Ada Apa Di Bawah Kerusi


Bismillah,

Kisah ni berlaku malam tadi. Sebaik sahaja aku tutup tingkap rumah, aku kembali berbaring mengadap televisyen di ruang tamu. Sesekali Jasmeen menerpa ke arah aku bila mana dia dikejar ibunya dari dapur. Bingit rumah aku malam tu dengan suara Jasmeen.

Bila ibunya mula ke dapur, aku menyuruh agar dia menyuruk dari ibunya di bawah kerusi yang terletak di sebelah aku. Tiba-tiba Jasmeen terus meraung, menangis ketakutan. Didakapnya aku erat-erat, langsung tak mahu melepaskan. Aku pujuk tetapi dia terus meraung sehingga isteri aku menghampiri kami dari dapur.

"Kenapa Jasmeen, bang?"

"Entahlah. Tetiba dia nangis bila abang suruh dia menyuruk bawah kerusi"

Isteri aku terus duduk bersebelahan aku. Aku tau apa yang mula dia fikirkan. Alih-alih aku plak yang kena tutup pintu dapur dan buatkan susu Jasmeen malam tu.

..Dan part tutup pintu dapur tu memang buatkan rerambut di belakang leher aku meremang tiba-tiba.


**********



"Kenapa Jasmeen menangis?", tanya aku kepada Jasmeen selepas keadaannya semakin pulih.

"Meen takut", balasnya. 

"Meen takut apa?" tanya aku lagi. Rasa nak tau sangat apa yang menakutkannnya sebentar tadi.

"Ibu bawah kerusi. Ibu nak tangkap Meen. Mata ibu macam ni..", sambil Jasmeen memandang dengan ekor mata. Isyarat itu biasanya dia lakukan bila aku suruh dia tunjukkan cara untuk jeling. Mungkin maksud yang dia cuba sampaikan adalah merenung tajam.

"Ibu kan kat dapur", kata aku

"Tak. Ibu kat bawah tu", sambil tangannya menunding ke bawah kerusi.

Hmm. Itu cerita tadi, sewaktu Jasmeen masih berjaga di sisi aku. Sekarang Jasmeen dan isteri aku dah pun masuk bilik. Tinggal aku sendirian terbaring di ruang tamu. Sesekali aku mengintai ke bawah kerusi tersebut, kot kot mata yang sama masih ada dan merenung aku dari situ lagi.

Isk tegak plak bulu roma aku. Salah aku juga sebab aku biarkan tingkap rumah aku terbuka sehingga malam. Aku lupa yang berhadapan tingkap rumah aku hanya bukit dan hutan.

Aku juga terlupa yang Jasmeen mampu melihat apa-apa yang kami tak nampak dan tak mahu nampak..


12 Comments

  1. heeee. nasib baca pagi-pagi.. kalau baca malam... erk.

    ReplyDelete
  2. seram toi...
    bahaya gak tu...kalau buka tv time azan, bukak uat sikit volume tu...kerapkan baca al-quran ...insya Allah keluar semua tu dr umah

    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Hush seram nyer..biasa nyer mmg budak kecik akan nampak kan? Lagi-lagi budak yg dah pandai bercakap..kalau nampak lagi la dia bagitau kita..alamak aiii, masa tu mesti bulu roma naek mencanak! (!_!) Lpas niy beringatla toook, tutup pintu tingkap belaka okiessss..

    ReplyDelete
  4. seram nya..budak kan..memang boleh nampak benda2 macam tu.lagi2 masa tu malam, dia pulak dok seronok sangat..malam2 jangan suruh anak main sorok2.tu pesan orang tua dulu la..

    ReplyDelete
  5. seram pulak baca..nasib baca siang. kalau baca malam tadi? memang kemana kena berteman lah jawabnya!

    ReplyDelete
  6. lepas ni kena beringat petang nak masuk maghrib je kena tutup semua pintu tingkap. Uwais pun hijab terbukak

    ReplyDelete
  7. kesian kalau ganggu anak ni.. anak saya dulu kena gangguan tapi dia tak pandai cakap. meraung raung je..

    ReplyDelete
  8. alamak..belakang rumah kami hutan..kami rajin biar pintu beranda terbuka sampai 11 malam...

    ReplyDelete
  9. alahaii...payah klo anak dapat 6sense ni..tak pepasal kita pon jadi gerun..huhuu...

    ReplyDelete
  10. Tutup pintu bila malam mmg sunnah.

    Bole lihat sini https://islamqa.info/id/125922

    ReplyDelete
  11. ANAK2 MUDAH NAMPAK SESUATU

    https://belogsjm.blogspot.my/

    ReplyDelete