'> Siapa Peduli? | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, January 5, 2016

Siapa Peduli?


Bismillah,

Masuk tahun baru ni tak banyak bagi harapan lebih-lebih lagi penjawat awam macam aku. Alhamdulillah ada imbuhan untuk kami, tapi semalam dapat hari ni dah tinggal syiling. Macamana dorang boleh kata perbelanjaan harian cukup dengan hanya RM50? Untungnya aku sebab Jasmeen belum dihantar ke sekolah.

"Kak Yah pampers kat Speedmart murah. Ada la beza RM2 ke RM3", kata ayah kepada anak jagaan mak aku.

Nak aku bagitau yang si suami seorang senior engineer di Celcom dengan gaji RM7500 tahun lepas dan isterinya seorang doktor pakar hospital kerajaan UD54 dengan gaji sekurang-kurangnya RM8000. Total RM15K!

Gaji sebesar itu pun bercatu.. inikan la pulak aku. Serba serbi terpaksa dicatu, tapi masih lagi disuruh berjimat, Apa je la yang tinggal bila tolak sewa rumah, minyak, duit orang tua, belanja dapur, bil-bil utiliti, keperluan anak, hutang kereta. Kadang-kadang bedak isteri pun boleh miss. Nak makan pun aku lepas untuk anak je dulu sebab aku bimbang tak cukup isi minyak motor ke kerja esok. Tapi siapa la yang kisah?




Tak ada apa nak dimalukan sebab kita alami benda yang sama hari-hari. Kita bukan dilahirkan banyak harta, punya kuasa dan hidup bersubsidi.

Syukurlah rezeki yang sedikit ini masih tidak putus lagi. Cukuplah untuk alas perut anak dan isteri sementara menunggu rezeki keesokan hari pula.


7 comments:

  1. Betul bro... apa yang ada ni bersyukur je laaa... aku dulu masa memula kawin larat laaa jalan kaki dengan husband yang OKU.... aku dah laa sakit kronik... sekarang ada sebijik keta... kancil buruk, aircond pun takde... jadilah.... mungkin rezeki tu datang sesikit...

    anyway... gambar tuuuu..... sayunya tengok kasih sayang seorang ayah...

    ReplyDelete
  2. alah tok, org kaya ni ada yg makin kaya makin kedekut jadinya. ada client aku tu siap jd tokey bank kt china tp bwk handbag mengelupas jugak. entah le sama ada dia humble sgt kot.

    ReplyDelete
  3. btl.kdg menangis sendiri bila pk, n tgk muka anak2, xmampu nak sediakan pape utk mereka..nk bwk jln2 jauh skali...pentingkan mkn dlu sblm lain2..

    ReplyDelete
  4. Sentiasa mindset kita cukup duit..

    ReplyDelete
  5. Yang pasti untuk permulaan 2016 sangat super duper cabaran yg datang. Jimat dan terus berjimat meniti hari demi hari.

    ReplyDelete
  6. betul sangat...
    memang agak mencabar ekonomi sekarang ni. Apa yang boleh buat kita tawakal & berdoa serta bersangka baik pada Allah s.w.t ... Insya Allah, ada rezeki & bahagian kita. Itu janjiNya...
    Orang lain yang suka ria tu biarkan, sampai masa ada masa dia juga nanti. Yang penting kita jaga family kita. Sentiasa mencari keberkatan dalam mencari rezeki...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.my

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..memang betul tu..kena berkira kira buat catuan untuk meneruskan hidup. teruskan usaha dan berdoa moga dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com