak ingat pula bila, tapi around bulan ni la aku bawa isteri dan anak ke pasaraya si kawan Nobita tu. Cadangnya nak beli barang basah, almaklumlah dah habis stok.

Sampai di hadapan pintu masuk, aku pergi ambil trolley sementara puan isteri melayan karenah Jasmeen ke hulu ke hilir yang teruja dengan mainan syiling seringgit tu. Aku lantas mendapatkan dorang dan mula bergerak masuk ke dalam.

Aku selisih dengan sorang mat bangla yang bergegas keluar pintu, cuba mencapai telefon bimbit dari dalam poket. Dari cara dia jalan, nampak macam penting sangat sambil meninggalkan bau-bau hamis di belakang.

"Hello..", katanya setelah mengangkat telefon

"Hello.. Hello Kitty"

Kahkahkah terbahak-bahak aku ketawa time tu jugak. Bukan setakat aku, puan isteri terus tutup mulut tahan gelak. Rare betul nama dia. Kalau tak comel sekalipun, harap empunya nama tu ada pakai reben serupa Hello Kitty!


Nama penuh dia aku tak pasti la, tapi serius comel bila dipanggil begitu. Kena pada tempat dan caranya hahaha

Friday, January 23, 2015

Perasmian Pembukaan Butik Fareeda Alamanda, Putrajaya

Bismillah,




Aku dah lama tau salah satu shop lot kat Alamanda, Putrajaya depan Parkson.. Kalau tak silap nak dibuka butik Fareeda. Muka Fareeda terpampang besar kat dinding siap berconteng misai. Sape la punya keje..

Puan isteri dah mengayat aku baeekk punya. Nak join merasmikan pembukaan katanya. Aku tak kisah, lagi pun Ahad ni kami takde plan selain menjadi supir orang tua aku ke walimah anak kawannya pada hari Sabtu.

Kepada yang berkelapangan, boleh la turut serta memeriahkan acara perasmian butik baru Fareeda pada :

25 Januari 2015 (Ahad)
10am - 10pm
Lot G03, G04
Kompleks Membeli Belah Alamanda, Putrajaya

Kepada puan isteri tak perlu tunggu Ahad nak merasmikan pembukaan lah. Bila-bila pun boleh asalkan ayang terpacak depan pintu kedai time promoter butik tu bukak pintu.

Eh kira rasmi pembukaan jugak la tu uhuk-uhuk

Mini Giveaway By azhafizah.com


Bismillah,

Dah lama aku tak tengok sabun serupa ini. Last aku guna masa lepas tingkatan tiga dulu. Heh tengok pipi aku la, gebu mulus bak hang! Sabun papaya kalau aku tak silap. Bab hilangkan kulit berminyak memang aku setuju 100%.

Jom join GA mudah dari Azhafizah. Just copy, buat entri mudah dan link kan ke blog dia. Esok lusa dapat la sabunnya *keyakinan diri peringkat antarabangsa untuk menang itu perlu



Wednesday, January 21, 2015

Siapa Lagi Selain Kami?


Bismillah,

Kawan aku minta aku update cerita hantu. Haah la lama rasanya aku tak buat cerita hantu kan? Hmm cerita pasal hantu ni, aku teringat satu peristiwa. Berlaku kat makmal aku. Ceritanya macam ni..

Sampel ikan baru tiba untuk dianalisis. Memandangkan salah seorang staf makmal aku bercuti, jadi aku minta bantuan kawan aku Jannah dan Che Wan. Boleh je aku run analisis sendirian, tapi aku takut tak sempat nak siapkan sebelum pukul 5 petang memandangkan sampel tiba di tangan aku pun lewat.. pukul 2 petang.

Aku mainkan lagu dalam telefon aku seperti biasa, sedikit sebanyak meriuhkan lagi suasana. Aku di bahagian dilution dan spiking manakala Jannah dan Che Wan menyiang dan blend sampel. Mereka berdua berada di hadapan aku.

Che Wan pergi menyimpan sampel, tinggal aku dan Jannah. Dalam aku termenung, aku melihat Jannah berpaling ke sisi sekali sekala. Mungkin cari Che Wan

"Kenapa Jannah? Cari Che Wan ke?", tanya aku

Jannah senyap seketika..

