'> December 2015 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, December 22, 2015

Koleksi G-Shock Online Terkini di ZALORA


Bismillah,

Aku penggemar dan pengumpul jam sejak dari sekolah menengah lagi. Tetapi dalam banyak-banyak jam yang aku kumpul, aku sangat berpuas hati dengan jenama G-SHOCK. Serius tak tipu!

Berbeza dengan jenama lain, G-SHOCK sangat lasak dan boleh digayakan dalam apa juga keadaan. Sukan lasak, di tempat kerja atau korang boleh pilih design yang lebih formal untuk majlis korporat. Ia dikenali sebagai jenama jam tangan yang berkualiti dan sangat mampu milik. Ada pelbagai warna, corak dan rekaan khas untuk lelaki dan perempuan.




Ia juga dilengkapi dengan fungsi khas yang membantu korang untuk melakukan aktiviti luar. Ciri-ciri khas yang dimaksudkan adalah seperti kalis air atau water resistant, kalis hentakkan atau shock resistant, stopwatch, alarm dan banyak lagi. Jenama yang berasal dari Jepun ini telah dikenali sejak berpuluh tahun yang lalu dan sehingga kini masih kukuh di pasaran dunia sebagai salah satu jenama jam tangan yang terbaik.

Untuk anda yang menggemari koleksi jam tangan G-SHOCK, korang boleh dapatkan koleksi jam tangan ini di laman web online seperti ZALORA Malaysia dengan harga yang sangat berpatutan. Tak perlu risau bersesak sebab korang boleh menikmati penghantaran secara percuma terus ke rumah anda. Bukan itu sahaja, korang boleh membuat pulangan semula dalam tempoh 30 HARI selepas tarikh pembelian secara PERCUMA dan yang penting ORIGINAL!







Miliki koleksi jam tangan G-SHOCK online korang hari ini juga di butik G-Shock Online dengan penjimatan yang berganda dan temui pelbagai tawaran istimewa beserta tawaran harga yang cukup menakjubkan. Tunggu apa lagi?



Monday, December 21, 2015

Mohon Cuba Orang Lain


Bismillah,

"As salam. Hai Af"

Tiba-tiba aku dapat mesej dari kawan lama. Dia punya lama kira kawan zaman paleolitik dulu la jugak. Af? Oh gay sungguh nama aku tu. Aku mula scan satu persatu.. ye la orang hilang tetiba muncul balik, kira musykil la jugak kan?

Kat facebook display picture gambar dia mengenakan kot hitam, diambil dari bahagian sisi dan sangat kemas sambil tunjukkan isyarat bagus. Hmm.

Timeline dia penuh dengan kisah kejayaan dia semata-mata. Dia mampu mengubah hidup dalam tempoh beberapa bulan. Ramai dah orang join ngan dia dan rata-rata mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan. Ada gambar dia pergi bercuti beramai-ramai, hantar mak bapak pergi menunaikan haji, ada gambar duit dan barang-barang yang pada perkiraan aku seumur hidup pun aku tak mampu beli.




Hmm aku hadap balik mesej yang baru dia hantar tadi..

Agak-agak patut tak aku reply dan tadah telinga dengar janji-janji manis melambung melangit

..atau aku just matikan lappy dan keluar lunch ngadap nasi



P/s : Rezeki aku mungkin tak secukup mana, tapi insya Allah aku akan ikhtiarkan cara lain.
         Terima kasih atas keprihatinan dan nama yang ko bagi kat aku :)
     

Thursday, December 17, 2015

Cerita Pasal Anjing


Bismillah,

Aku baru dapat mesej. Berkerut keniing aku sekejap. Berderau darah aku. Nak tak nak aku kena cepat. Kang tak memasal aku tanggung dosa.




