cerita hari raya

Kedai Makan Vs Raya

10:21 AM


Bismillah,

Bila time raya ni, raya perit tekak dok telan lodeh, rendang dan kari ayam. Terasa nak makan menu lain. Kalau ada nasi goreng ikan masin pon ohsem sangat dah ni.

Aku singgah sebuah kedai makanan melayu. Penuh tapi masih ada meja kosong cukup untuk aku dan keluarga. 10 minit tunggu, datang pelayan serahkan menu dan kemudian beredar. Aku lihat terkial-kial pelayan tu mengangkat panggan dan cawan kotor dari meja ke meja sendirian.

Aku memerhatikan satu keluarga depan aku. Suaminya macam panas punggung, kejap duduk.. kejap berdiri sambil memerhati dapur. Kemudian datang seorang pelayan lain. Dari gaya yang dipamer, rasanya pelayan tu teruk dimarah sebelum pelanggan tersebut beredar dari situ. Kasihan.

Aku pasti pelanggan tu pun dah dimaklumkan terlebih dahulu berkenaan kelewatan menghantar pesanan akibat kekurangan kakitangan. Kalau dia masih menunggu, bermakna dia faham dengan terma dan syarat. Tak tau la kalau pelanggan tu ada masalah pendengaran.


sekadar gambar hiasan


Agak-agak kalau nak cepat, megi ada je. Dua minit sahaja bang.

Dan untuk taukeh kedai, agak-agak pekerja tinggal dua tiga orang tu.. alang-alang buka je la lepas seminggu raya. Kesian kat pelanggan tu satu hal.. kesian kat pekerja sebab buat kerja macam dua tiga orang punya kerja.

Awak bukan hire keldai kan?



P/s : Give and take itu perlu sebab kita manusia, bikan binatang. Selamat Hari Raya :)

kad hari raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

12:00 AM


Bismillah,

Hari ni hari terakhir aku di ofis sebelum mula bercuti. Seminggu ni takkan ada entri sebab bizi, Jadi di kesempatan yang berbaki beberapa hari ni, aku dan keluarga menyusun sepuluh jari tangan memohon kemaafan di atas kekhilafan yang berlaku sepanjang tahun ini, dari hujung rambut hingga hujung jari.

Aku percaya jika kita ikhlas memohon ampun dan maaf, Allah akan berikan kekuatan kepada hambaNya yang lain untuk memaafkan dosa dan kesalahan yang kita lakukan.

Agar yang keruh dapat dijernihkan, yang jauh boleh didekatkan, yang salah kembali diperbetulkan. Semoga kita dapat meraikan lebaran ini dalam keadaan hati yang tenang dan gembira.

Rancang perjalanan pulang ke kampung, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Ikhlas dari kami sekeluarga
Afzalsukasuki | Radiah Izzati | Dhya Khayla Jasmeen


jenaka hari raya

Mak Aku Menangis

11:22 AM


Bismillah,

Aku tengok mak aku jalan jauh sikit dari kami adik beradik. Dua meter jaraknya di hadapan kami. Adik aku cuba merapat, tapi mak aku semakin cepat berjalan. Acapkali dia mengesat matanya dengan hujung lengan baju kurungnya. Panggilan adik aku langsung tak dipedulikannya.

Mak menangis?

Aku gabra. Mesti ada sesuatu yang buatkan mak beremosi. Mungkin kami ada lukakan hati dia hari itu. Sebagai abang sulung, aku merapati mak. Pada mulanya mak mengelak.. tapi bila aku pujuk berkali-kali, baru nampak dia mengalah. Dia memberhentikan langkah.




"Kenapa mak?", tanya aku

Mak memandang aku dengan mata yang sedikit berkaca

"Mak penat, sakit kaki mak.. Kalau tau macam ni, sumpah mak tak nak ikut", mencebik-cebik mak di tengah orang ramai.

Haha penat aku mikir salah apa yang kitaorang buat, rupanya sebab penat. Selalu mak menangis bila tengok drama Melayu je. Menangis genre ni merupakan perkara baru dalam hidup aku. Sian plak bila jadi macam tu.

Nak tak nak kitorang terpaksa la balik jam tu gak. Dalam kereta aku tengok mak kembali ceria gumbira, tapi adik aku plak pegi bantai menangis..

..sebab baju raya dia tak beli lagi hahaha.

Nasib ko la dik..





P/s : Pertama kali mak aku menangis sebab penat shopping raya haha klakau betul mak aku.


harga sampin songket

Sampin Raya Versi Ada-Ada

1:17 PM


Bismillah,

Versi ada-ada ni means bukan semua orang mampu miliki, jarang-jarang orang nak beli. Hari ni intipati cerita aku.. sampin raya versi ada-ada.

**********

sampin cantik dan mahal seperti ini dikatakan mampu menutup lompong-lompong jerawat si pemakai
-orang kata, bukan aku yang kata


"Epy tau tak sampin songket tu.. ala yang cantik bunganya tu", tanya puan isteri pada bos dia

"Haah napenya? Mu nak ke? Kalau nak amik la, tapi jaga bebaik ye", balas si Epy.