"..saya mati-mati ingat Che Wan belakang saya", ujar Jannah

Berkerut kening aku. "Kenapa?"

"Ada 'orang' tegur saya", sambung Jannah lagi

Suasana terus sunyi. Krik kriik kriiik

gambar waktu kejadian sewaktu Jannah dan Che Wan sedang menyiang ikan


Tiba-tiba aku teringatkan gadis bergaun merah yang pernah aku ceritakan dulu. Korang boleh baca DI SINI.

Kalau Jannah anggap Che Wan yang tegur dia.. itu bermakna suara yang dia dengar tu, suara lelaki la kan? Jadi selama ini gadis bergaun merah bukan bersendirian?

Deng!

Monday, January 19, 2015

Caliph Busker : Buta Yang Sempurna

Bismillah,

Semalam sebelum tiba giliran Romancinta didendangkan di atas pentas, puan isteri kata lagu ni tidak akan dibawa oleh Aweera, sebaliknya dibawa oleh penyanyi dari Indonesia.

Aku sedikit hampa. Pada aku vokal yang dilontarkan oleh Aweera sangat mantap hingga boleh cecah pitch tertinggi. Bila lagu asal dinyanyikan orang lain, sedikit sebanyak mengganggu gugat emosi aku untuk terus menonton persembahan tersebut.

Sejak kamu pergi menjauh
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
Dalam hening jiwa


Aku perati je penyanyi dia.. Orang buta rupanya dan setiap pemain muzik yang bersamanya juga buta. Walaupun suaranya tak sehebat Aweera, tapi dia berjaya menarik perhatian aku.

Peluang..
Jarang aku lihat golongan sebegini diberikan peluang
Hanya mereka yang sempurna sahaja sering mendapat tempat di kalangan masyarakat
Aku percaya, jika mereka diberikan sedikit ruang dan peluang
Mereka pasti mampu bersaing dan memberi tentangan pada mereka yang celik matanya

Aku toleh ke sisi, aku lihat puan isteri sudah menitiskan air mata. Semoga Caliph Busker dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjuangan hidup mereka.

Mereka lah yang aku maksudkan.. buta yang sempurna.


P/s : Serius meremang bulu roma aku semalam

Friday, January 16, 2015

Motif?


Bismillah,

Aku didatangi oleh seorang gadis kecil molek dari arah sisi, yang sedari tadi aku lihatnya bergerak kehulu dan kehilir.

"Assalamualaikum abang", sapanya. Aku buat-buat macam terkejut padahal aku dah tau dia nak tegur aku. Aku jawab salam. Senyum sambil memerhati majalah pada tangannya.

"Pinjam masa abang sekejap boleh?"

Heh! Bab pinjam masa ni, hanya dua kategori manusia je yang guna. Penjual insurans dan promoter.

"..saya ada jual buku agama"

Yes! She's promoter. Dia pun promote bla bla bla.. senafas! Pastu dia berhenti. Aku dengarkan je, tak halau atau menunjukkan rasa berminat. Takpe la dia cari rezeki, apa salahnya kalau aku bagi dia ruang.

Tetiba aku nampak ada cd di balik buku-buku yang dia pegang lantas aku tanya dia. Dia menghulurkan pada aku. Aku pulak tanya dia bla bla bla.. senafas! Ok dia berjaya menarik perhatian aku dengan cd kisah para rasul tu. Aku ingat nak belikan untuk Jasmeen.

"Err tumpang tanya.. abang dah kahwin ye?"

Aku angguk dan senyum kambing. Dia balas senyum.

"Abang tak macam lelaki yang dah berkahwin pun. Kalau saya tak tanya, mati-mati saya ingat abang 20an"

Ok, kalau macamtu abang beli semua cd ngan buku tu! *tetiba

masa menunggu rasa singkat bila kena puji cenggini


**********

Masa aku bayi dulu, mak aku pernah buatkan moyang aku melatah. Dalam tengah melatah tu sempat mak aku minta petua awet muda untuk aku. Masa tu moyang aku tengah menggendong aku.

Moyang aku melatah lalu ditekan lelangit mulut aku dan dibacakan beberapa baris doa.

Itu apa yang mak aku bagitau aku la..


Aku tengah cuba resolusi kamera telefon aku *motif sangat kan?

**********

Dah banyak kali aku ditegur macam macamtu, dah tahap lali sampai terpaksa aku keluarkan kad pengenalan sebagai bukti.

