naruto

Jika Naruto Di Dunia Nyata

5:13 PM

Bismillah,

Pernah tak terfikir bagaimana rupanya Naruto dan watak-watak yang lain di dunia nyata? Aku pernah tengok watak-watak komik yang difilemkan tapi kualitinya tak bagus. Tapi tadi aku nampak Naruto dan watak-watak yang lain dalam ceritanya sangat seiras seperti dalam komik. Jom kita tengok dulu







Cool kan? At last bila aku riki baru aku tau ada pementasan teater muzikal Naruto weekend ni kat PWTC. Sape-sape kipas-susah-mati Naruto boleh la tempah tiket sekarang. Tapi seyes serupa muka dorang macam dalam watak. Aku harap jalan ceritanya pun ohsem!

Kalau korang kipas-susah-mati Naruto, mesti korang boleh namakan setiap satu watak kat atas tu kan?huhu






cat model

Kucing Comel Untuk Di Makan

6:09 PM


Bismillah,

Comel plak nak makan kucing-kucing kat bawah ni walaupun tau dorang memang boleh dimakan. Idea asalnya datang dari blogger CarolineLaura yang kebosanan. Kucing-kucing itu diperbuat daripada coklat.


Mana tak comelnya setiap kucing menunjukkan aksi tersendiri. Aksi kucing tersepit tu yang paling tak boleh plak. Bayangkan, dah la tersepit, comel plak tu.. korang rasa mampu nak gigit dia tak?

Aku yang comel ni pon takde orang nak geget.. ni kan plak kucing-kucing tu *sebab orang kata aku comel macam kucing

makan time!

macam duduk kat sofa plak

aku rasa kawan dia tu mabuk..

main nyorok-nyorok kot?

kelakar kucing ni tersepit

sekawan kucing dengan pelbagai aksi

ok, persatuan kucing setaman buat miting..

..berkenaan anak muda kucing duduk melepak

sedang merenung masa depan..mungkin

kucing dan tapak kaki :)




gamebook

Game Review : Joe Dever's Lone Wolf

11:05 AM


Bismillah,

Diadaptasi daripada koleksi novel Joe Dever yang mengetengahkan novel bergenre permainan di mana pembaca sendiri menentukan setiap keputusan yang hendak dibuat dan jalan ceritanya. Aku berkesempatan bermain dengan novel ni masa di sekolah menengah dulu. Suspen jalan ceritanya, kalau duduk sensorang boleh tegak bulu roma.


Ok daripada novel, kini ia diperkenalkan untuk permainan android plak. Tajuknya Joe Dever's Lone Wolf. Permainan strategi yang mengekalkan konsep yang sama seperti novel. Setiap keputusan yang kita buat akan menentukan jalan cerita kita yang tersendiri. Sorry to say, game ni memang layan. Korang boleh muat turun aplikasi ini di Google Play Store secara percuma.



Sayangnya percuma hanya untuk jilid awal sahaja, untuk sambung ekspedisi kena beli. Hmm walaupun aku dapat main episod awal, apa yang boleh aku katakan game ni sangat memuaskan. Grafik cantik, jalan cerita menarik tentu tak bosan untuk kaki-kaki game di luar sana.



Ok aku rate 4 bintang untuk permainan ini, kalau dia buat free.. dah tentu aku bagi bintang penuh :)

couple's video

Bila Wanita Disolek Teman Lalaki [VIDEO]

6:03 PM


Bismillah,

Jangan cakap dorang, aku sendiri tak pernah solek isteri aku. Setakat lapkan eyeliner terbabas tu ada la. Apa-apa pun, effort tu ada. Tapi kalau tangan dah tak bedung nak buat macamana la kan? Di luar kepakaran kami sebagai lelaki dan jejaka maskulin. Ececeh

Lain la kalau sejak azali lagi mak kami suruh pakai mekap :P

video

card

Kad Kutukan Menjadi Kad Terbaik Anda!

5:43 PM


Bismillah,

Don't judge a book by it's cover..

Jangan kita nilai dari luarannya. Siapa sangka kat terteruk yang anda terima boleh menjadi kad terbaik yang anda dapat seumur hidup anda. Buka lipatan dan lihat sendiri.. jangan lihat luarannya sahaja ye :)


Bukan semua benda yang buruk itu tidak cantik dan indah di dalamnya. Tak gitu?














ayah dan anak

Gambar Ini Menjadi Bencana Bila..

5:29 PM


Bismillah,


Siapa sangka gambar sweet antara ayah dan anak ini menjadi bencana kepada si ayah. Si ayah, Al Ferguson yang berusia 26 tahun bersama bayinya yang baru lahir, Ted Shat telah mengambil peluang untuk bergambar bersama. Tetapi sedang jurugambar Kristy Grant mengambil gambar, tiba-tiba si anak memancutkan najis dan terakam ke dalam gambar yang mahu diambil.



