Blog Sihatimerahjambu

kejadian aneh

Ingatan Mesra Dari Dia

10:36 AM


Bismillah,

Lama aku tak update something. Bukan tak ada cerita, cuma mood tu tak sampai. Bila tak sampai.. nanti cerita jadi tergantung.

Pagi tadi macam biasa puan isteri kejut Subuh seusai dia selesai melaksanakan tanggungjawabnya di atas tikar sejadah. Aku di bilik sebelah memandangkan aku tak berapa sihat, selsema dan sakit kepala.

Aku perhatikan dalam keadaan mamai, puan isteri dok memerhati bilik sebelah. Aku agak mungkin dia tengah perhatikan tudung atau baju yang hendak dipakai. Aku bangun dan melintasinya, tak cara dengan perbuatan dia tu.




"Abang.. cuba abang tengok sejadah atas katil tu", tegur puan isteri sebaik sahaja melihat aku keluar dari bilik. Aku lihat.. tak ada apa yang pelik hingga puan isteri sambung menghabiskan ceritanya.

"Tadi sayang solat macam biasa. Sayang dah lipat sejadah tu kat bucu katil. Alih-alih sayang ambil baju abang sekejap, sayang datang balik tengok sejadah tu jadi macam tu"

Aku lihat sejadah tu berdiri macam bentuk roti tisu. Aku datang dekat dan aku lipat kembali sejadah tersebut. "Hmm tak ada apa-apa la sayang. Jangan risau la", aku cuba tenangkan puan isteri. Mukanya nampak takut.

Aku biasa dengar kejadian pelik berkenaan sejadah, tapi bila berlaku kepada aku dan puan isteri.. aku tak tau nak rasa apa. Takut, terkejut dan gembira.. semua bercampur baur.

Apa pun aku bersyukur. Aku mungkin lalai dan leka. Apalah salahnya sesekali Dia kembali untuk mengingatkan. Bukan kah itu tandanya Dia masih sayangkan kita?

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.


P/s : Sekadar berkongsi pengalaman, percaya atau tidak itu hak individu. Kita punya iman :)


kisah alam universiti

Tak Boleh Pakai

3:49 PM


Bismillah,

Teringat aku masa belajar dulu..




"Anep warung pakcik depan tu sedap tak?, sapa aku sesambil bersiap nak keluar makan.

Kawan aku dok terbaring dengan kain pelikat dia sambil kunyah biskut mati. Berguling-guling tiap kali hero dia mati. Hero game.

"Perghh tak sedap. Sup tawar, nasi sampai lambat, sikit plak tu. Ayam boleh kira, air salah hantar. Jangan harap aku nak jejak kaki ke situ lagi. Mati kebulur pun aku takkan makan kat situ lagi. Eh ko nak ke mana ni?", tanya kawan aku.

Aku termenung kejap. "Nak keluar makan"

"Makan mana?", tanya dia endah tak endah.

"Kedai pakcik depan tu je. Aku ingat nak belanja ko tapi.."

"Jooommmm!!", tak sempat pun aku habiskan ayat dia dah kat depan pintu bilik, ngadap cermin betulkan remos dengan lidah sedikit tersentil.


Mati kebulur pon ko tak nak jejak ye? Meh aku kahakkan ko!



P/s : Seronok bila ingat zaman belajar dulu. Biskut kering pun rasa pizza

bulu dada

Habuk

4:40 PM


Bismillah,

Aku terbaring sambil kunyah keropok anak aku, si Jasmeen. Dia baring kat sebelah aku.

"Babah.. habuk", katanya

Mata aku tak berkelip mengadap tv. Nak buat tak endah tak boleh.. kang mesti dia tanya lagi selagi aku tak jawab.

"Meen tolong buang", jawab aku

Aku dengar dia tiup pada mulanya. Mungkin agaknya habuk tu masih tak berganjak, dia tarik guna tangan.

"Adoi!!", aku menjerit.

"Tu bukan habuk la Meen. Tu bulu dada babah!!"

Muka Jasmeen terlopong, tak tau dia faham ke idak sebab dari pandangan mata dia tu nampak masih bernafsu nak buang 'habuk' kat dada aku tu





Motif sebenarnya aku nak bagitau aku ada bulu dada kahkahkah


kisah kekeluargaan

Apalah Ada Pada Nama Kan?

5:45 PM


Bismillah,

Ni cerita lawak abah aku. Lawak tahap mana aku tak tau, tapi aku yang kelakau ni pon boleh gelak.. kira mencapai KPI lawak-lawak antarabangsa jugak la abah aku ni. (kelakau aku ni kalau digulung-gulung boleh jadi tembakau rokok)

Nak dijadikan cerita, nenek aku nak bersalin. Eh ni cerita masa abah aku kecik dulu. Agak-agakla nenek aku nak bersalin sekarang (maaf tak dapat aku bayangkan) Setelah diriki-riki, sah abah aku bakal dapat adik lelaki. Jadi miting bersama adik beradik yang lain perlu dilakukan secepat mungkin untuk menentukan nama yang sesuai.

Masalah nama ni menyebabkan mereka adik beradik abah aku jadi huru hara. Hilang fokus nak buang hajat. Ada yang malas gosok gigi.. gosok gigi depan je, siap bergaduh bagai pun ada. Senang cerita serba tak kena.

Nenek akhirnya selamat bersalin di rumah. Sebelum atuk aku keluar nak daftar nama.. abah aku cadangkan nama yang mereka rasa paling ummpph la time tu. Kira nama orang KL walaupun duduk Melaka. Kira kalau dipadankan nama tu ngan adik dorang yang baru lahir tu.. setaraf la ngan M Shariff dan S Jibeng.




3 jam berlalu..

Atuk aku balik. Abah dan adik beradik yang lain masing-masing kerumun atuk, nak tengok surat beranak adik mereka. Masing-masing berkerut.

"Nama sapa ni Bah? Mana nama yang kitorang bagi?", tanya abah aku

"Abah terjumpa kawan abah kat warung kopi simpang depan tu, borak punya borak.. lupa plak nama yang ko bagi tadi", balas atuk aku.

"Abis tu.. mana abah dapat nama Yunos ni?, abah aku masih tak puas hati.

"Oh! Kawan abah tu nama Yunos. Abah pakai nama dia je la", atuk aku blah tinggalkan abah aku ngan adik beradik yang lain terpinga pinga.


Aku rasa abah aku ngan adik beradik dia yang lain nangis kot lepas tu sebab tak puas hati dan buat mogok lapar depan rumah. Tapi abah aku tak cerita. Elleh malu nak ngaku lettew :P


P/s : Yunos pon okey apa.. nama nabi :)