Cuak plak bila bos dia ingatkan macam tu. Ye la rate sampin songket macam tu.. mau makan ratus-ratus. Aku pun pernah tengok, ada la dalam RM 500++ harganya. Lapan kali aku telan air liur, patbelas kali aku dok belek-belek beg duit, termasuk pakej belek poket seluar depan, tepi dan belakang.

"Mesti mahal kan? Berapa harganya ye sebab hari tu Zati nampak harganya dalam RM 200 lebih macam tu", tanya puan isteri lagi.

"Aku pun big bos yang hadiahkan Zati oi", jawab Epy. Untungla kalau dah namanya anak sedara big bos.. semua dapat.

"Ye la berapa?", puan isteri makin teruja nak tau harganya. Gaya tanya tu macam nak belikan aku satu je kan?

"RM 14 ribu", jawab Epy ringkas.

"Okey foine! Lupa plak suami Zati pakai jubah tahun ni", puan isteri terus matikan perbualan.

Gila! Jangan buat pasal.. kang ada aku trade in sampin tu ngan moto plak kang.  RM14K untuk sampin songket? Serius?

Aku agak-agak la kan.. sampin tu kalis peluru kot? Ke function dia macam freezer? Err..





P/s :Meh RM patbelas ribu tu bak mai kat aku, aku nak bayar PTPTN

blogger

Kad Raya Selamat Tiba

8:59 AM


Bismillah,

Tup tup aku dah terima dua kad raya. Tak sangka plak dapat kad raya lagi tahun ni. Satu dari Zaza, satu lagi dari Shida.

kad raya Shida (biru) dan Zaza (bawah)


"Wah encik Afzal surat dari awek ke?", tegur bebudak LI kat opis aku ni.

"Haah, dua-dua awek bagi. Tapi title awek orang la", jawab aku ringkas

Trimas Zaza dan Shida, susah-susah je :)

Selang beberapa hari lepas tu, kad Azhafizah pulak aku terima. Cantik plak kad dia.. ye la design sendiri depan belakang huhu.

 design depan belakang, comel kombinasi warnanya

Trimas jugak Azhafizah untuk kad raya yang cun melecun tu. Tiga blogger yang aku kenal since 2011 lagi, ringan tulang dan tak kedekut ilmu. Maaf lah tahun ni Afzal tak sempat nak pos kad raya. Posponed tahun depan ye. Tahun ni busy buat kuih raya.

Orang ohsem, kad ohsem dan bertambah-tambah ohsemnya kalau terselit duit raya barang seringgit dua gituuu hehe :P

Kosong kosong ye kawan :)

selamat hari raya aidilfitri 2015

[VIDEO] Ucapan Hari Raya PBPKL 2015

12:00 AM


Bismillah,

Dalam banyak-banyak part, the last part paling menjadi, memberi impak menakjubkan, sangat berkarisma, bakat lakonan yang sangat menyerlah, neutral dan marvellous!!

Kalau ingin mengambil sebagai pelakon utama, tukang silat pulut kenduri kahwin atau majlis khatan, pelakon tambahan, model berus gigi atau suara latar sebarang kartun mahupun drama korea.. boleh hubungi aku untuk maklumat lanjut

Kahkahkah

video

bajet bagus

Bapak Bajet

12:02 PM


Bismillah,

Aku keluar dengan anak isteri. Cari sampul duit raya. Nampak tak, punyalah nak kata banyak raya sampai tak sabar-sabar nak sorting duit raya haha hamek kau.

*tangan di bahu, mata juling-juling itik - new phrase

"Abang, bebudak tu kata abang bajet. Abang buat apa tadi?", sapa puan isteri dari belakang.

Dia kata terdengar perbualan gadis-gadis yang baru melintasinya tadi. Aku sedikit terpinga-pinga. Bajet raya atau nasi bajet? Aku berteka-teki sendiri. Apa aku dah buat?

Seingat aku, tadi aku berselisih dengan dua ke tiga orang gadis dalam anggaran usia 20an, dengan potongan badan ehh ehh bukan. Dorang mengagah si Jasmeen sambil menguntum senyum kepada aku. Respon aku?

Aku buat bodo je la, mata aku terus pandang tempat lain. Apa yang dorang harapkan respon dari lelaki pemalu macam aku ni? Yeah aku seorang pemalu dengan orang asing, makhluk asing mahupun gula Ising.

Ni la masalahnya. Tak respon, kata aku bajet. Kalau aku respon, kata aku gatal.

Korang nak apa sebenarnya ni?

Tapaham aku. Seyes!

biskut raya

Semangat Biskut Raya

3:15 PM


Bismillah,

Petangnya..

"Abang, kita keluar beli barang ye. Ayang nak buat biskut raya"

Aku anggukkan je kepala. Elok gak tu kalau boleh buat sendiri, dah boleh berjimat dah kat situ.


