Bila Mula Berkira..


Aku betulkan motor aku weekend hari tu memandangkan aku tengok tayar belakang pun dah botak. Kedai biasa aku pergi, harga pun tak mahal mana. Lepas kira-kira, ada duit lebih boleh la disalurkan ke tenggiling aku tu.

Aku menghampiri kaunter sementara tunggu cashier kira untuk customer lain. Lepas dicongak- tambah-bahagi, harga yang perlu customer tu bayar ialah RM156.10.

"Sepuluh sen tu kasi kurang la", pujuk customer tu. Kalau aku pun, setakat sepuluh sen tu, kira halal sudah la kan. Kang nak kena cari syiling lebih plak sebab pulangkan baki lagi sembilan puluh sen.

Tapi si cashier lebih pilih untuk buat pekak dari mempertimbangkan permintaan customer tu. Dia rasa tanpa sepuluh sen tu, ekonomi kedai dia akan menjunam jatuh sebelum sukuk pertama tahun 2016 (ayat biasa aku dengar time berita ekonomi walaupun sebenarnya aku tak paham sepatah haram pun)

"You kata RM156.10, ini you kira RM156.06 sen. Mana datang sepuluh sen? Should be RM156.05 sen la kan?", tetiba customer tu mula tinggikan suara bila dia semak balik resit yang diterimanya. Aku tengok cashier tu mula kelam kabut. Satu kedai kot dengar suara customer tu. Amik kau setepek terus ke muka.

sekadar gambar hiasan

Lepas bayar aku terserempak ngan customer tu kat luar kedai. Mungkin dia pun sedar aku ada kat situ, kat sebelah dia masa kejadian.

"Tak hadap pun aku ngan lima sen dia tu, boleh je aku halalkan. Tapi sesekali kena ajar gak.. jangan berkira sangat ngan orang. Dia boleh berkira ngan aku, kenapa aku tak boleh buat macam tu?"

Aku setuju dengan statement dia. Jangan nak berkira sangat ngan customer sebab hari tu kau dah hilang seorang customer disebabkan sepuluh sen.


5 Comments

  1. issh sampai macam tu.. setakat seposen 2 posen tak kesah la.. peniaga ni halalkan jer lah kira bersedekah sama...

    ReplyDelete
  2. Memang susah nak jumpa peniaga yg bermurah hati sangat..Tapi kalau jumpa, memang kita rasa kita sangat murah rezeki masa tu..

    ReplyDelete
  3. sy bukan bekap cashier tu tau..sy cume perbetulkan fact tu je..

    contoh 10.06
    klo .06 memang depa akan genapkan jadi 10.10
    kalo .05 dan ke bawah depa genap kan jadi 10.00

    memang pengiraan dia mcm tu..kalau dulu kita ada belaja subjek BUNDAR kan?? hehe.

    tapi memang berkira btl lah kan..10sen pn..dhsyt sungguh

    ReplyDelete
  4. Macam Mila Hilas cakap, Kedai skrg Akan bundarkan bab2 sen2 ni...

    Rasanya sistem dia dh Kira macam tu.. Dan kena ingat skrg dh Ada gst. Aku x tau Kedai ni Ada gst x, tapi kalau ada gst memang kena rekod exact amount, kalau x nanti Kastam audit, Habis peniaga tu....

    Kalau kedai2 yg x pakai sistem dia punya cashier tu, tak patut la kalau berkira seposen tu...

    Tgk dari satu side, x boleh nak tahu siapa salah siapa betul...

    ReplyDelete
  5. betul, betul. hanya kerana seposen kau bakal hilang customer.
    teringat masa kerja cust service dulu. kami siap standy syiling dlm kotak utk cust setakat sekupang dua tu mmg anggap sedekah je.

    ReplyDelete