Si bapa merasakan itu adalah sesuatu yang lucu dan gembira. Tidak menyangka keadaan tersebut dapat diabadikan di dalam fotonya bersama anaknya itu.

ciri ayah yang baik

7 Ciri Suami Dan Ayah Yang Comel

1:13 PM


Bismillah,

Sudah 2 tahun aku bergelar babah kepada seorang anak dan seorang suami kepada seorang isteri. Buat masa ni baru seorang la.. tu pun kelam kabut dibuatnya haha. Kadangkala kita sebagai suami atau ayah ni, kita tak perasan apa yang kita buat tu.. dianggap comel oleh sesetengah orang.

Jadi kat sini aku nak kongsikan, antara ciri-ciri seorang suami dan ayah yang dianggap comel oleh orang lain.

Berikan Kejutan Kepada Isteri
Sentiasa berikan kejutan kepada isteri selain daripada hari ulang tahun perkahwinan atau tanggal hari lahirnya. Mungkin boleh bawa isteri keluar makan ke lokasi baru, pergi bercuti ke tempat-tempat peranginan yang  menarik atau berikannya hadiah.

Kebanyakan isteri tak kisah mahal atau murah, janji ada elemen kejutan di situ.

Layankan Karenah Anak Dan Isteri
Kadangkala kita diminta untuk temankan isteri keluar membeli belah atau tengah-tengah tengok rancangan kegemaran kita, anak panggil untuk temankan tidur. Layankan dan ikut sahaja permintaan mereka itu. Lebih comel bila suami yang keluarkan duit berbelanja atau dodoikan anak dengan lagu dan zikir sebelum tidur. Jangan mengeluh bila isteri minta urut tapak kaki atau tangan sebab dia tak pernah mengeluh keluar bekerja membantu kita mencari rezeki keluarga.

Jangan Tolak Permintaan
Adakalanya isteri atau anak minta sesuatu pada kita, tetapi malangnya duit kita cukup-cukup sehingga hujung bulan. Jangan sesekali menolak apatahlagi menidakkan. "Boleh, tapi bulan depan ye abang yang" atau "InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih.. babah belikan ye".

Jangan hampakan harapan mereka walaupun kita tau kewangan kita terhad. Jangan katakan tidak waima kita terpaksa janji kosong. Jika tak mampu belikan apa yang mereka mahu, sekurang-kurangnya kita bagi apa yang kita mampu.

Makan Apa Yang Isteri Sediakan
Kadang-kadang kita keluar makan dengan kawan, balik je kerja tengok isteri dah disediakan menu di atas meja. Nak tak nak jamah la sikit, jangan kecilkan hati isteri. Isteri masak sebab dia tau kita lapar. Jika kita sanggup makan tanpa isteri di luar, kenapa kita tak boleh makan dengan isteri di rumah? Fikirkan lah yang dia juga sanggup tunggu untuk makan dengan kita di rumah. Kalau kenyang, jamahlah sedikit. Bekal baki lauk ke tempat kerja keesokan harinya.

Pakai Apa Yang Isteri Sediakan
Isteri bangun pagi-pagi, gosokkan baju untuk kita. Kita pakai sahaja lah, jangan cerewet. Lainlah kalau kita ada hal atau urusan rasmi di tempat kerja. Ingatkannya malam sebelumnya. Jangan susahkan isteri. Dia bangun awal-awal pagi untuk sediakan kelengkapan kita sudah cukup susah, jangan disusahkan dengan perkara-perkara remeh yang lain.

Pakailah waima baju yang dia sediakan tu warna merah jambu atau bukan baju kegemaran kita.

Utamakan Anak Dan Isteri Terlebih Dahulu
Bila makan, pastikan anak dan isteri makan dahulu. Bila mereka dah kenyang baru kita makan. Suap sekali sekala jika perlu. Tak salah suap isteri atau anak di khalayak ramai. Bila membeli belah, beli pakaian anak dan isteri dahulu. Lelaki takde masalah.. tshirt dan jeans sudah memadai. Pakaian anak kecil dan wanita ni sedikit leceh dan cerewet. Jadi tak salah utamakan mereka terlebih dahulu.. baru beli barangan kita.

Bawa Bekal Yang Disediakan Isteri
Aku tak pernah pergi kerja tanpa bekal. Hari-hari aku akan bawa bekal sama ada sarapan atau makan tengahari. Tak ada malunya lelaki bawa bekal. Kenapa perlu malu sedangkan orang tau kita sudah ada isteri untuk menyediakan makanan untuk kita? Kenapa perlu bazirkan duit makan di luar sedangkan isteri mampu menyediakan makanan yang sedap dan lebih berkhasiat untuk kita?

Lelaki itu kelihatan lebih comel sekiranya turut membawa bekal air ke pejabat, lagi-lagi bekal air itu kepunyaan anaknya yang berwarna-warni


Tak susah sebenarnya menjadi ayah yang comel, asal korang pandai menghargai kasih sayang dan tanggungjawab terhadap anak dan isteri. Ayah yang comel adalah ayah yang baik. Ayah yang baik akan membimbing anak dan isteri membina keluarga yang harmoni dan bahagia :)

Aku bukan suami atau babah yang terbaik, tetapi aku cuba ke arah itu. Semoga aku berjaya menjadi seorang suami dan babah yang baik, bertanggungjawab dan comel insyaAllah :)

cetak baju murah

Print Kaler : Kedai Printing Terbaik!