**********

Malamnya..

"Abang mintak tolong keluarkan itu.. keluarkan ini.. yang tu letak atas meja.. yang tu..bla bla bla"

"Okey", aku buat saja apa yang diminta puan isteri. Ye la dia tengah rajin nak buat biskut raya tu, aku boleh la tolong apa yang patut. Haishh bukan selalu nak merasa biskut raya air tangan puan isteri nih.

"Abang tido la ngan Jasmeen dulu ye, ayang nak stay up malam ni.. nak siapkan biskut"

Amboi semangat kemain. Daripada 10 balang yang dibeli, aku anggarkan malam tu boleh la penuh diisi paling kurang 6 ke 7 balang setimpal dengan semangat yang ditunjukkan puan isteri.


**********



Esoknya..

Aku bangun, tengok puan isteri terlentang.

Biskut raya? Ada lah satu per empat tinggi mangkuk aiskrim

Tak boleh jadi cenggini. Nak kena seru balik semangat kuih raya dia nih. Mana tercampak aku pun tak tau isk



design kad raya percuma

Segmen : Saya Nak Design Kad Raya

7:27 AM


Bismillah,

Siapa la yang tak kenal blogger merangkap designer, Azhafizah tu. Cerita pasal seorang blogger rajin ni, sekarang dia tengah buat segmen design kad raya secara PERCUMA! Kalau korang berminat, boleh join segmen ni dengan KLIK BANNER di bawah.


Segmen ni berlangsung hanya 3 hari sahaja dari 3 Julai hingga 5 Julai. Syarat-syaratnya pun mudah. So mana la tau rezeki korang kali ni nak dapatkan kad raya design sendiri kan?kan?


P/s : Hasil kerja Azhafizah tak pernah menghampakan aku :) For sure aku join

kad raya

Nostalgia Kad Raya dan Mesej Bergambar

12:09 PM


Bismillah,

Dulu aku ngan Angah bergaduh pasal kad raya. Setiap kali nak menyambut Syawal, kitorang mesti bertekak kad raya siapa yang paling banyak. Kad raya tu sebagai kayu pengukur tahap kefemesan dan kepopularan kami berdua.


Asal posmen datang je, berebut-rebut kami menyambut surat. Dalam banyak-banyak tahun tu, aku pernah kalah sekali ngan Angah aku. Tu pun kurang dua kad raya kalau tak silap aku. Kelebihan aku mungkin sebab aku sekolah berasrama, kenalan pun ramai.. so tak hairan lah kalau aku banyak terima kad raya. Lagipun dulu mana la aku ada telefon bimbit.



Awak apa khabar?
Tahun  ni berapa helai baju raya?
Baju raya awak warna apa?
Tahun ni buat kuih raya tak?
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas


Ececeh jangan nak kencing aku la. Macam la aku tak tau soalan dan pantun yang sama gak korang guna kan? Siap buat garisan tak nak bagi tulisan senget tu yang paling aku tak tahan. Agak dah banyak, aku gantung kad raya kat dinding. Perghh meriah tak hengat! Serius

Then beransur ke mesej raya bergambar. Ada mesej berkelip-kelip, mesej bersambung.. macam-macam lagi. Tu pun seronok gak walaupun tak seseronok dapat kad raya.  Asal nak raya je, konfom mesej pending.. mesej hanged. Aku selalu gak dapat dan selalunya mesej-mesej tu aku forward je. Senang kerja. Kalau kad raya, modal sikit tapi kalau hantar by mesej, 10 sen je

Kad raya atau mesej bergambar.. dua-duanya nostalgia bagi aku. Kalau la dapat diundur waktu, nak je aku sambut Syawal ke masa dulu.


P/s : Trimas Shida, kad raya awak saya baru terima semalam :)

diet pemakanan

Alasan Naik Berat Badan

7:49 AM


Bismillah,

"Abang, ayang rasa berat badan ayang naik sikit la"

Aku pandang puan isteri sedikit pelik. Aku rasa dalam bulan puasa ni, gigih kot dia berdiet. Hari-hari sayur dan ikan. Nasi langsung tak makan.

"Ai kenapa plak macam tu?", tanya aku ringkas.

"Mungkin sebab period kot? Kitorang perempuan, memang akan naik sikit berat badan kalau datang bulan", ujar puan isteri dengan air muka yang cukup meyakinkan. Kalau muka yang sama di bawa untuk close join MLM atau masuk insuran.. mesti berjaya

"Ooo", aku anggukkan je dengan muka sedikit slenga sambil mata aku memerhati 8 keping pinggan dok tersusun canteek je atas meja minta diangkat pelayan buffet Ramadhan. Puan isteri dah tersandar ke belakang kerusi dan nafasnya sedikit tercungap-cungap


Eh betul la tu. Isk makan sebanyak tu mana ada efek apa-apa hokey. Sapa tak setuju fakta isteri aku, meh sini aku tikam pusat korang ngan pensel!

*tangan di bahu mata ke atas