Blog Sihatimerahjambu

Allen Castello

[Video] She's Gone By Allen Castello Kilauan Emas 5

12:52 PM


Bismillah,

Dapat gak aku full video dia.  Suara high-note macam ni, teringat plak aku kat Black, Azlan, Aweera. Aku kalau bantai karok lagu high peak macamni.. alamat satu lagu je la lepas tu terus jadi kecik suara aku. Pecah halkum.

Rata-rata mengatakan aku lebih sesuai membawa lagu balada yang berunsur nasihat atau lagu-lagu sekolah kebangsaan mahupun jenis kebangsaan.

Jom layan..

video

kisah keluarga

Abah Dan Menantu

5:40 PM


Bismillah,

Ni cerita pasal abah dan adik ipar aku. Kisahnya abah, mak, angah dan suaminya balik ke kampung. Bawa sekali anak aku si Jasmeen sebagai batu ladung. Entah siapa punya tekak yang dahaga, perjalanan terbantut dek kerana berhenti basahkan tekak seketika.

Si menantu suka melayan Jasmeen lagi-lagi anak aku ni gebu isinya.

Dicuit peha Jasmeen, buat tak layan je anak aku tu.

Sekali lagi dicuit.. masih tak memberi sebarang respon.

Mungkin sebab geram, kali ni dipicit-picit peha gebu tersebut. Cuma bukan si Jasmeen yang bagi respon.

"Peha abah yang Zul picit-picit.. cuit-cuit tu", abah aku tersipu-sipu malu. Aku beranggapan abah aku blushing ketika itu sambil menggeget-geget hujung straw. Aku bayangkan je pun.

Si menantu apatah lagi. Kalau aku ada kat situ, aku cadangkan si menantu terus nyanyi lagu enjit-enjit semut dan pasti abah aku ingat si menantu ajak main enjit-enjit semut. Ini baru dikatakan coverline peringkat daerah. Mungkin dari enjit-enjit semut.. mereka drag ke permainan zero point  plak ke?

Hai konfius peha bapak mentua ngan peha anak buah gamaknya :D




kisah alam rumahtangga

Setiap Isteri Berhak Marah

10:36 AM


Bismillah,

Semalam puan isteri ajak keluar cari susu si Jasmeen. Almaklumlah, si Jasmeen kalau kurang makan nasi.. kuatlah tang susunya dan begitulah sebaliknya. Susunya ada je lagi, tapi sengaja aku beli lagi semalam untuk dibuat stok.

Bila di kaunter, harga yang di scan tak sama lagi seperti seminggu yang lalu. Naik RM5 untuk sepek susu seberat 1 kg. Terkejut juga aku tapi tak seteruk puan isteri. Mula-mula dia query sebab baru minggu sudah dia perolehi susu tersebut dengan harga lebih rendah.. tup tup belum sampai masa untuk dinaikkan harga, harga sudah pun melonjak naik.

At last aku lihat puan isteri senyap sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Aku tau dia marah. Sesiapa pun berhak rasa marah lebih-lebih lagi bila melibatkan keperluan anak. Kalau barang lain naik harga, selagi kita tak mati kalau tak beli.. boleh discard tepi. Tapi kalau susu anak, nak tak nak terpaksa juga beli.

Aku teringat bila abah aku cerita masa kecik dulu, dia adik beradik minum susu pekat manis sebab nenek aku tak mampu beli susu tepung. Aku pandang Jasmeen kat pangkuan puan isteri yang sedang menyusu. Aku usap lembut ubun-ubunnya.

Takpe lah sayang, selagi babah dan ibu mampu menggerakkan tulang temulang ini.. selagi itu janganlah kau risau biarpun bergolok bergadai babah dan ibumu ini. Tak suap ke mulut ibu.. tak mengapalah, asal ada sesuatu untuk disuapkan ke mulutmu.

Itu apa yang aku rasa, belum lagi isteri aku kerana dia lebih berhak rasa marah kerana dia yang menanggung beban 9 bulan lamanya, mengerang sakit melahirkan anak-anak. Betullah kata mak aku "Along dah ada anak nanti.. along tau lah macamana rasanya"


Susah payah aku.. perih jerih aku, semuanya untuk anak-anak aku. Ingah pesan babah, andaikata kau baca entri ini suatu hari nanti.. jangan kau biarkan ibumu menangis dan bersedih lagi.