'> June 2015 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, June 30, 2015

Resepi Mudah : Pulut Ayam


Bismillah,

Menu pulut ayam ni terkenal di Utara semenanjung terutamanya di Perlis, Kedah dan sempadan Thailand. Jadi aku nak kongsi cara-cara untuk membuat menu ini memandangkan resepi ini amat mudah untuk disediakan dan ramuannya senang diperolehi.



Bahan-bahan yang diperlukan :

Bahan A
1 batang serai (dipotong)
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
1 biji halia (sebesar ibu jari)
1 biji lengkuas (sebesar ibu jari)
1 biji kunyit hidup (sebesar ibu jari)
1 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa

Bahan B
8 ketul ayam
3 sudu bawang besar (digoreng) - hiasan
Minyak untuk menggoreng
Beras pulut (3 pot susu)
Sos pencicah


Cara membuatnya :

1. Semua bahan A dikisar halus, kemudian gaul bersama ayam sehingga rata. Biarkan ayam diperap
    dalam setengah jam.
2. Tanak beras pulut sehingga masak.
3. Ayam yang telah diperap tadi digoreng sehingga berwarna perang dan naik baunya. Angkat
    dan toskan minyaknya. Hidang bersama pulut yang ditabur bawang goreng dan sos pencicah.
4. Sos pencicah pulut ayam boleh didapati di pasaraya berhampiran atau boleh juga gunakan
    sos thai bagi menggantikan sos pencicah asal.
5. Selamat mencuba


Harapan Isteri


Bismillah,

"Abang, harap-harapnya nanti bila kita dah tua.. Jasmeen sanggup tadah muntah kita nanti ye", ujar puan isteri sambil mengesat cadar tilam yang dibasahi muntah Jasmeen.

Aku diamkan je walaupun aku terkesan dengan harapan isteri aku tu. Selama ni pun dia je yang rajin mengadap dan menadah muntah Jasmeen. Aku kadang-kadang.

Apa yang kita buat hari ini, kita akan dapat juga nanti. Itu hukum alam, sememangnya rotasinya begitu. Jadi jangan persoalkan kenapa aku begini.. kenapa aku begitu bila tua nanti. Paling ke belakang sekali sekala dan lihat apa yang telah kau lakukan dulu.


Kau mahukan terbaik esok.. jadi buatlah yang terbaik sekarang. Bukan untuk kau sahaja, tapi peringatan untuk diri aku juga. Aku harap satu hari nanti Jasmeen akan baca entri aku ini.. ini harapan ibu.

Terima kasih puan isteri kerana mengingatkan.


Thursday, June 25, 2015

Resepi Mudah : Ikan Bakar Berempah


Bismillah,



Bahan-bahannya :

1 ekor ikan cencaru/bawal/kembung/pari (dibersihkan dan dibelah tengah)
1/2 sudu besar kunyit serbuk/kunyit hidup (dikisar)
1/2 sudu besar cili (dikisar)
1 biji halia (sebesar ibu jari) (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1 sudu besar besar serbuk kari
1 sudu besar sos ikan
1/2 keping gula melaka
100 ml air
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

1. Masukkan kunyit, serai, halia, cili kisar, bawang putih, bawang besar,
    serbuk kari, sos ikan, gula melaka, garam dan air. Gaul sehingga rata.
2. Kemudian bahan tersebut dilumurkan pada ikan. Sumbat sekali bahan perap
    ke dalam isi ikan yang dibelah tadi. Perap selama 30 minit.
3. Panggang di atas dapur dan biarkan ia sehingga masak


Cadangan hidangan untuk 2 orang





Wednesday, June 24, 2015

[FOTO] Inilah Isteri Humood Alkhudher


Bismillah,

Tiba-tiba aku dapat info yang wanita ni merupakan isteri kepada penyanyi lagu Kun Anta - Humood Alkhudher yang hits sekarang ni. Beliau berasal dari Kuwait, merupakan seorang bekas pelajar di Ryersoon University & American International School dan kini menyambung pengajiannya di Emerson College



Namanya Mafaz Al Suwaidan, seorang jurnalis dan bergiat aktif dalam menyertai misi kemasyarakatan terutamanya di Kuwait. Orangnya sangat cantik dan manis dan mempunyai pengetahuan luas berkenaan ekonomi, politik dan seni budaya. Lelaki setampan Humood Alkhudher memang dijadikan khas untuk wanita secantik Mafaz Al Suwaidan.









