Blog Sihatimerahjambu

Hari Raya Aidiladha 2015

Istilah Raya Korban

3:20 PM


Bismillah,

Hari raya korban muncul lagi tahun ni. Papan permohonan cuti semakin penuh. Ofis pula semakin sunyi. Tak semeriah Aidilfitri, tapi cuti tetap cuti.

Selain kambing dan lembu, ada sesuatu yang perlu dikorbankan lagi. Raya kali ni di kampung suami, si isteri gigit jari. Nampaknya lakonan isteri tahun ni tak berapa nak menjadi.

Yang berpantang.. teruskanlah berpantang, tak semua juadah boleh diisi. Kang darah tinggi naik lagi. Tak memasal apply MC. Ala kalau doktor nak bagi, sapa la yang tak sudi.

Bajet kena cari lagi sebab baru je masuk gaji. Perjalanan jauh lagi, takkan tengah bulan nak aqiqah megi? Kesian kat anak bini.




Sabar lah kaum suami, kena memandu sorang diri. Anak bini dah diulit mimpi. Destinasi tak sampai-sampai lagi. Kenderaan panjang tak henti-henti. Time ni jangan dibawak lawak jem dan roti. Kang ada yang makan kaki.

Aku kerja tahun ni, malas nak apply cuti. Berkorban la aku sorang diri kat sini. Selamat Hari Raya Haji. Apa yang kita kecapi kini. pasti ada pengorbanan yang besar tanpa kita sedari.

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sehati dan mulia


P/s : Cantik liriknya, dalam juga maknanya

Menu masakan

Nasi Goreng USA

9:47 AM


Bismillah,

Selama ni aku ingat menu ni acah-acah western gitu. Siap ada sosej, ada fries bagai. Tapi versi yang aku selalu order cuma ada telur mata dan daging masak merah. Ntah mana western nya aku pun tak tau.


Tapi kelmarin baru aku tau, nasi goreng USA tu stand for udang, sotong dan ayam. Selama ni aku makan, rasa dah cukup omputih sangat. Hidup-hidup kena kencing.

Aku dah agak ni semua agenda yahudi  *tetiba takde kena mengena

Kesimpulannya, sebelum order buat reseach. Ni la bahana tido time subjek sejarah dalam kelas dulu.

Hoho.

kisah alam rumahtangga

Reward

5:34 PM


Bismillah,

Puan isteri banyak membantu dalam hal rumahtangga. Orang akan kata, itu dah memang tugas isteri. Aku setuju. Tapi sekuat aku keluar mencari rezeki, aku perasan berat lagi tanggungjawab dia berbanding aku.

Aku percaya, kalau dia takde.. aku akan 'tempang'. Aku mungkin boleh survive, tapi tak sesempurna bila dia ada. Aku mungkin boleh masak, tapi tak sesedap masakan dia. Bila ada aku.. mesti kena ada dia.

Dia bangun seawal 5 pagi masakkan bekal untuk aku. Masakkan breakfast lagi untuk dijual. Dia berniaga online semata-mata untuk bantu aku beli susu dan lampin Jasmeen. Buat itu.. buat ini. Dia mungkin tak tau, tapi aku sangat terkesan dengan tindakannya itu. Cuma aku tak tunjuk.

Aku bukanlah lelaki gentleman seperti suami-suami lain tapi sekurang-kurangnya aku cuba. At least she know how appreciated i'm.

Ini je yang mampu aku beri. Telefon lamanya pun sekejap hidup sekejap mati. Hidup segan mati tak mau. Telefon tu la buat main si Jasmeen, ubat tido Jasmeen sebelum tido dengan zikir. Siangnya pula berbalas mesej dengan pelanggan. Pada aku berbaloi sebab pengorbanannya jauh lebih besar jika nak dibandingkan dengan harga telefon itu.




Aku bukan nak up isteri sendiri. Aku percaya isteri korang atau korang sendiri jauh lebih baik daripada itu. Cuma aku bersyukur kerana dia ada untuk melengkapkan kekurangan aku.