     "Samsung user. Bagi mana-mana orang Islam yang menggunakan hp jenama samsung,
      please take note. Ce korang taip *#0*#  Pastu korang pegi touch kat kotak sensor.
      Pasti klik test image akan keluar gambar anjing. Memang kurang ajar la. Pandai betul
      orang yahudi jual barang dia. Nak merosakkan orang Islam..bla bla bla.
      Illuminati..bla  bla bla agenda yahudi.. bla bla bla.. karipap panas untuk dijual bla
      bla bla"


Tapi aku syukur, nasib aku pengguna Lenovo. Aku tak payah nak risau sebab gambar anjing tu ada kat telefon jenama samsung je. Bila aku try google gambar anjing kat fon aku.. keluar gambar timun.

Kus semangat.. nasib baik.


P/s : Ni bukan ke cerita zaman pra-sejarah? Ke yang forward cerita ni baru pakai telefon?




Wednesday, December 16, 2015

[Viral] Maklumat Palsu Mengenai BR1M 2016


Bismillah,

Aku ada dapat mesej melalui aplikasi Whatsapp yang mengatakan penerima BR1M dikehendaki mengisi semula maklumat baru di laman sesawang e-BR1M kerana maklumat lama tidak lagi boleh diguna pakai. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan tidak mendapat bantuan.




Bukan aku je, kengkawan aku yang lain pun dapat mesej yang sama. Dorang ada cuba isi maklumat baru walaupun sebelum ni dorang dah kemaskini untuk BR1M 2016. Tapi gagal kerana maklumat mereka telah ada di dalam sistem.

Jadi inisiatif aku hari ini, aku telefon sendiri pihak LHDN yang menguruskan BR1M untuk dapatkan kepastian berkenaan perkara ini. Aku dapat bercakap dengan pegawai bertugas yang bernama Puan Wani dan dia maklumkan penerima yang telah berdaftar hanya perlu kemaskini maklumat baru sahaja dan tidak perlu mengisi balik maklumat dengan akaun baru. Hanya penerima yang baru mohon BR1M 2016 sahaja dikehendaki membuka akaun baru.




Jadi Puan Wani sudah mengesahkan maklumat sebenar berkenaan perkara ini. Untuk sebarang kemusykilan dan kepastian, sila hubungi ;

Hotline BR1M LHDN : 1-800-88-2716
Hotline BR1M MOF   : 03-8882 4565 / 03-8882 4566


Tuesday, December 15, 2015

Influence The Others


Bismillah,

Ada seorang kawan asyik merungut pasal bos dia. Bos dia busuk hati, suka menyusahkan dia, tak suka tengok dia senang, ada je kesalahannya pada mata dia, kedekut markah, cakap depan lain.. belakang lain, suka memburuk-burukkan dia di hadapan staf lain, bila bos dia buat salah hukumnya harus.. tapi bila orang lain buat kesalahan yang sama dia jatuhkan hukum haram and so on.

"Apa perlu aku buat kalau ada bos macam ni?", tanya dia.

Ada yang cadang buat surat layang, ada yang suruh pulaukan.. yang suruh pancitkan tayar kereta pun ada. But someone step forward and give a damn deep answer.




"Nak tak nak kau kena jadi bos. Bos kepada bos kepada bos bos dia. Dengan kata lain bapak segala bos!"

Yeah indeed.

Jika kita tak mampu nak ubah orang lain, terpaksa lah kita ubah diri kita sendiri. Ye tak?



Thursday, December 10, 2015

Taip Singkatan SAW di MS Word


Bismillah,

Aku nak kongsikan satu cara untuk taip sallallahu alaihi wasallam (SAW) dalam bentuk font di dalam MS Word. Harap sangat dapat membantu.




Wednesday, December 9, 2015

Takziah Dari Aku


Bismillah,

Semalam aku dikejutkan berita kematian rakan sekerja aku, satu ofis sewaktu aku tiada. Takziah aku ucapkan.




Takziah bukan kerana dia telah kembali ke rahmatullah. Tetapi kerana mati hatinya bila dia meminta seorang rakan aku untuk perlahankan suara azan yang aku set kan di atas meja hanya kerana dia berbual di telefon.

Mengganggu katanya.

Hari ini aku sedar tiada lagi azan berkumandang dari meja aku..

By the way innalillahi wainna ilaihi rojiun. Semoga Allah tempatkan 'hatinya' dikalangan orang-orang yang beriman.


