Like A Boss

3:19 PM


Bismillah,

Hari tu kami terima kunjungan daripada HQ Putrajaya. Aku ni plak bukannya kenal sangat staf-staf kat sana tu sebab ramai sangat. Hari ni jumpa, tiga tahun sebelum pencen baru terserempak balik. Haa kira cenggitu la perumpamaannya, tapi takde la seteruk macam tu. Berkias je.

Kali ni yang datang sorang. Aku tengok dia lepak ngan big boss dari pagi membawak ke tengahari. Maybe ada projek besar yang dorang diskusikan sebab tak keluar-keluar dari bilik big boss. Bila berselisih dan kitorang senyum, dia boleh plak buat muka tempe. Adeh gatal je tapak kaki aku ni. Ni kalau tak sama level ngan bos aku ni.. mesti geng-geng pengarah ni.


Kucing ni takde pegang apa-apa watak dalam ini cerita. Sekian


"Kereknya. Sapa tu? Bos baru ke?", tanya aku.

"Mana? Yang tu? Bukan la", balas kawan aku.

"Timbalan Pengarah? Ketua cawangan? Ketua Pusat?..", tanya aku lagi.

"Mana ada. Dreba je la. Memang pesen dia geng ngan bos-bos je"

Lor

Sekali macai macam aku jugak daa




You Might Also Like

4 comments

  1. hehehehe...
    comey je kucing ni...
    gemok & gebusss sangat!!!
    hilang kejap stress petang-petang ni

    ReplyDelete
  2. Kucing tu yang paling win !! Ekekeke :p
    Tapi selalu juga kena situasi tu. Bila kita selisih bahu senyum muka kerek takmau senyum. Ape lah, sedekah pun tak nak bagi T_T

    ReplyDelete
  3. tak reti berpijak di bumi yg nyata le tu. btw, kucim tu seksi

    ReplyDelete