Blog Sihatimerahjambu

kisah lucu

Cerita Budak Sekolah : Hadiah

5:19 PM


Bismillah,

Dulu masa sekolah rendah, aku diajar untuk bersaing dengan rakan sekelas. Setakat nombor 1 sampai 3 dalam kelas tu dah sinonim sangat dah ngan aku. Tak capai KPI yang mak aku tetapkan, hukumannya sangatlah dasyat tak hengat.

Kalau tak kena pelepah ngan getah paip.. konfom kena libas ngan rotan. Dulu aku sangka aku ni harimau sebab banyak sangat belang-belang kat badan. Kalau ada komik Pendekar Laut masa tu, mesti aku ingat aku keturunan Paichow sebab birat-birat kat badan aku dah serupa belang tarung (hanya kaki komik je yang faham)

Aku pernah dapat nombor satu masa darjah dua. Mak aku janji nak belikan komputer. Aku punya suka jangan cakap lah, Komputer belum dapat lagi tapi aku dah canang satu kelas. Hidung aku mengembang dan menguncup dengan sekata bila acapkali dipuji kengkawan kelas yang lain.

"Kalian masih mentah untuk memiliki mesin secanggih itu hins hins!", kata aku sinis kepada kengkawan sekelas yang lain di darjah 2 Biru sambil sedut air sirap yang dibekal emak. Terasa diri macam darjah enam plak bila nak berkomputer ni. Feel dia macam dah bermisai sikit.




Lusa..


"Mak kau dah belikan kau komputer ke?", tanya kawan aku. Yang lain turut mengerumun.

"Dah", jawab aku malas.

"Wah boleh la kitorang tengok ko main game. Boleh laaa. Petang nanti kitorang datang rumah ko", pujuk kawan yang lain.

"Takyah datang rumah aku la. Ko main kat sini je", aku terus seluk kocek seluar.

Kengkawan aku yang lain terpinga-pinga. Ada yang dah bantai gelak dulu.

"Ni ke komputer ko?", kawan aku ketawa berdekah-dekah.

Pada skrin ada buaya yang boleh gerak ke kiri dan ke kanan. Kerja buaya tu tangkap telur burung. Makin lama.. makin laju.

Antara dua je. Sama ada mak aku salah beli atau dia kencing aku. Dia ingat aku mudah untuk dikencing-kencingkan begitu saja? Heh ni Afzal la.. aku hafal sampai sifir 5 okeh! Macam la aku tak tau yang tu game boy!

Punah harapan aku nak rasa macam budak darjah enam. Mana la aku nak letak muka dan maruah aku (sambil sroot sroot sedut hingus sebab nangis kena ejek ngan kawan sekelas)





80's stationaries

Cerita Budak Sekolah : Kotak Pensel

10:46 AM


Bismillah,

Aku dulu pun ada kotak pensel ni. Rasanya aku beli kat pasaraya Fajar (kat Cheras) masa darjah 5. Humangaih eksaited rasa macam dapat XBox plak. Kecanggihannya tak dapat diterjemahkan oleh fikiran kanak-kanak bawah umur aku time tu.

Mana taknya, semua dikawal dengan satu sentuhan butang sahaja. Semua terbuka dengan sendiri. Kotak pensel tu pada aku dah serupa kapal angkasa dengan beberapa kokpit. Sering aku jadikan alat mainan sementara tunggu cikgu masuk bilik darjah.




Dilengkapi dengan aksesori cermin yang pada aku tak ada guna pun, aku bukan tempel bedak dalam kelas. Ada ruang pengasah pensel, pemadam, pensel dan pembaris. Harga dalam RM12 jugak la. Bukan sembarangan orang boleh pakai kotak pensel ni. Kena kuat semangat sebab kumpul 50 sen sehari, mau sebulan jugak tak hadap makcik kantin beli nasi lemak. Tu yang menempel kat bekal budak lain tu. Tak pun apply kupon RMT (Rancangan Makanan Tambahan)

Kalau sapa pakai masa tu, kira dia advance empat ke lima tahun ke hadapan berbanding pelajar lain. Potensi nak jadi pengawas pun semakin cerah (ok ni aku auta) Kalau ada tali nametag time tu, aku rasa ada je orang sangkut kotak pensel tu kat leher selain sangkut botol air.

Ni cerita aku la bebudak era 80 an. Sekarang ni entah ada lagi ke tidak aku pun tak tau. Tapi kotak pensel ni memang rare!

deria keenam

Entiti : Dua

1:03 PM


Bismillah,

Seusai aku siapkan entri lepas bertajuk Entiti [KLIK SINI] aku terus balik ke rumah. Hari makin lewat, kenderaan makin banyak di atas jalan. Inilah kerja aku setiap hari. Asap dan debu dah bersebati dalam paru-paru aku.

Aku tiba di perkarangan rumah. Aku nampak kelibat puan isteri bergegas menghampiri pintu jeriji besi.

"Abang, sebelum masuk baca ayat kursi"

Aku terpinga-pinga.. tapi turutkan sahaja kehendak puan isteri. Aku ingatkan dia hanya bergurau tapi hampir tiga kali juga dia ulang permintaan yang sama.