11:31 AM


Bismillah,

Sedang elok sangat! Aku tengah riki-riki kedai printing murah sejak minggu lepas. Tup-tup aku dapat info tentang satu kedai ni. Memang superb habis. Nah aku kongsi sekali ngan korang, PRINT KALER.. kedai printing termurah, tercepat dan berkualiti yang berlokasi di Shah Alam.






PRINT KALER menawarkan service printing baju dengan pelbagai design baju mengikut citarasa korang sendiri dengan kualiti yang terbaik. Yang PENTING cetak baju dengan Print Kaler korang akan dapat 3 perkara:

Cetak Baju termurah!!
Cetak baju siap cepat!!
Cetak baju kualiti terbaik!!

Kedai printing ni bukan setakat menerima tempahan cetakan dan pakaian sahaja tetapi juga menyediakan servis cetakan cenderahati dan korporat seperti button badge, woven bag, topi, tuala, beg, pen dan lain-lain lagi.


Apa yang aku yakin sangat dengan syarikat ini, dorang ada pengalaman dalam percetakan berkomputer ni sejak tahun 2011 lagi. Korang jangan tak percaya, kedai ini menerima tempahan yang tinggi setiap hari dan kebanyakan pelanggan mereka sangat berpuas hati dan kembali untuk mengulang tempahan lagi.


Aku tak hairan sebab hasil kerja tangan PRINT KALER sangat teliti dan kemas. Bukan sahaja murah tetapi cepat. Korang mungkin boleh dapat dua ciri sama ada kemas, murah dan cepat di tempat lain tetapi di PRINT KALER korang akan dapat ketiga-tiganya sekaligus pada masa yang sama! Serius sangat berbaloi.


Untuk memudahkan pesanan pelanggan, mereka bukan sahaja tertumpu pada perkhidmatan offline tetapi mereka juga menerima tempahan online. Ini bagi memudahkan pelanggan yang berada di luar Shah Alam berurusan dengan mereka selain jimat masa dan kos perjalanan. Semuanya mudah di PRINT KALER.


PRINT KALER dimiliki sepenuhnya oleh APS Group Industry Sdn Bhd yang dikendalikan oleh anak muda yang minat dalam cetakan baju bermula dari alam universiti lagi.  Menawarkan printing t shirt murah yang terdiri daripada pelbagai jenis material seperti :

- Custom Made Shirt
- Double Interlock ITT
- Double interlock TINT
- French Ribs
- Lacoste CT – 220GSM
- Lacoste TC – 200GSM
- Lacoste CVC – 220GSM / 240GSM
- Microfibre Dry Fit
- Round Neck 100% Cotton – 200GSM
- Stair Cloth (Knitting Corporate TShirt)
- Local – Ready Made T-Shirts

Berikut adalah harga yang ditawarkan di PRINT KALER :

100 – 150 helai     : RM9.90 sehelai
151 – 200 helai     : RM9.00 sehelai
201 – 250 helai     : RM8.50 sehelai
251 – 500 helai     : RM8.00 sehelai
501 – 1000 helai   : RM7.70 sehelai
1000 helai ke atas : RM7.50 sehelai

Selain menjual t-shirt yang telah siap, PRINT KALER  juga menawarkan perkhidmatan menjahit mengikut design yang telah diberikan oleh pelanggan seperti :

- Baju korporat / F1
- Baju muslimah
- Jaket varsity
- Baju raglan
- Jaket korporat
- Vest
- Baju chef
- Apron

Antara pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan PRINT KALER adalah UMW Equipment,UMW Advantech, UMW Corporation, UiTM, UNISEL, TV3 Bersamamu, UIA, UPM,USM,  Perodua ,PDRM, TUDM dan banyak lagi.


Bila dapat tahu nama-nama syarikat gah yang telah menerima tempahan daripada PRINT KALER ni aku tak was-was lagi untuk buat tempahan dengan dorang. Jangan risau sebab harga yang dorang tawarkan sangat berpatutan dan memberi nilai kepada wang korang. Korang boleh jimat banyak bila membuat tempahan dengan dorang.

Sekiranya korang ingin membuat sebarang tempahan bolehlah pergi ke PRINT KALER di Shah Alam atau layari website mereka di :

APS Group Industry Sdn Bhd
Tingkat 3, Bangunan PTAR 1,
UiTM Shah Alam,
40450,Shah Alam
Selangor

TEL:  013.594.2697

Email: sales@printkaler.com.my


Dapatkan servis cetakan TERMURAH, TERCEPAT dan BERKUALITI di PRINT KALER!

Serius, dengan perkhidmatan yang mereka tawarkan.. aku pasti akan ulang tempahan dengan dorang lagi. Percayalah PRINT KALER akan memberikan servis terbaik untuk korang :)