Blog Sihatimerahjambu

Superhero Kah Aku?

2:32 PM


Bismillah,

Sedari dulu lagi aku rasa aku bukan manusia normal. Jika bersama adik beradik aku yang lain, aku feel something. Ada sesuatu dalam diri aku ini.. yang aku sendiri tak sedar sehingga diberitahu isteri aku baru-baru ni.

Tak tau nak rasa apa. Gembira, teruja atau pelik.

"Abang sedar tak apa abang buat pagi tadi?", tanya puan isteri.

"Kenapa?", balas aku.


"Masa ayang nak kejut pagi, tetiba abang eja nama abah abang. Na..NA, Ra.. RA, Wi..WI .. Narawi!. Kus semangat terkejut ayang. Abang mengigau apa?",sambung isteri aku. Aku terpingaa-pinga.

Dalam seumur hidup aku.. baru hari ni aku dapati aku punya kuasa telekinetik yang mana mampu mengeja dan menyebut dengan lancar sewaktu tidur tanpa disuruh atau dipaksa. Mungkin kalau diexplore lagi, mana tau aku juga mampu membaca sifir dan membaca syair.

Aku percaya itu bukan ngigau. Mungkin simptom awal sebelum aku bergelar superhero

Tapi aku tak tau kuasa mengeja aku ni nak aku gunakan kat siapa?

Musykil plak aku


You Might Also Like

7 comments

  1. pegghhh!!hebat,..siap boleh mengeja dalam tidur..tepat dan jelas pulak tu..biarlah sampai menurun ke jasmeen..tak payah paksa2 suruh belajar membaca hari2...ekekek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak ikutkan bakat.. jasmeen masih belum mahir lagi malah dia gagap hahaha :D

      Delete
  2. eja man...
    superhero terbaru malaysia...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yang ni win. Eja man. sounds good :D

      Delete