Sunnah Berbekam


Bismillah,

Perubatan yang menggunakan kaedah bekam adalah disunatkan dalam Islam malahan ia merupakan di antara sebaik-baik cara perubatan. Sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa buah hadis yang di antaranya sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam yang maksudnya :

"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam".
(Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

"Kiranya ada suatu perubatan yang lebih baik bagi kamu, maka itulah dengan menggunakan pisau pembekam atau minuman daripada madu atau catukan (pagutan) dengan api dan aku sendiri tidak suka membakar dengan besi panas".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda lagi yang maksudnya :

"Kesembuhan itu terdapat pada tiga cara : minum madu, pisau pembekam dan alat pengangus, dan aku melarang umatku membakar dengan besi panas".
(Hadis riwayat Bukhari)


So last week aku decide nak berbekam memandangkan kawan aku sendiri ada menyediakan khidmat ni. Aku dah lama tau, cuma aku belum bersedia. Dalam kepala otak aku dok fikir macam-macam. Sakit ke? Bersih ke? Macamana kalau darah aku contaminated nanti?

So hari ni aku nak kongsi pengalaman aku berbekam..

Dengan kawan aku ni, harganya sangat berpatutan. Untuk 13 cawan (bekas bekam) dia hanya charge RM50 sahaja dan sebarang tambahan cup tidak dikenakan apa-apa bayaran. Aku buat lepas solat Isyak dengan abah dan adik ipar aku. Mula pukul 9 malam dan habis anggaran pukul 12 malam (1 jam seorang secara purata)


Dari Abu Hurairah radhiallaahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda: 

“Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit” 
(Sahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)


Aspek kebersihan sangat diambil berat. Peralatan dicuci dan dibilas berkali-kali dengan ethanol dan cecair khas. Jarum yang diguna pakai adalah pakai buang dan sebelum memulakan bekam, badan pesakit akan dibersihkan terlebih dahulu.

Mula-mula aku bekam angin, bertujuan untuk membuang angin yang terdapat di dalam badan. Bahagian yang banyak angin akan menunjukkan bekas berwarna merah gelap. Seterusnya adalah bekam darah, bertujuan untuk membuang darah kotor di bawah lapisan kulit. Titik-titik bekam dan khasiatnya aku sertakan di bawah.




Kawan aku menggunakan sejenis pen dengan jarum (yang biasa digunakan di hospital). Mula-mula aku ingatkan sakit, tapi sebenarnya tak rasa apa-apa. Mungkin sebab bekam angin dah dibuat terlebih dahulu, jadi membuatkan permukaan kulit jadi kebas. Rasa kena gigit semut je.


badan aku dilumur minyak zaitun untuk tujuan cairkan darah

Aku buat dua round. Memang pakej macam tu kot. Untuk setiap round, setiap kali itulah kawan aku bersihkan peralatan berbekam, menggantikan jarum dan merendam di dalam ethanol. Serius pada aku nampak leceh dan banyak kerja tapi itu yang buatkan aku jamin kerja dan peralatan yang dia gunakan 100% bersih dan selamat digunakan.



Ni first time aku buat bekam, dan insyaAllah aku nak repeat balik. Kawan aku cadangkan setahun 3 kali. So insyaAllah aku akan buat balik bulan April. Pengalaman dia membekam pesakit lumpuh separuh badan (sebelah kiri), alhamdulillah lepas berbekam beberapa kali sebulan.. pesakit tu dah pulih dan boleh memandu. Pesakit tu duduk kat Dengkil. Tapi memang banyak la cup yang dia guna sekali bekam.

Jika korang berminat untuk mendapatkan khidmat bekam, boleh hubungi kawan aku seperti yang tertera di bawah. Caj RM10 dikenakan untuk khidmat bekam rumah ke rumah.


Saudara Azrol Nizam
Lokasi sekitar Lembah Klang, Nilai, Seremban
Tel : 018-2386687


P/s : Ringan kepala aku. Hilang rasa letih badan akibat travel ulang alik naik motor


6 Comments

  1. kebetulan aku baru saje berbekam petang semalam kat area aku ni penang. tapi mungkin aku ni bernasib baik die kira 10cup rm30. Jadi aku beranggapan satu point 3 ringgit. jadi tanpa segan silu aku mintak tambah beberapa point di jadikan semua 18 point. estimate aku dlm 50rm mcm tu. tapi mase nk byr tu die kata 30 jgk. adui xsmpi ati aku byr jgk la 40rm. kebiasaannya aku leenguh ka point no6 tu.. lepas die buat bekan dgn izin-Nya hilang lenguh kat tmpat tu pastu.

    ni pengalaman aku. ko guna jarum ng pen kan. thun lepas ak penah bekau di cucuk pakai pisau gilette. dan ia tak terasa sgt mcm jarum. tapi pkai pisau gilette tu slepas bbrpa hari terasa kesan gatal nya utk beberapa hari.

    btw darah kat kepala engkau banyak giler. aku x pernah tgk org bekam banyak cmtu darah nya kat mana2 part pun. (ak xpenah buat kat kepala, xsanggup botakkan) hahaa. ko xpelah. pnjg plak aku komen

    ReplyDelete
  2. nampak ngeri la..takut pulak akak tengok..kulit kita jadi berbekas la lepas bekam tu ye?Akak nak suruh suami buat jugak la..

    ReplyDelete
  3. Nampak ngeri.. and menakutkan pun ada. Tp alhamdulillah, saya pun dh try. mmg bagus. Badan rasa lebih cergas pun ada. Anyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal cantik dan slim.

    >>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete
  4. Betul ke tak sakit.. nak cuba tapi takut la pulak. Huhu.
    Tp agk byk juga darah dekat kepala. Ada migrain ke? * saja tanya.. huhu

    ReplyDelete
  5. memang rasa fresh lepas berbekam bila darah kotor dan angin dikeluarkan. teringin nak buat tapi macam tak berani..huhu

    ReplyDelete
  6. suami sy pun nak berbekam tapi dia masih ragu-ragu lg...ok kan bekam ni kan

    ReplyDelete