Untuk mengenali wanita yang bertakhta di hati Humood Alkhudher ni, boleh la kenalinya dengan lebih lanjut di sini ;







Jom Makan : Gateaway Xpress Cafe


Bismillah,

Untuk mereka yang padat dengan jadual kerja, lewat untuk membeli juadah berbuka.. aku cadangkan lokasi ini sebagai pilihan berbuka korang hari ni. Bertempat di Bangi Gateaway.. kafe ini mengetengahkan menu Mexico.


Merupakan kafe yang berkonsepkan fastfood, diusahakan oleh anak muda tempatan. Menunya ringkas, tak banyak pilihan yang ada buat masa ini tetapi sangat memuaskan dari segi harga dan rasa.


Okey, aku pesan set Quesadillas. Kombinasi daging cincang, roti pita, sos dan mayo beserta salsa dip nya memang terbaik. Untuk menu lain, korang boleh cuba set Burrito atau set Taco. Set ini beserta kentang goreng dan air. Harganya dari RM7.00 hingga RM12.90. Jika inginkan hidangan lain, korang juga boleh memesan spaghetti Bolognese, Cabonara atau Olio.


Kalau ada kelapangan, boleh la singgah di Gateaway Xpress Cafe. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Terletak di bersebelahan Old Town Malaya Kopitiam, Kompleks Bangi Gateaway. Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.




Tuesday, June 23, 2015

Kelebihan Surah Al Kautsar


Bismillah,


Aku baru dapat petua dari mak aku semalam berkenaan kelebihan surah Al Kautsar. Punyalah kering tekak aku kelmarin sebab panas berpuasa, mak aku suruh aku baca surah Al Kautsar sebanyak 3 kali dan urut pada bahagian leher (kerongkong)

InsyaAllah rasa haus dan kering tekak tu akan beransur-ansur hilang. Amalkan dengan yakin, insyaAllah, Dia akan bantu.

Semoga beroleh manfaat ye lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni :)







Saturday, June 20, 2015

Perhatian Lebih


Bismillah,

"Haa baby ni la yang lalu tadi"

Aku toleh ke belakang melihat seorang wanita dalam lingkungan 20 an bersama seorang makcik seusia mak aku berhenti memerhatikan Jasmeen.


"Salam.. salam", wanita tersebut menghulurkan tangan kepada Jasmeen. Jasmeen lantas menyambut tangan wanita tersebut lalu dikucupnya.

Pipi Jasmeen dicubit-cubitnya. Sekali sekala Jasmeen mengelap pipinya. Kadang-kala dia akan begitau yang pipinya sakit.

"Acik nak amik gambar boleh?"


Jasmeen dalam keadaan sedia bergambar sambil membuat peace. Itu bukan perkara yang asing pada aku dan puan isteri. Setiap kali kami keluar, Jasmeen akan menjadi tumpuan orang. Cubit pipi, mengagah, puji.. benda rutin kot aku rasa. Bukan setakat wanita tetapi lelaki pun sama. Cuma tang lelaki yang agak muda dan ganteng, teruja dia lain macam sikit.

Risau? Ada lah sikit tetapi aku ok lagi sebab aku tau Jasmeen pun tak mudah mesra lebih-lebih lagi dengan orang yang dia tak kenal. Perhatian aku bertambah menjadi dua kali ganda kalau bawa Jasmeen keluar.

Alhamdulillah Jasmeen pada aku rezeki yang Allah bagi, pinjaman sementara untuk aku dan puan isteri. Nak buat macamana, rezeki dia dapat perhatian lebih dari orang. Biaq pi la, dah besar nanti belum tentu dapat rasa retis macam ni.


Ibu dia plak suruh jadi pengacara Jalan-Jalan Cari Makan

Alasan puan isteri sebab nak ikut jalan dan makan sekali.

Mudahnya anak beranak ni ternak lemak.


Thursday, June 18, 2015

Jenis Hot Dog Di Seluruh Dunia


Bismillah,

Hot dog kat Malaysia ni macam biasa kita nampak, sosej, roti, sayur, mayonaisse dan sos. Agak-agak kita macamana rupa bentuk hot dog di seluruh dunia?

Tapi satu je pesan aku, jangan terlalu berimaginasi.. bulan puasa ni. Aku bimbang imaginasi korang nanti sampai tahap jilat skrin komputer. Batal puasa hokey!