Sesudah masuk ke rumah, puan isteri suruh aku lihat keletah si Jasmeen. Pada mulanya tiada apa yang mencurigakan tetapi bila agak lama aku perhatikan baru aku sedar ada sesuatu yang tak kena padanya.

"Babah.. kawan. Hai kawan"

Jasmeen terus melambai ke arah luar tapi masalahnya tiada orang di situ. Puan isteri berkali-kali menarik Jasmeen menjauhi jeriji besi tetapi dia akan menjengah 'kawan'nya kembali. Dia kata 'kawan'nya tu ada di belakang kereta aku.

"Jasmeen suruh la kawan Jasmeen tu balik, dah petang ni", sayup je suara puan isteri. Jasmeen berlari ke jeriji. "Abang balik laa"

..dan dipandangnya wajah puan isteri "Ibu abang tak nak balik"

Aku dah berderau. Aku cuba berfikiran positif, mungkin orang yang lalu lalang.

"Kawan Jasmeen tu.. abang ke kakak?"

"Abang", jawabnya ringkas

"Kakak ke abang?", tanya aku lagi. Sengaja aku pusing soalan.

"Abang"

Ok ini serius sebab biasanya aku twist soalan, jawapannya adalah perkataan akhir yang keluar dari mulut aku.

Bila Jasmeen mula berinteraksi dengan sesuatu yang kami tak nampak, aku tak mampu nak gembira macam biasa. Kawalan ke atasnya bertambah jadi dua kali ganda daripada biasa.

Itu mungkin kurniaan Allah dan aku harap tidak berlaku perkara yang tidak baik ke atas anak aku yang seorang tu. Tak tahu sama ada rasa nak gembira atau bimbang..




..sebab minggu sudah dia baru tegur seorang kakak berjalan di bahagian luar kereta, pukul 11.30 malam dan mak abah aku sendiri nafikan ada kelibat orang di luar ketika itu.

Hmm


cerita hantu

Entiti

11:45 AM


Bismillah,

Aku dapat tau ofismate aku demam tiba-tiba. Punca? Meh aku ceritakan dari mula.


**********

Makmal plankton diselia oleh Encik Saadon, one and only pegawai yang ada selepas Encik Yazid berpindah. Makmal tu tak la besar mana, kalau nak dikira ada ruang hadapan dan belakang. Encik Saadon lebih gemar menggunakan ruang bahagian hadapan berbanding bilik-bilik lain di belakang menyebabkan ianya terus ditinggalkan sunyi sepi tanpa ada sesiapa yang memerhati..


Julai 2015

Kami masing-masing bertengkar tatkala melihat gambar yang dipos pada dinding whatsapp. Kelihatan sebuah tingkap bilik dibiarkan terbuka. Masing-masing menuduh sesama sendiri dan akhirnya bila diperhatikan betul-betul tingkap tersebut merupakan tingkap belakang makmal plankton.

Aku tak pasti siapa yang buka tingkap tersebut dan tujuan apa tingkap itu dibuka. Encik Saadon sendiri menafikannya. Setahu aku bilik tu memang tak pernah dimasuki orang. Kalau iya pun dibuka orang, ia hanya boleh dikuak dari dalam. Dan apa motif tingkap itu dibuka?


**********

Aku bergambar selfie sendiri di hadapan makmal plankton sementara aku memutarkan lagu-lagu pilihan tetamu yang hadir sewaktu jamuan hari raya. Bila aku lakukan editting pada gambar, darah aku berderau bila aku lihat ada imej lain berada dibelakang cermin makmal tersebut, betul-betul dibelakang aku. Gelap tapi jelas.

Aku positif walaupun fikiran waras aku tetap memikirkan yang bukan-bukan. Aku cuba kaitkan dengan bayang-bayang dan pencahayaan. Aku cuma nak sedapkan hati walaupun aku yakin hakikat sebenarnya tak macam tu.

Cerita ini aku biarkan untuk pengetahuan aku sendiri. Tak mahu menakutkan sesiapa lebih-lebih lagi pelajar praktikal. Aku harap sangat lah yang tanggapan aku meleset.




Ogos 2015

Aida (salah seorang staf) masuk ke dalam makmal plankton, aku tak pasti sama ada untuk semak perkakasan makmal atau ambil perkakas makmal. Dia sendirian di ruang hadapan makmal. Sedang sibuk dia membuat kerja sendiri, tiba-tiba fume hood hidup sendiri! Fume hood makmal plankton tiada timer.

Belum sempat dia berfikir panjang, tiba-tiba dia melihat sliding door tak jauh dihadapannya bergerak dan terbuka perlahan-lahan. Dakwaannya boleh disangkal kalau pintu atau tingkap dikuak, mungkin disebabkan angin. Tapi kita bicara mengenai makmal kedap udara tanpa pengudaraan angin dan pintu bukan jenis daun.. tetapi jenis sliding. Angin tolak pintu sliding? Fume hood hidup sendiri? Mustahil kalau tak digerakkan sendiri dengan kudrat manusia.

Selepas kejadian itu, Aida demam. Hari ini pun masih tak nampak batang hidung dia lagi. Aku harap dia segera pulih.