Terima kasih puan isteri
Semoga tempatmu di Jannah nanti



P/s : Tak romantik bukan makna tak sayang!


peraduan dutch lady 2015

Pasaraya Giant : Peraduan Win Your Wish

9:23 AM


Bismillah,

Aku nak kongsikan Peraduan Win Your Wish oleh Pasaraya Giant ni. Dengan membeli mana-mana produk Dutch Lady berharga RM30 dalam satu resit, korang berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa Produa Axia.

Aku dah hantar penyertaan tadi sebab semalam baru beli susu si Jasmeen. Lagipun susu Dutch Baby kat Pasaraya Giant skarang tengah buat promosi. RM22.80 untuk pek 900g bagi semua peringkat umur.

Di bawah ni aku senaraikan hadiah-hadiah yang boleh dimenangi :


                                          Hadiah utama           : Produa Axia x 1
                              Hadiah bonus            : Suzuki Nex x 10
                              Hadiah Mingguan 1    : Ipad Mini 3 x 9
                              Hadiah Mingguan 2    : Baucer Giant bernilai RM300 x 45


Untuk keterangan lanjut boleh la layari Fb/Giant Malaysia dan di sini aku attached kan sekali pamplet peraduan, syarat dan cara penyertaan.




Semoga masing-masing bertuah la ye.


kenduri kahwin

Kenduri Kahwin Orang

9:02 AM


Bismillah,

Weekend hari tu aku macam biasa jadi supir mak abah aku ke kenduri kahwin kawan dia kat area Bangi. Bersama menjayakan program habiskan lauk kenduri dengan aku adalah puan isteri dan si Jasmeen.

Kendurinya di tingkat 4 sebuah bangunan, lokasi yang sama sewaktu kenduri Angah aku dulu. Tak perlu dipertikankan lagi. Kat situ la tempatnya.. menurut abah aku dengan muka sangat serius.

Aku masuk ikut pintu tepi, mak abah aku masuk puntu depan. Tapi tuan rumah kat atas pelamin plak dok bergambar. Masuk-masuk terus cari nasi. Time tu jangan ditegur.. boleh bawak bergaduh. Lapar punya pasal.

Puan isteri siap tambah dua kali lauk, mak aku siap tapau dadih dalam beg, doorgift air gas dua tiga botol. Abah aku meliar pandang depan belakang cari kawan dia (tuan rumah) tapi haram tak jumpa. Yang nampak cuma isterinya saja.




"Tuan rumah.. Encik Hamid mana ye?", tanya abah aku kepada salah seorang pelayan. Tapi pelayan tu hanya menggeleng.

Dah rasa kematu punggung memasing, kitorang pun gerak lah keluar dari dewan. Abah aku sapa salah seorang tetamu kat situ.

"Ada nampak tuan rumah.. Encik Hamid?"

Orang tu geleng

"Hmm. Ni kenduri Encik Hamid kan? Bilik Cempaka?", tanya abah aku lagi

"Bukan pakcik. Ni Dewan Cempaka, bilik Cempaka kat lobi. Err lagipun mak pengantin ni janda, takde suami rasanya"

Tetiba aku tengok abah aku terus jadi sesumpah.. eh sama plak warnanya ngan dinding. Mesti orang tak perasan dia mengesot kat dinding menghala ke lif time tu.

Punyalah yakin rupa-rupanya dok redah kenduri orang lain.

Hahaha


kisah alam rumahtangga

Tipikal Malaysia : Malam Jumaat

4:51 PM


Bismillah,

"Ayang, hmm malam ni.. hmm malam Jumaat tau", sapa si suami sambil jeling manja kepada si isteri. Si isteri buat-buat bodo. Masam mencuka mukanya.

"Ayang.. abang..", belum sempat si suami abiskan ayat, si isteri pantas mencelah..

"Ayang tak sedap badan la bang, lagi pun malam ni nak basuh baju. Esok nak bangun pagi gosok gigi cuci muka pakai baju minum susu makan roti saya sangat suka hati bla bla bla", panjang menjela alasan si isteri.