Wednesday, June 17, 2015

Bermulanya Puasa Ramadhan


Bismillah,

Esok kita akan mula puasa tapi di tv dah mula iklan promosi raya, di radio dengar sayup-sayup pakcik Yusuf Taiyoob berbisik, di pasaraya berulang-ulang lagu Ahmad Jais - Selamat Hari Raya dimainkan. Nampak sangat setan dok pulun habis-habisan sebelum dipasung selama sebulan.

Mak aku macam biasa.. tanya menu apa untuk sahur pagi esok. Kalau ikutkan aku, nasi atau mi goreng pun dah cukup. Aku ni pesen tak kisah sangat nak makan apa

Malam ni bermula terawih. Entahlah aku rasa berkobar-kobar plak tahun ni, mungkin sebab aku tengok surau taman aku dah upgrade dan sangat selesa untuk beribadat kot? Ke mungkin ni yang dikatakan kelebihan bulan Ramadhan. Tahun ni aku nak cuba bawa Jasmeen terawih sekali. Tengok dulu macamana fiil dia. Agak-agak tak boleh nak handle, esok dia terawih ngan ibu dia kat rumah je la :)


Salam Ramadhan dari aku dan keluarga. Aku cuma harap dapat perbaiki ibadah aku tahun ni berbanding tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya. Aku harap tahun ni aku lebih berjimat dari membeli juadah di bazaar Ramadhan.

Semoga kita beroleh keberkatan dan harap aku boleh kurus dalam tempoh sebulan ni huhu. Kurus perut takpe, jangan kurus amalan :P

Saturday, June 13, 2015

Abang Sado


Bismillah,

Mak aku kata ;
"Tak tau nak kata.. tengok Along ni besar semacam.. nak kata gemuk, tak gemuk"

Puan isteri kata ;
"Abang nampak besar la.. dada nampak bidang"

Heh itu sado namanya. Aku pun perasan lately baju yang aku pakai ketat. Serius tak selesa. Aku belum sampai ketegori gemuk, lebih kepada berisi tapi comel macam Pikachu. Bila bergambar memang nampak lebar.

Bukan semua orang boleh buat teknik ni lebih-lebih lagi abam-abam bujang luar sana. Hanya mereka yang tertentu sahaja dengan genetik terpilih memapu mencapai tahap ni. Nak tau rahsianya?

Pastikan kau ada anak kecik dengan berat purata 20 kg, dan dia plak selalu minta dukung ke sana kemari. Serius aku dukung anak aku je dan sekarang aku rasa lebih sado berbanding dulu. Aku sekarang lebih yakin lebih-lebih lagi sewaktu menghidupkan enjin motosikal atau ketika sedang bancuh susu anak tengah malam.



Yeah aku yang dulu bukanlah yang sekarang..
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia..

(okey lagu ni takde kena mengena ngan cerita aku ni)


Sado bermaksud sasa tetapi orang yang bernama Saadon belum tentu sasa badannya :P


Friday, June 12, 2015

Negatif


Bismillah,

Kisah di televisyen sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada penonton, secara langsung atau tak. Aku harap anak isteri aku tak terpengaruh walaupun penyudah ceritanya berakhir bahagia

"Ala.. itukan cerita je"

Itu cerita dari skrip yang ditulis makhluk macam kita
Agak-agak kau tahu ke jalan cerita yang Dia rancangkan untuk kau?
Kau pernah budget semalam yang kau akan datang baca entri aku ni?

"Jangan la serius sangat"

Kau tengok anak kau sepak terajang adik dia, pecah pasu kaca, lompat dari katil..atas almari ke lantai. Masa tu kau tengok tv siaran Ultraman. Kau rasa darah kau naik level berapa? Apa tu tak cukup serius untuk kau?


Sebab terlalu sebarkan negatif, kita mula rasa yang negatif itu biasa. Negatif itu kelihatan normal dan tak salah menjadi negatif. Negatif yang dibiasakan.. akan mula menjadi habit.

Istighfarlah banyak-banyak, semoga dilembutkan hati kita yang keras. Semoga dijernihkan hati kita yang semakin gelap.

*Noktah

Thursday, June 11, 2015

Jom Makan : FlaminGrill Burgers


Bismillah,

Aku penggemar burger, tak kisah la burger biasa atau burger bakar. Jadi sebelum ni aku berpeluang mencuba restoran FlaminGrill Burgers yang terletak di Bangi seksyen 8, betul-betul terletak di belakang PKNS Bangi.


