'> October 2015 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Wednesday, October 28, 2015

Kawad Cam


Bismillah,

Cerita bulan lepas, berlaku kat makcik aku. Rumah dia kena ceroboh masuk tapi takde apa-apa yang hilang sama ada barang kemas, duit dan perkakas rumah. Masa tu makcik aku takde kat rumah.

Pulang dari kerja, dia nampak orang kampung kerumun di kawasan rumah dia bersama seorang lelaki yang diikat tangannya. Saksi bagitau yang lelaki tersebut mundar mandi di kawasan ampaian sebelum masuk ke rumah dia. Lepas tu polis datang untuk menahan suspek dan minta makcik aku ke balai polis untuk membuat kawad cam.




"Kawad cam? Nak cam apa?", makcik aku musykil.

"Cam seluar dalam puan sebab suspek ni banyak terbabit ngan kes curi seluar dalam", balas pegawai polis tersebut.

Cam spender? Agak-agak nak ngaku tak kalau spender tu serupa roti kirai? Erk!


P/s : Rare betul kawad cam spesis nih :)

Tuesday, October 20, 2015

Tips Melembutkan Hati Anak Hyperaktif


Bismillah,

Petua ni aku kongsikan hasil pengalaman mak saudara aku yang dulunya mempunyai anak-anak yang hyperaktif. Hyperaktif kat sini aku maksudkan tak reti diam, susah nak dengar kata, suka membentak-bentak 24/7.

Hyperaktif bagus menunjukkan perkembangan secara sihat otak kanak-kanak, tetapi keburukannya pula takut mendatangkan kecederaan pada dirinya sendiri.




Tipnya mudah sahaja. Amalkan beri anak tersebut makan pati atau jus kurma 2 kali sehari, pagi dan malam. Insya Allah lama kelamaan anak itu akan lembut hatinya dan lebih dengar kata. Pati kurma boleh didapati di kedai-kedai jamu atau kedai-kedai pak Arab. Harga dalam RM10-12 sebotol sahaja. Tapi kalau tak jumpa jugak, boleh la belikan anak-anak tu buah kurma dan amalkan memakannya.

Aku sendiri nampak perubahan kedua-dua anak lelaki makcik aku tu. Nampak lebih sopan dan dengar kata. Abang dia plak dah jadi macam pemalu plak.

Jasmeen aku bagi makan jenama ni


Apa-apa pun sekadar perkongsian ilmu. Insya Allah anak yang keras hati dan hyperaktif dapat dilembutkan hatinya.


P/s : Untuk warga emas macam kita ni, selain istighfar.. aku akan kongsikan tip untuk lembutkan hati
         pasangan ye nanti


Friday, October 16, 2015

Rabun Malam


Bismillah,

"Sayang drive malam ni ye. Abang penat", ujar aku sambil kunyah keropok.

"Ayang kan rabun malam bang. Mana nak nampak sangat. Tak nak la ayang. Takpe la abang bawak la perlahan-lahan", balas puas isteri. Aku senyap je la. Bajet-bajet nak sedih.




Tapi setiap malam, ini yang akan berlaku;



"Abaaannggg!!", puan isteri menjerit. Dia nampak ada kucing melintas.

"Abang tepi sikit! Tepi sikit!", dia nampak motosikal yang berada satu kilometer kat depan berhenti kat lampu isyarat.

"Abang! Abang jaga-jaga!", dia nampak ada lubang sebesar lubang pusat aku atas jalan.


Err rabun malam? Are you SERIOUS?


Monday, October 12, 2015

Jalan-Jalan Cari Makan : Red Card Cafe


Bismillah,

Hari tu aku bawa puan isteri keluar makan meraikan ulangtahun perkahwinan kami ke tiga. Dia decide nak ke Red Card di seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Boleh gak try, aku pun tak pernah ke situ lagi.




Dekorasi dalamannya sama cantik macam luaran. Susunan meja yang kemas, kerusi panjang yang selesa. Cuma masa tu aku agak terkilan sebab lambat mendapat layanan. Dua tiga kali juga la aku panggil. Aku fikir yang baik-baik, mungkin banyak order dari customer lain sebab nak kata ramai customer time tu.. memang tak la.