Motif aku cerita?

Saje je nak bagitau aku awet muda kahkahkah

(berlalu pergi sambil membiarkan lobang idong kombang kompih tak sekata dengan senang hati)


P/s : Petua lain.. kekalkan wudhuk selalu :)


Tuesday, January 13, 2015

PHYTOBUST SERUM : Produk Untuk Wanita


Bismillah,

"Abang jangan lupa promote ye", pesan isteri aku.

Aku anggukkan je. Seawal pagi tu aku rasa kelengkang dan ketiak aku sudah merembeskan peluh yang gila babeng banyak. Nervous mungkin.

**********

Di pejabat, sedang elok officemates aku duk bersangkut kat panel meja aku.

"Err korang. Wife aku ada jual produk", aku mencelah sesambil dorang tengah berborak.

"Produk apa? Ubat kurus ke?", teka salah seorang daripada mereka.

"Ubat.. err ubat", aku terus kaget. Macamana aku nak explain? Adakah dengan cara tutorial atau bahasa isyarat? Mata-mata officemates aku semua tertumpu ke aku sambil menunggu jawapan. Ketiak aku meleleh lagi, kali ni lebih lebat cuma belum bertakung je lagi.

Aku mula gerakkan kedua tangan aku. Memusing-musingkan tapak tangan pada dada sambil dada aku kuakkan sedikit ke depan. Nah! korang dapat tak apa yang aku cuba sampaikan?

Tapi officemates aku tak faham.. tak tau la kalau dorang memang nak pedajal aku!

Lua memang nampak normal, tapi dalaman.. ciriitt!! Apa kejadah la wife aku suruh aku briefing officemates aku pasal PRODUK PEMBESARAN PAYUDARA!!

Niat nak bantu tu dah murni dah. Tapi kalau macamni punya gaya, harus ketiak aku kena pakai pad. Aiyak!

**********







Heh korang dah baca kan? Serum ini digunakan untuk membantu menganjalkan, membesarkan dan memantapkan payudara wanita. Anak dara, wanita bujang dan wanita yang berusia juga digalakkan untuk menggunakannya. Serum ni memberi kesan dalam tempoh seminggu tetapi ada ada feedback daripada pelanggan yang merasakan perubahan seawal 3 hari! Mungkin bergantung pada hormon dan gen pemakai. Serum ini 100% diperbuat daripada tumbuhan semulajadi.

Serum ni memang terbukti.. cuma belum test kat dada aku je lagi kuikuikui. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan produk dan penghantaran, boleh la terus rujuk isteri aku RADHIAH IZZATI, 017-9879178.

Sunday, January 11, 2015

Nasi Lemak Beratur


Bismillah,

Kat simpang depan sebelum masuk ke perumahan mak aku, ada kedai jual sarap (mean sarapan) yang mana aku panggil nasi lemak beratur. Nasi lemaknya tak beratur.. cuma korang yang perlu beratur panjang untuk mendapatkan nasi lemaknya.



Ada 3 intipati utama untuk melariskan perniagaan, iaitu ;

  1. Cepat
  2. Murah
  3. Sedap

Apa yang aku nak bagitau, sambal nasi lemak dia marvellous! Harga untuk nasi lemak biasa dalam polisterin adalah RM1.20 (baru je naik harga RM0.20 lepas bertahun-tahun meniaga kat situ). Pakcik tu pun tak kemut bagi kan bilis lebih, telur rebus pun potong 4. Cepat? Hmm sama cepat dengan makcik kedai gerai sebelah tapau nasi lemaknya (purata halaju dalam 1km/j)

Aku frusted kalau nak makan nasi lemak pakcik tu sebab nak kena beratur panjang. Gerai pakcik tu dibuka seawal 8.30 pagi hingga 10 pagi.. atau mungkin lebih cepat. Kalau korang tak nak beratur boleh je order ngan dia sehari sebelum, bermakna korang hanya datang ambil terus pada keesokan hari tanpa perlu beratur panjang.

Kalau korang lalu Taman Kajang Putra (bersebelahan pasaraya Giant) atau lalu di hadapan Taman Kajang Mewah (bersebelahan Bangi seksyen 7), boleh la singgah untuk rasa sendiri nasi lemak pakcik tu. Gerai dia betul-betul tepi jalan hadapan Tadika Sayang.