Restoran ini 100% milik bumiputera, mengetengahkan produk berasaskan burger bakar dari pelbagai jenis patty seperti ayam, daging dan kambing. Harganya sangat berpatutan dan tak rugi untuk mencuba. Aku sukakan patty burger dan french fries nya.. memang ada rasa tersendiri ditambah pula sos yang disediakan, memang kombinasi yang baik.

Selain burger, restoran ini juga turut menyediakan menu lain seperti pizza dan ada promosi setiap hari Rabu di mana setiap pengunjung yang memakai baju berwarna oren akan diberikan diskaun 20% untuk setiap hidangan.

susun atur yang kemas dan menarik

Ruang makannya juga selesa dan luas. Turut menyediakan ruang permainan untuk anak-anak kecil sementara menunggu menu yang dipesan tiba.

ruang permainan untuk kanak-kanak turut disediakan

Burger yang aku order di sana. Lupa plak apa ke nama dia

Jom kalau ada kelapangan boleh la cuba menu baru di sini di samping sama-sama support produk keluaran tempatan! :)



Wednesday, June 10, 2015

Lelaki Terakhir Di Dunia


Bismillah,

Jemputan Ke Karnival Kesihatan Dan Keselamatan..

"Semua boleh join ke Dila?", tanya aku polos bila nampak iklan yang dipos pada wall aplikasi Whatsapp. Ye la nak cukupkan aktiviti 7 hari setahun pada skorkad la katakan.

"Haah", jawabnya ringkas.

"Yup semua boleh join", bos aku plak mencelah.

Dengan semangat berkobar-kobar esok aku datang awal. Sebab tak ramai lagi memenuhi dewan, aku duduk luar. Sebenarnya niat nak tunggu sarapan. Sesekali aku jengah ke dalam dewan, kerusi di pihak lelaki masih kosong.

Hampir waktu ceramah dimulakan, aku masuk. Aku lihat kaum hawa sudah bergerak ke kawasan yang sepatutnya didominasi kaum adam. Aku duduk tersudut.. kiri, depan dan belakang aku semuanya perempuan. Aku mula tak sedap hati.

"Bang nak tanya.. err peserta lelaki yang lain mana?", aku tegur salah seorang urusetia yang lalu di sebelahku.

"Oo.. biasanya kalau event yang dianjurkan PUSPANITA, memang jarang lelaki nak join."

"Gulp!", aku telan air liur.

Aku perhatikan sekali lagi sekeliling.. aku dapat rasakan mata-mata nakal bertalu-talu merogol aku tanpa henti walaupun sebenranya tak ada. Aku saja nak perasan hot. Darah naik ke muka... masuk ke mata, lobang idong, telinga dan bibir mungil aku.

Aku angkat goodies beg yang aku dapat masa daftar tadi dan mula bergerak perlahan-lahan ke belakang.


cara korek telinga yang seksi menyerlahkan keseksian seorang lelaki itu

"Eh, abang nak ke mana tu?", entah sape plak la yang gatal tegur aku!

Aku macam lipas kudung dah.. zup zap hilang. Aku secara otomatik lupa yang sebenarnya kaki kiri aku cacat dan tak tersengaja aku telah mempraktikkan Hikmat Gerakan Kilat.. Kilat Lagi Dahi Kau peringkat 15 Petala Langit.

Ceramah tu tentu suram kerana Jejaka Terakhir Di Dunia baru lepas loloskan diri uhuk uhuk

Monday, June 8, 2015

Lelaki Dengan Idea Gila Buatkannya Jadi Hebat!


Bismillah,

Aku biasa tengok orang dengan idea gila cuba jadi hebat tetapi akhirnya gila tetap gila. Macam lelaki ini, idea gilanya ingin ubahsuai kereta mercedes benz CLK buruk miliknya dia menjadi model baru.. dengan menggunakan rim 30 plak tu! Serius gila bak hang.

Bila tengok dia membawa idea gila dia ni.. kita akan fikir dia gila. Why not? Is that what other people think at 1st?





















Betul la tu. Idea gila akan menghasilkan sesuatu yang gila. Sama ada gila yang memberi inspirasi atau gila yang menunggu gelak tawa sinis orang di luar sana.

But the 1st thing.. just express your idea!















Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com