Banyak menu yang perlu aku cuba, tapi pasta lebih menarik perhatian aku. Aku nak cuba set burger.. tapi takde plak kat situ. Aku order Mac & Cheese. Puan isteri order cabonara, boleh kongsi dengan Jasmeen skali.



Mashed Potato RM6, Honeydew dan Pink Lemonade RM5


Ada set pasta, grill dan asian. Harga boleh tahan average RM20++ sekepala. Tapi berbaloi la dengan rasanya. Memang terbaik lah. Pekatnya kuah pasta tu, aku agak dia tuang satu botol penuh untuk satu pinggan gamaknya hahaha. Banyak dan pekat. Marvellous. Untuk 2 menu tu bersama mashed potato untuk Jasmeen, air honeydew dan pink lemonade, aku perlu bayar RM50++.



Mac & Cheese RM14.90

Cabonara RM14.90



Ada rezeki aku nak repeat balik, nak cuba menu lain plak. Kalau nak bawa yang tersayang, boleh la cuba menu western dan asian di dalam ruang kemas dan selesa di


RED CARD
17 & 18
Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor


Tuesday, October 6, 2015

Petua Untuk Mendapatkan Zuriat


Bismillah,

Aku nak kongsi satu petua dengan korang. Petua ni aku dapat daripada imam masjid Tanjung Gemok, Kuala Rompin masa aku balik kampung sebelum ni. Imam ni kenalan rapat bapak mertua aku.

Sebelum ni ramai pasangan berkahwin datang meminta tip cara-cara untuk mendapatkan zuriat daripadanya. Dan rata-rata yang mengamalkan petua yang diberikannya alhamdulillah dikurniakan zuriat.

Caranya, sebelum bersama dengan isteri si suami hendaklah istighfar 3 kali terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan selawat sebanyak 100 kali. Selesai selawat baru boleh bersama dengan isteri. Petua ini hendaklah dilakukan oleh suami, dan bukan isteri.




Tips Untuk Mendapatkan Anak Yang Soleh
Sebelum bersama, istighfar 3 kali. Kemudian baca ayat Qursi 1 kali. Ayat Qursi bertujuan sebagai pendinding antara hubungan suami isteri, semoga benih yang terhasil dilindungi daripada jin dan iblis.

Kemudian baca doa dipermudahkan urusan dengan tujuan apa yang kita hajati, Allah akan makbulkan insya Allah. Semoga dijauhkan daripada kesulitan dan kesukaran untuk mendapatkan zuriat.




Itu antara petua-petua yang boleh aku kongsikan. Mudah-mudahan kita perolehi zuriat yang sihat dan soleh insya Allah. Apa yang penting, sabar dan tawakal. Allah takkan menganiaya hambanya dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita :)


P/s : Selawat 100 kali tu memang menguji iman suami hehe :P


Monday, October 5, 2015

Kenapa Semakin Pendek?


Bismillah,

Semalam ulang tahun kelahiran puan isteri. So tengahari aku ajak keluar, treat her for a lunch. Dia decide sendiri mana nak pergi, kerja aku keluarkan duit sahaja.

Meanwhile on the way ke lokasi pilihan, puan isteri berborak santai

"Abang, thanks for the wish today on facebook", ujar dia. Aku senyum semata.

"Tapi ayang perasan something..", tiba-tiba dia sambung ayat dia tadi ngan tapi.

"Kenapa?", celah aku pantas. Musykil pun ada.

"Kenapa wish abang.. makin lama ayang tengok makin pendek? Tahun pertama kahwin dulu macam karangan, tahun kedua macam cerpen. Apsal tahun ni macam pantun je?"

"Erk!", aku terkedu nak cakap apa-apa. Isteri dengan sense tinggi cenggini suka buat aku terkulat-kulat sendiri.




Trimas puan isteri, semoga dengan melangkaunya satu angka ni, ayang dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan, dimurahkan rezeki dari pelbagai sudut, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat dan kita kekal bahagia dengan anak-anak sehingga ke Jannah

Insya Allah



Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com