"Err malam ni malam Jumaat.. ada pasar malam kan. Kata nak beli sayur. Ke ayang fikir apa ni?", balas suami

"Bwahahahaha tetiba rasa nak makan rangka ayam bang!!", si isteri terus gelak besar. Kulit mukanya ada la tebal macam tapak kasut. Boleh menebal lagi tu serupa kulit gajah kalau diteruskan perbualan lagi.





#asalmalamjumaatmestidemam

kemalangan

Musibah Si Musibat

9:36 AM


Bismillah,

Semalam keluar nak tuang minyak, aku tengok kereta aku dah kemek macam tu. Memula aku senyum je sebab aku mesti tengah mimpi time tu. Bila aku sentuh lekuk kemek kat bahagian lampu depan tu.. sah aku tak mimpi! Macamana kemek kereta aku, macam tu la kemeknya hati aku. Lagi kembang kempis hidung puan isteri dok tahan marah sebab tu kereta dia *bukan tahan kentut




Ni mesti kena time kitorang parking kat AEON Big Taman Equine. Dari sudut dan kesan kemek, dapat aku rumuskan bukan dari kambing atau lembu, tapi mungkin lori atau kenderaan 4WD. Masing-masing diam tak kata apa-apa on the way balik rumah.

Apa boleh buat dah nak kena. Hadap je la. Makan RM300++ gak kalau nak perbetul ni. Ni la orang kata musibah. Sabar.. sabar.. senyum.. senyum. Nampak positif tak? Positif la sangat.

Senyum.. senyum la gak. Kalau dapat tau musibat mana yang buat.. aku ikat dia kat pokok, letakkan kerengga je.

Hahahaha *tone sedikit kejam berlatar belakangkan lagu gaban


P/s : Petang ni buat report polis.. nak claim insurans.


kisah alam rumahtangga

Romantik Tak Aku?

12:56 PM


Bismillah,

Semalam macam biasa aku singgah pick up puan isteri kat opis dia. Sebaik dia keluar pintu opis, aku terus menguntum senyum. Manisnya macam sekilo gula pasir. Puan isteri buat bodo.

Aku terus capai beg tangan dia, pakaikan topi keledar dan ikatkan kemas. Sweet tak? Tapi puan isteri still buat bodo lagi. Marah? Tak.. aku kan suami mentik. Mana boleh diguris dengan hal sekecil tu.

Di atas motor sesekali aku genggam tangannya, lukis-lukis bulatan atas tapak tangannya dengan jari telunjuk. Sesekali sengaja aku hantuk manja helmet aku kebelakang.. kena pulak helmetnya. Wow shweet shensangat kan? kan?

*oh ye cerita ni tak sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis




"Abang ni dah kenapa?", tanya puan isteri. Aku sengih je.

"Kalau nak pujuk ayang sebab abang lambat hari ni.. sori ayang tak termakan la", sambung isteri aku. Spoil sebab aku lambat pick up dia, 5.30 petang dia balik.. pukul 7.30 baru aku sampai. Aku sesat jalan la der hoho.

Hehe. Tak cair la pulak? Kalau aku jadi pompuan kena pujuk cenggitu dah cair dah kot. Bak kata Meran dah boleh la kalau nak direbahkan di Toto Narita

Hahaha


P/s : Lelaki ini romantik bila kena ngan masanya. Tunggu je la dengan sabar :)



kisah alam rumahtangga

Lelaki Memang Macamtu

11:25 AM


Bismillah,

"Abang, ayang ada nak bagitau something ni"

"Hah apanya?", jawab suami.

"Ayang tak piyed lagi bulan ni", si isteri senyum tersipu-sipu

"Haa ok sangat dah tu", balas si suami. Muka si isteri berkerut. "Kenapa abang cakap macam tu?"

"Jimat dah bulan ni tak payah beli pad", jawab suami selamba..




P/s : Lelaki memang macam tu. Kalau dok berkias, sampai mati pun dia tak paham hahaha