Bismillah,
Berdebar-debar jantung aku ngalahkan aku plak yang nak amik exam. Dah lama tak rasa
feel macam ni. Setahu aku last aku amik peksa besar cenggini tahun 2005.
IC.. checked!
Slip periksa.. checked!
Poyo! Takdenye dorang mintak semua tu. Semuanya atas talian. Korang nak menonggeng tunggang terbalik dorang peduli hape. Kawan aku pernah korek pusat semasa
exam tapi sampai sekarang masih bebas dan belum ditahan.
"Abang ayang mandi kejap ye. Sempat lagi tu sebelum mula"
"JANGAN!"
"Abang, ayang.."
"JANGAN!"
"A.."
"TAKLEH!"
Semua aku cantas. Nampak tak keseriusan aku bila menghadapi peperiksaan. Nak berak pon kena tahan sampai habis peksa. Macamana caranya..aku tak tau. Janji tahan.
Peperiksaan ni terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian pertama, soalan mengenai
pengetahuan am tentang Malaysia dan dunia.
Bahagian dua mengenai
cara menyelesaikan masalah matematik. Soalan pada aku boleh diselesaikan tapi masalahnya masa. Masa amat mencemburui. Setengah jam je kot untuk satu bahagian.
Bila soalan mula dibuka, aku dok teman isteri aku jawab. Sepuluh minit pertama berkerut aku tengok kening dia. Nak
Google pon take time
5 minit kemudian..
"Abang ayang pegi potong epal jap ye"
"Ok!"
10 minit seterusnya..
"Hahahahaha", tetiba aku dengar suara puan isteri dok gelak-gelak kat ruang tamu. Belum campur dia dok berkejar-kejaran ngan Jasmeen dari ruang tamu ke dapur.
Err..
Dah ni peksa sapa ni? Alih-alih kening aku plak yang
cramp sebab dok puas berkerut tolong jawabkan soalan.
Alhamdulillah walaupun macam tu aku berjaya juga jawab kesemua soalan dengan 10 soalan daripadanya aku hantam guna dadu. Kalau ada rezeki dia, aku gak tumpang gembira.
Semoga korang juga berjaya menjawab soalan dengan jayanya :) Semoga bertuah!
9 Comments
Huhuh.. Eh sama la kita exam jugak malam tadi dengan encik tunang.
ReplyDeleteMemang masa tu tak cukup. dapat la jawab smua, ada juga main hentam je la labu.
hehe amacam dapat jawab tak? Semoga bertuah ye Aina ngan En Tunang :)
DeleteHehe. Hebatlah sempat habis jawab semua soalan. Sha hari tu tak sempat habis pun.
ReplyDeletesempat hentam ada la hahaha. jawabnya sikit je :P
Deletehaha... stress jawab esp. soalan maths... pastu boleh plak gambar2 utk soalan maths tu x kluar, mmg terus tembak je la... huhu
ReplyDeleteuntungnya exam on9 ni...takde sape kesah kita jawab gaya apa. kuak lentang ke, korek idung ke...hahaha.
ReplyDeletesemoga beroleh kejayaan ya.
sempat lagi pi potonng epal..hahha
ReplyDeletesoalan susah susah kot lagi lagi part 2 soalan math dia tahap apa ntah..fenin fenin..eh macam fiza pulak amek exam..btw tolong adik ipar menjawab..kita pun terjebak sama macam amek exam
ReplyDeleteadik saya berjaya lulus ujian PTD ni..alhamdulillh..dia kena buat ujian psikometrik plak lps tu kalau berjaya pi interview
ReplyDelete