Blog Si Hati Merah Jambu

Akidah

9:43 AM


Bismillah,

Aku lepak semeja dengan dua kawan aku yang lain. Dari satu topik, beralih ke topik yang lain.. dan terus terusan bertukar cerita demi cerita sehingga masuk bab solat. Bercerita mengenai bagaimana amalan seseorang yang solat laju.

Masing-masing keluarkan pandangan, ada yang ikut hukum hakam.. ada yang ikut logik akal. Nama pun sembang santai, tak ada la nak serius sangat. Melawak je lebih.

"Kalau dah solat pun laju macamtu, baik tak payah solat terus.. macam aku", ujar seorang kawan aku.

Aku terdiam sekejap.. tak pasti emosi apa nak aku luahkan. Dari gelak-suka sebentar tadi terus jadi kekok. Kawan aku seorang lagi mula senyum kambing eventhough aku tau dia pun sebenarnya tak searif manapasal bab-bab agama ni

Dari bab solat mula berubah ke bab lain dan berlanjutan hampir setengah jam sebelum masing-masing kembali menyambung kerja sendiri.

Sampai sekarang aku rasa berdosa, kenapa dalam tempoh setengah jam tu aku tak bantu dan bagitau dia, apa yang dia ucapkan itu boleh gugur imannya? Aku anggap dia jahil dan sepatutnya tanggungjawabaku untuk perbetulkan statementnya. Tapi aku diam mungkin aku sendiri buntu apa yang perlu aku buat.

Bab rukun Islam dan iman jangan dibuat main. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar, dalam rutin kita sehari kita ada terlajak kata, bermain bahasa yang adakalanya over the limit. Do not cross that line. Isu akidah jangan dibuat main, masa untuk kita pun tak banyak mana lagi.


Dalam setiap tahiyyat solat, perbaikilah syahadah yang sedia ada. Dalam lafaz syahadah, akui juga di dalam hati tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah


You Might Also Like

5 comments

  1. Afzal, bagi saya dalam bab solat niy, untuk lelaki memang wajib menguatkan suara hampir dedangar oleh telinga. Yang perempuan sama. Tetapi untuk perempuan bukanlah suara sekuat lelaki. Cukuplah sebutan yang kita sebut didengar oleh telinga. Kebanyakan perempuan, membaca nya hanya di dalam hati tanpa didengari oleh telinga. Itu yang menyebabkan laju dalam solat dan tidak khusyuk di dalam solat. Dalam solat dinamakan Rukun Qauli yang mana sebutan itu harus didengar oleh telinga. Sedangkan memberi salam jika tidak didengari oleh telinga boleh dikira tidak sah didalam solat. Yang mana berbisik tidak sah, suara angin pun tidak sah. Bagi saya, jelaskan sebutan, perdengarkan sebutan, laju didalam solat tidak akan berlaku. In Shaa Allah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. sama sama perbaiki diri dan ajak orang ke arah kebaikan...semoga pintu hidayah terbuka untuk kawan awak..

    ReplyDelete
  3. uiks..kasar bunyi tu. cakap macam orang takde agama pulak kan. semoga dia sedar apa yang diucapkan.

    ReplyDelete
  4. Hati-hati apabila berbicara. Tersilap kata, rosak akidah.

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana mengingatkan. Sy juga seperti anda, terdiam kaku bila ada yg bercerita perihal solat ni. Nak menegur kadang risau diri sendiri pun solat belum tentu sempurna.
    Allahuakbar, moga sahabat itu diberi petunjuk dan hidayah. kita juga moga diberi kelapangan hati

    ReplyDelete