Kalau aku tak nak beratur pun boleh je. Janji aku datang beli naik motor abah aku. Gila kau motor bilal sape tak kenal!

Motor abah aku lagi femes dari aku isk isk isk!

Friday, January 9, 2015

Poligami


Bismillah,

Apa akan kau lakukan bila kau ditegur oleh sebarang wanita yang tak kau kenali, jadikan kau sebagai kawan dan dia sangat terbuka untuk berpoligami di laman mukabuku miliknya? Wallaweh!! Tak perlu aku teka pandangan kaum hawa lebih-lebih lagi yang bergelar isteri dan ibu, tapi sebab rata-rata yang komen dari kaum adam, jadi aku lihat hanya LIKE dan status memuji-menyokong saja lah pada status-statusnya!

..dan secara tiba-tiba ramai pulak jejaka jejaki yang mengaku imam muda, pencetus ummah, anak imam, bilal masjid memandangkan wanita tersebut berniqab.

Adik membuat pilihan yang tepat jika memilih abang
Sedang elok.. abang pun sedang mencari suri di hati
Maaf abang sayang bini abang *dan dan  terus kol bini


Hak tuihh *maaf tetiba kahak berbakul sangkut kat tekak aku.


Nasib lah aku kuat imannya *pun haktuih gak


**********

Itu hak dia. Dia nampak apa yang dia perlukan di dunia dan akhirat sana. Kalau kaum hawa yang lain pun nampak apa yang dia nampak, aku rasa esok lusa masing-masing bawa calon isteri untuk suami masing-masing.

Aku? Aku tak boleh kata apa. Memastikan dan meramal jodoh bukan bidang kuasa aku. Selagi boleh elak, aku elak. Aku akan hasilkan lebih banyak hutang dan anak. Jadi secara automatik aku hilang syarat untuk berpoligami dan kelayakan aku dinafikan serta merta.

Bukan menafikan, sekadar mengelak. Mengelak untuk memikul tanggungjawab lebih, bimbang andaikata tak terpikul nanti. Selain kaki kiri aku (keras sebab diimplan besi), aku bukan seorang yang kuat uhuk uhuk.

**********

"Kalau abang nak kawen satu lagi.. kawen la. Ayang izinkan", sapa puan isteri tersenyum.

Aku buat bodo je, kunyah keropok.

Selang 3 saat..

"Abang jangan kawen lain la, ayang gurau je tadi", ujar puan isteri dengan nada gelisah.

Selang 2 saat..

"Ea bang ea, jangan kawen lain ea?"

Aku tak kata apa-apa pun, dia yang beria-ria.. tup tup dia plak yang menggelabah hahaha. Dalam banyak-banyak benda selama aku hidup ngan puan isteri, part ni yang paling aku tak boleh lupa sampai bila bila.

Cukup 4 orang bini cenggini, aku dah boleh mohon lesen bukak sarkis :D

Wednesday, January 7, 2015

#SILENTMODE


Bismillah,

Tahun baru aku diuji dengan demam. Sakit sakit badan, hilang selera makan, sakit sendi, rasa mual dan demam mengejut. Aku bajet denggi. Kalau diikutkan ini kali ke 3 aku kena.

Isnin demam teruk, Selasa demam kebah tapi simptom-simptom lain masih kekal. Pagi tadi puan isteri minta aku ke hospital. Dia risau sebab makcik abang ipar dia baru meninggal akibat denggi pagi tadi. Innalillah.

Atas inisiatif sendiri dan rasa kebertanggungjawaban ke atas tanggungan yang masih terpikul di bahu, petang ni aku pergi hospital untuk beri sampel darah. Aku harap takde apa-apa. Harap hanya demam biasa. Doakan yang terbaik sahaja lah ye.

aku sering disalah tafsir sebagai power ranger kuning


Puan isteri sempat berseloroh..

"Bukan pembawakan budak kot.. sebab ayang kan 'cuti'"

Aisehmen lawak spesis cenggini la yang membawa kumpulan Virus ke bottom 3 minggu lepas.

"Hahaha klakau peringkat daerah!!", aku pun gelak amik hati



P/s : Err tak boleh ke jarum suntikan diganti dengan straw air kotak dutch lady?
        Nampak lebih mesra kekanak kot?

Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com