Tebus Tiket Wayang Percuma Di GSC


Bismillah,

Aku lupa, aku boleh redeem tiket wayang kat GSC memandangkan aku dah berdaftar sebagai ahli since 2012 rasanya. Tahun lepas aku terlupa.. tahun ni tak mungkin lagi. Boleh daftar secara percuma di laman sesawang GSC.




Bila dah berdaftar sebagai ahli, setiap tahun kita boleh redeem dua (2) tiket wayang PERCUMA dan hanya tayangan yang bertanda (*) sahaja boleh dipilih.

Besday aku bulan Februari, jadi aku boleh tebus dua (2) tiket untuk menonton mana-mana tayangan dalam bulan Februari itu.


1. Klik pada MY PROFILE
2. Pilih MEMBER'S REWARD


3. Klik pada BIRTHDAY VOUCHERS


4. Klik pada BIRTHDAY MOVIE COUPON untuk tiket wayang percuma.
5. Boleh juga klik pada BIRTHDAY TREAT untuk mendapatkan diskaun pembelian makanan.


6. Dan akhir sekali cetak kupon tiket wayang percuma. Bawa kupon yang BERWARNA ini ke
    kaunter GSC untuk penebusan tiket. Kupon yang bercetak HITAM PUTIH tidak diterima.

7. Selamat menonton!



2 Comments

  1. untung ni..tapi kalau fiza register macam rugi sebab jrg tgk movie kat wayang..huhu

    ReplyDelete
  2. Hitam Putih diterimalah. Pergi tngk balik syarat no. 3 (colour or black & white)

    ReplyDelete