Kaum Bapa Boleh Lakukan Ini Untuk Kelihatan Comel


Bismillah,

Lelaki yang gentlemen dan bertanggungjawab waktu zaman bujangnya, akan beralih menjadi comel bila bergelar bapa. Kadangkala kita rasa apa yang kita buat tu biasa je pun, tapi orang sekeliling plak anggap ianya comel. Jom kita tengok perkara apa yang kaum bapa boleh buat untuk kelihatan comel.


Habiskan Makanan
Nampak comel lagi-lagi bila aiskrim anak mula cair, dia tolong jilatkan. Kalau ada empat orang anak, setiap satu la dia tolong jilatkan. Anak tak habis makanan. dia tolong habiskan.


Bawa Bekal Dan Botol Air Ke Pejabat
Rata-rata suami kawan aku tak suka bawak bekal ke pejabat. Malu katanya. Jangan kata kawan-kawan aku, adik ipar aku sendiri kalau dibekalkan nasi ke pejabat.. sanggup dia makan dalam kereta. Aku pernah nampak beberapa lelaki yang naik moto dan di belakang beg sandang dia ada bekal air, warna pink lagi.

Melayan Karenah Anak
Anak buat apa.. redha je la asalkan anak tak menangis. Kadang-kadang anak takde kawan jadi kita la mangsa terdekat yang boleh dijadikan kawan. Duduk atas perut tu dah biasa sangat dah. Kena tunggang, jadi buaian, jadi zombie.. raksasa.


Gaya Tidur Anak Dan Bapa
Yang ni semestinya comel. Kadang-kadang boleh lihat kaki anak kat muka bapa, anak kat kelengkang, semuanya tunggang terbalik. Aku pernah tengok anak semua anak tidur atas bapanya. Comel sangat.


Bekalkan Makanan dan Persiapkan Anak
Sebelum ke sekolah, bapa akan bekalkan sarapan. Persiapkan anak, ikatkan rambut, bedakkan dan tolong anak susunkan buku ikut jadual harian.


Bawa Beg Anak Ke Sekolah
Aku pernah tengok beberapa kali seorang bapa sandang beg sekolah anak. Beg Frozen ada, beg warna pink dan banyak lagi. Mungkin beg tu berat, tak nak susahkan anak atas motor.

Teman Anak Dalam Kelas
Ni pun aku pernah nampak. Seorang bapa duduk di belakang kelas sambil tunggu anaknya. Bukan sebab takut berpisah dengan anaknya, tapi anaknya menangis kalau tak nampak bapanya. Nampak comel sebab bila bapa yang besar tu duduk atas kerusi yang kecik. Hehe

Bawa Anak Ke Pejabat
Bila pengasuh minta cuti, puan isteri pula terpaksa attend mesyuarat.. terpaksa la si bapa bawa anak ke pejabat. Ke hulu ke hilir mengusung anak, tukarkan lampin, tidurkan anak. Nampak comel je bila lelaki dengan suit kemas bertali leher tukar lampin anak atas meja pejabat.


Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang kaum bapa boleh lakukan untuk kelihatan comel. Yang ini sebahagian sahaja. Apa-apa pun untuk kelihatan comel perlukan 2 perkara iaitu sabar dan sayang. Kalau hanya ada satu sahaja masih tidak boleh dikategorikan bapa comel.

Kita sendiri akan sedar betapa comelnya kita bila kita sudah bergelar suami dan bapa nanti. Yeah you're superdad :)


5 Comments

  1. lelaki kalau dah jadi bapak memang automatic akan jadi comel. kan!

    ReplyDelete
  2. aku suka semua.. cuma teman anak dalam kelas tu tak perlu kot

    macam wahh manja noo anak ko kannn

    ReplyDelete
  3. yang tido tu comey...baby kat atas belakang ayah die

    ReplyDelete
  4. kalau suami akak paling comel bila dia mengadap youtube video keta dengan anak jantan dia..nampak comel je dua2 dengan perut masing2 menonjol.hehehe...

    ReplyDelete
  5. yg part tunggu anak dlm kelas tu comel,,masa tadika dulu selalu suruh ayh buat mcm tuu

    ReplyDelete