Blog Sihatimerahjambu

bulu kaki

Part Mana Paling Sakit?

11:11 AM


Bismillah,

Sesudah menjalani pembedahan, aku ditanya kawan satu soalan.

"Sakit tak operation hari tu?"

"Tak, sebab doc dah bagi bius kan?", jawab aku.

"Time cucuk bius kat spinal?"

"Tak jugak", ringkas dan padat jawapan yang aku bagi.

Kawan aku macam tak puas hati. Dia macam nak tau sangat part paling sakit yang aku alami selepas operation.

"Kau nak tau time bila aku rasa sakit?"

Kawan aku mengangguk laju.

"Time nurse tarik sallotape luka yang mana terlekat sekali bulu-bulu kaki aku! Sejemput gak habis kat sallotape tu je"

Sapa yang tak ada bulu kaki.. memang tak rasa azabnya macamana. Rasa macam nak tertanggal sekali ngan kulit kaki!


landskap akuarium

10 Landskap Akuarium Yang Awesome

12:00 AM


Bismillah,

Aku pernah beli akuarium semata-mata nak buat landskap macam ni.. tapi tak pernah berhasil. Ternyata memerlukan modal yang besar dan masa yang lama. Hmm.. aku bukan orang yang sangat penyabar sebenarnya.

Sekarang akuarium aku dah ada bawah katil uhuk..











idea kreatif

Teh Ikan Emas Yang Awesome

12:02 PM


Bismillah,

Bila aku Google, aku ternampak benda alah ni. Teh ikan emas. Eh bukan betul-betul ikan emas, tapi uncang teh yang berbentuk ikan emas. Nampak hidup bila diletakkan di dalam air.. dengan ekor dan sirip yang meliang liuk huhu.


Anak aku si Jasmeen konfom tak akan kacau lagi cawan aku lepas ni sebab dia takutkan ikan. Oh sebelum terlupa ikan emas ni tak perlu diberi makan, so korang tak perlu la ke pet shop untuk beli makanannya ye.. dan tak perlu juga letak antiklorin :P



arthritis

Rehat Yang Panjang

10:56 AM


Bismillah,

Aku masih lagi dalam mod senyap sejak minggu lepas. Mood tak mari-mari.. kelaut semuanya. Rutin harian aku berubah sama sekali. Tidak lagi berkejar kad pengetik waktu setiap pagi dan tidak perlu lagi menghantar Jasmeen ke rumah orang tua aku. Segalanya yang aku lakukan sekarang di atas katil.

7 Mac haritu setelah dipersetujui dengan pihak hospital dan doktor pakar, aku akhirnya telah mengeluarkan besi yang tertanam pada kaki kiri aku sejak 12 tahun yang lalu. Bukan sengaja aku hendak keluarkan tetapi terdapat jangkitan kuman (osteomyelitis) sehingga mengeluarkan sirus (air dari sel tulang yang mati) bersama nanah pada kaki kiri aku tu. Lagipun kaki aku kerap sakit sebab radang pada sendi atau dikenali arthritis. Proses pemulihan yang lambat menyebabkan aku buat keputusan drastik.



Kaki aku sekarang tanpa tulang, kemungkinan untuk pulih ada tetapi kemungkinan untuk patah kembali pun ada. Bila dengar kemungkinan terburuk tu.. tetiba aku rasa menyesal buang besi tetapi kalau tak dibuang besi, tulang kaki aku takkan pulih. Sekarang aku terpaksa bergantung dengan antibiotik siang dan malam. Terima kasih kepada puan isteri, menyiapkan aku serba serbi dan mak abah yang banyak membantu. Aku cuma kesiankan anak aku Jasmeen, kurang kasih sayang aku. "Babah akit", setiap kali dia nampak aku bertongkat.

Aku bukan lagi iron man yang disebut-sebut. Aku hanyalah seorang lelaki kurang upaya. Aku anggap ini hanya kifarah dan ujian. Tak perlu aku nak kata apa-apa.. senyum sahaja lah :)


kisah suami isteri

Kisah Isteri Dan Minyak Hitam

2:27 PM


Bismillah,

Puan isteri ikut aku pergi servis kereta.

"Abang kenapa dorang buang minyak hitam lama? Bukan just tambah dengan minyak yang baru ke?"

Aku terangkan la kenapa minyak hitam lama perlu diganti. Dah boleh dah kalau nak lantik aku jadi jurucakap minyak hitam. Bukan setakat minyak hitam.. ilmu aku turut mencapah ke minyak diesel, minyak gamat, minyak di muka dan minyak senyonyong.

Puan isteri mengangguk faham..


3 minit kemudian..

"Abang.. abang. Rasanya dorang salah isi minyak tu"

"Kenapa plak?", tanya aku

"Sebab minyak yang dorang isi tadi.. bukan warna hitam. Minyak hitam should be warna hitam kan? Kan?"

Ok foine! Isteri aku sangat lurus dan aku tau isteri korang pun tanya soalan yang sama bila mula-mula tukar minyak hitam dulu. Elleh jangan kencing aku laa