P/s : Hilanglah fungsi azan jika ianya diperlahankan


Tuesday, December 8, 2015

Uncle Bulu


Bismillah,

Sebelum ni

"Lipas.. mana lipas ni",teriak aku bila nampak dia mula main air kat dapur. Mencecet dia lari ke ibunya

"Cicak tangkap Jasmeen ni", teriak aku lagi bila mana aku lihat dia dok leka main bedak ibunya kat bilik. Berlari lagi dia ke ibunya.

Tapi sekarang ni dia boleh nak gelak-gelak bila aku petik nama cicak atau lipas. Nampaknya aku kena ubah strategi lain. Cicak dan lipas tak cukup untuk menakutkan dia lagi.

Kelmarin tengah elok Jasmeen makan, kawan aku datang bagi salam. Sebaik si Jasmeen toleh ke arah kawan aku, dia terus pecut 4x100 meter ke dapur. Nangis jangan cakap la. Macam kena histeria.

Sekarang aku tak risau lagi. Asal dia mula nak buat fiil pelik-pelik, aku akan petik nama kawan aku ni.


Uncle Bulu yang menjadi igauan dan mimpi buruk Jasmeen


"Uncle bulu.. oo Uncle Bulu. Amik Jasmeen ni"

Mujur Uncle Bulu ada.. senang aku nak buat kerja. Aku siap upload gambar kawan aku tu dalam enset dan aku cadang nak letak kat tempat-tempat kritikal tumpuan Jasmeen. Jasmeen pun sekarang takut-takut nak main enset lagi.

Aku cuma harap enset tu tak terselit bawah bantal aku. Kang pelik plak puan isteri tengok aku nangis teresak-esak berhingus bagai time nak kejut aku bangun pagi.


P/s : Aku pinjam gambar ko ye Fadhlur hehe



Friday, December 4, 2015

Keajaiban


Bismillah,


Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Ada sebab aku jadi macam ni. Bulu roma aku meremang bila aku dengar berita yang aku terima. Sejak seminggu lalu, adik aku atau aku panggil Angah.. terpaksa buat keputusan hidup dan mati bila dapat tahu janin yang dikandungnya tidak normal.

Doktor mengesahkan yang anaknya itu tidak punya tempurung kepala. Allahuakbar. Berita itu terlalu mengejutkan kami sekeluarga. Doktor memberitahu yang kebarangkalian anaknya untuk hidup hanya 24 jam sahaja selepas dilahirkan. Doktor memberi cadangan tetapi keputusan tetap di tangan Angah.

Kami berbincang dan memberi kata-kata semangat namun kami tak punya masa yang lama, janin semakin hari semakin membesar. Akhirnya setelah mendengar pendapat beberapa orang ustaz dan doktor pakar, kelmarin Angah aku dengan berat hati bersetuju untuk gugurkan janin dalam tempoh 49 hari.

Semalam sebelum induce, doktor scan janin sekali lagi sebelum diinduce. Janin nampak lemah dan senyap. Keadaannya masih tak berubah. Tiada garisan tempurung kepala dan tanggannya pendek sebelah.




But something really happening today. Sebelum doktor induce kali kedua tengahari tadi, doktor tergerak hati untuk scan janin Angah. Apa yang buatkan dia terkejut, janinnya kelihatan normal. Tiba-tiba sahaja ada garis tempurung kepala dan tangannya yang pendek jadi sempurna panjangnya! Dia buat perbandingan gambar scan semalam dan hari ini. Memang nampak perubahan. Doktor memohon maaf berkali-kali kerana perkara itu tak pernah belaku kepadanya sepanjang kariernya sebagai doktor. Dia simpulkan itu sebagai satu keajaiban

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

Yeah something miracle happening to us today. Aku rasa nak menangis, lebih-lebih lagi bila semalam aku rasa tak sedap hati dengan keputusan yang Angah buat. Mungkin ini kerana berkat doa ataupun sengaja Allah turunkan sedikit ujian, nak lihat adakah kami mampu hadapinya dengan rasional atau tidak.

