Babah Cahaya Apa Tu?


Bismillah,

Aku on the way balik rumah dengan puan isteri dan Jasmeen. Malam tu agak gelap. tak banyak kenderaan yang lalu lalang. Jasmeen dan puan isteri senyap di seat sebelah. Tak banyak perkara nak diborakkan memandangkan masing-masing pun penat.

"Babah..lampu", tiba-tiba suara Jasmeen memecah keheningan malam.

Aku pandang ke sisi tingkap. Gelap. Tiada apa ataupun sebarang cahaya di situ. Puan isteri memandang kehairanan. Suasana kembali sepi.

"Babah.. lampu", sekali lagi Jasmeen menegur. Aku tak menoleh terus ke tingkap sebab aku tau Jasmeen mampu lihat sesuatu yang tak mampu dilihat kami berdua.

"Haisshh takde la sayang. Mana ada", aku menyedapkan hati dengan menidakkan apa yang dia lihat. Tapi Jasmeen terus terusan mengatakan dia nampak cahaya lampu.

"Ok Jasmeen. Cuba tunjukkan kat babah", aku cuba kuatkan semangat. Jantung aku berdegup kencang, serupa orang yang kencing kat dinding rumah orang, terkantoi dan dikejar tuan rumah pada masa yang sama anak perempuannya yang kita try nak ayat kat kolej nampak kejadian tu. Mak aih kemain panjang perumpaan aku.




"Tu..", jari telunjuknya menunjukkan ke dahi aku.

Mati-mati aku hantu, sekali cahaya pantulan lampu isyarat kat dahi aku daa. Kasar betul lawak anak aku ni.

Sentap babah hokey!


2 Comments

  1. aku mati-mati it cte seram..
    sekali..lawak jasmeen punchline...



    p.s : lain kali kuar malam afzal..sila pakai wig.. supaya unsur2 seram tak muncul..

    ReplyDelete
  2. hahaha..#inikelakar Kekadang meen ni pandai takutkan babah dengan ibu dia..hehe

    ReplyDelete