**********


Serba sedikit kisah dari makmal plankton. Sebelum ni kisah dari makmal aku mengenai wanita bergaun merah. Boleh KLIK SINI untuk baca.

Aku harap kisah ni berakhir sampai sini saja. Ini kisah sewaktu hari siang, cerita buah mulut sebelah malamnya aku masih kemamkan lagi.

Lain kali ye aku cerita.



kisah alam rumahtangga

Cukup Tiga Kali

4:45 PM


Bismillah,

"Sayang nak makan apa malam ni?"

"Ikut abang la", jawab puan isteri ringkas. Mungkin sibuk melayan Jasmeen, aku cuba dapatkan jawapan darinya lagi.

"Sayang decide la nak makan apa"

"Ayang tak kisah pun"

Aku still tak puas hati.




"Kang abang bawak, takut tak kena selera ayang plak. Sayang bagitau sayang teringin nak makan apa?", tanya aku lagi. Sengaja aku perlahankan kereta, mana tau destinasi pilihan puan isteri di kawasan sekitar itu jugak.

"Haishh abang ni, bawak je la mana-mana pun. Ayang on je", jawab puan isteri. Muka aku masih berkerut.

"Aaa..", belum sempat aku menghabiskan soalan, puan isteri terus potong..

"Ayang teringiiin sangat nak makan abang.. boleh tak? Hehehe"

Kus semangat telan air liur terus aku. Ok part ni yang paling seram, buat aku rasa nak demam kura. Sempat gak aku pandang riak wajah puan isteri. Nampak nau jahatnya, serupa Latip Borgiba!

Pengajaran untuk aku. Jangan tanya soalan yang sama lebih dari tiga kali. Nanti isteri korang mintak yang bukan-bukan.

Aku agak itu jawapan paling mudah untuk matikan soalan aku.

Hahaha


juling

Juling

9:48 AM


Bismillah,

Semalam aku singgah beli burger. Malam-malam macam tu aku tak rasa nak telan nasi sangat. Lebih memilih untuk menjamah kudapan berat. Lagi pun plan nak makan burger ni dah aku suarakan kepada puan isteri sejak dua minggu lepas. Nampak tak? Nampak tak permainannya?

"Burger daging special satu", pesan aku kepada abang burger. Mata aku sesekali meliar memerhati lain.. tak bercakap secara bersemuka. Abang tu teruskan kerjanya.




Bukan niat nak berkurang ajar, tapi aku rasa serba salah bila tahu abang tu mempunyai masalah juling. Bukan semalam sahaja tetapi setiap kali aku berhadapan situasi macamni. Aku rasa macam 'mengejek' bila mata aku asyik beralih ke kiri dan kanan matanya. Hmm

Ada yang kata seseorang yang juling akan menggunakan mata kanannya lebih untuk bercakap dengan orang. Itu kalau kanan.. kalau dia biasa guna kiri? Kalau dia guna kedua-dua belah matanya?

Aku tak merendahkan sesiapa sebab pakcik aku juga alami masalah yang sama. Maaf kalau mata aku meliar bila berhadapan dengan korang yang ada masalah ni. Aku dihambat rasa bersalah walaupun aku tahu korang sebenarnya tak kisah.

Aku harap sangat aku tak lukakan hati sapa-sapa. Aku tak mahu korang terasa.


bos dan staf

Makan Umpan

12:27 PM


Bismillah,

Hari tu hujan renyai-renyai. Aku balik lewat memandangkan aku bawa motor. Sama situasinya dengan bos aku. Takpe lah, Jumaat.. lagipun tak ada apa yang nak dikejarkan.

"Afzaaaaall", suara bos aku memecah deruan hujan yang melebat.

"Ah sudaahh!!"

Aku bangun menghampiri biliknya. Bibir aku ketap dan kolar baju aku genggam kemas. Kalau pose ini dibuat tak ubah macam lelaki bimbang kena rogol. Bimbang la sangaaattt kan??

Oh lupa bagitau bos aku perempuan. Kalau bos aku lelaki, pose cekak kolar baju aku tu.. aku ubah jadi cekak buntut seluar. Eh?

maruah aku sepaket Corntos


"Ni awak nak keropok? Saya salah ambil.. tak sedap", pelawa bos aku. Dalam hujan-hujan macam ni, tak banyak pilihan yang ada.

"Keropok pon keropok la..", aku menyambar keropok pada tangannya dan bergerak untuk beredar.

Belum sempat aku buka langkah kedua.. dia bersuara lagi.

"Haa ni tolong taipkan dokumen ni untuk saya.. bla bla bla"

Deng! Tak sangka dia berjaya menjerat aku dengan keropok Corntos 30 sen. Apsal aku rasa murah ya amat!

Dan aku la satu-satunya korban petang Jumaat itu. Hehehe (tahyul kuat budak ni sebab banyak tengok cerita hantu Melayu)

Dan lepas entri aku ni siap baru aku tau aku dah hilangkan dokumen bos aku tu (nangis!)



P/s : Lepas ni kalau dia pelawa Kepsi baru aku datang