Alhamdulillah janin sihat dan normal, dan dia pun kelihatan aktif berbanding semalam sebelum diinduce. Mungkin gembira bila dapat tahu yang dia berpeluang melihat dunia dan masih kekal di rahim ibunya.

Ada kalanya kita dipaksa memilih dua jalan yang samar. Dalam keadaan buntu.. dongaklah ke atas kerana Dia ada di situ. Allah jualah sebaik-baik perancang. Semoga Allah ampuni dosa kami semua. Semoga dipermudahkan segala urusan Angah sekeluarga

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar


Wednesday, December 2, 2015

Selepas Tiga Tahun


Bismillah,

Aku kahwin tahun 2012, puan isteri ada tanya aku ;

"Abang, bila nak cash out Nuffnang ye?"

Tapi aku senyap, sengaja tak nak bagi jawapan time tu.

Sebab jawapan soalan dia tu akan aku jawab kat dia hari ni selepas 3 tahun ;

"Abang cash out Nuffnang hari ni la yang"


Bukan aku punya ni. Ihsan Google



P/s : After 3 years. Ok what daripada takde. Syukur alhamdulillah :)






Gatal


Bismillah,

Budak intern baru lapor diri kat opis aku. Empat orang.. perempuan semuanya. Muka pun nerd belaka. Kalau nak ditilik pada muka dorang, macam baru sekali dua je buat dosa. Kalau aku melawak, aku kena sertakan sekali maksud dan rumusan sebab dorang tak faham.

"Saya dengar ada lagi budak praktikal nak lapor diri", budak intern lab aku mulakan perbualan.

"Oh yeke?", aku sedikit terpinga. Tak plak dimaklumkan kepada aku sebelum ni.

"Nasib.. baru rasa semangat sikit", sambung dia lagi. Aku pandang dia musykil. Kawan dia yang sorang pun tunduk tersenyum

"Aih semangat kenapa plak?", aku lihat dia tersipu-sipu malu. Malu-malu nerd.. tak boleh nak aku ungkapkan, apatah lagi suruh korang bayangkan. Macam muka Dr Senbei

"Kenapa? Ke sebab bebudak intern baru nanti.. bebudak lelaki", tanya aku lagi.




Dengan tak semena mena dia berlalu sambil tersengih-sengih. Muka dari merah terus jadi ungu kelabu kuning. Serupa aiskrim paddle pop pelangi dah aku tengok

Bila aku tanya, alasan dorang sebab akak ngan abang atas dorang semua dah kahwin.

Masalahnya bulu ketiak korang pun malu-malu alang nak tumbuh. Nak buat sanggul pun tak lepas. Ni banyak tengok cerita melayu ni aku rasa.

Takpe la dik, kahwin kan macam main masak-masak. Bila sampai masa mak panggil balik, Esok boleh sambung main lagi kan?kan?

Tetiba gatal plak telinga aku



Tuesday, December 1, 2015

Cara Download Video Youtube Tanpa Software


Bismillah,

Selain Youtube Downloader, aku nak kongsikan tips cara nak muat turun video dari Youtube. Tips ni tak memerlukan korang untuk memasang sebarang perisian. Sangat cepat dan mudah.


1. Mula-mula pergi ke page youtube dan pilih video yang hendak korang muat turun.




2. Pada alamat URL video yang hendak korang muat turun, tambahkan huruf 'ss' di hadapan
    perkataan youtube. Contohnya seperti ini (rujuk gambar di bawah) ;




https://www.youtube.com/watch?v=sk3odZcCR2g

bila ditambah huruf 'ss' jadi seperti ini  ;

https://www.ssyoutube.com/watch?v=sk3odZcCR2g

dan tekan ENTER.


3. Korang akan masuk ke webpage baru seperti gambar di bawah. Pilih format video yang korang
    mahukan dan seterusnya tekan Download





4. Tunggu sehingga video anda siap dimuat turun. Selesai.

Semoga beroleh manfaat atas perkongsian ni insya Allah :)



Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com