Stalker

5:21 PM


Bismillah,

Lately aku rajin stalked someone, bukan stalked dia actually tetapi membaca komen-komen dari peraih cintanya. Setau aku la.. dia janda.

Bila aku perhati sorang-sorang, hmm jawatan not bad. Ada pegawai penjawat awam, pengurus syarikat, guru penolong kanan pun ada. Berjanggut berkedut siap berkopiah lagi. Aku tak heran pun kalau umur sebaya aku atau lebih muda tetapi yang drop komen semua sebaya abah aku.

Ayat-ayat cliche orang lama, siap tinggal nombor telefon bagai hahaha. Betul la aku yang baca ni pun, bila pegi tandas kencing keluar gula melaka. Kadang-kadang keluar Coke terus. Bukan bangsa aku je, bangsa 1.5 juta ada, dari seberang ada.. pendek kata complete set macam-macam warna. Akak tu plak macam suka-rela je aku tengok.


Macamana la kalau yang baca tu anak-anak diorang? Kariah surau atau geng rewang? Saudara mara? Jiran dan kawan-kawan? Masa pakcik-pakcik dah habis dah. Jangan la dibawak balik perangai lama. Dan kepada akak tersebut.. apa sebenarnya yang akak harapkan daripada mereka?

Bila aku fikirkan balik, aku bersyukur sebab aku tak letakkan diri aku serendah itu. Sekurang-kurangnya mereka kena tau, kalau bukan aku pun.. masih ada kuasa Maha Besar sedang 'stalker' mereka dari jauh


You Might Also Like

11 comments

  1. Replies
    1. kedua2nya bahaya.. yang exposed dan yang stalker :D

      Delete
  2. uik..kat mana ko stalk ni afzal oii...tp bukan SA kan...title tu sama but for sure not me...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe not u la SA. orang lain punya cerita ni huhu.

      Delete
  3. Replies
    1. sekarang ni mybe tak gerun.. dah jadik kes rogol, kes bunuh nanti baru gerun kak huhu

      Delete
  4. Replies
    1. hahaha tu la kak ngah hiburan di kala bosan. Layan karenah abah-abah :P

      Delete
  5. Ahahaha. :D Stalk Janda? Siap tinggal no handphone bagai. Seriau bace. :P

    ReplyDelete
  6. suka ayat terakhir tu!
    yg 'abah-abah' tu... boleh dikategorikan sbg buang tebiat ke? hihi

    ReplyDelete