Blog Si Hati Merah Jambu

Menang Besar

10:40 AM


Pagi tadi macam biasa aku ke tempat kerja, redah lautan kenderaan lain dan hanya ruang antara kenderaan jadi pilihan dan laluan. Hidup mati aku bergantung pada berapa bijaknya pemandu kenderaan hadapan menukar lorong dengan memberi signal.

Dalam ruang sesempit tu, aku cuba dipintas sebuah motosikal dari arah belakang. Tetapi dia tak berjaya dan menyebabkan cermin sisi aku dilanggar.

Lelaki tu kembali pintas dan mencarut. Dia menunjukkan isyarat tangan menyuruh aku berhenti ke sisi jalan. Di tangan kirinya dah dicapai lock besi dari dalam raga motor. Berkobar sangat nak hentam aku gamaknya pagi-pagi Jumaat ni.


Aku tenang, teruskan perjalanan. Tiada sebab untuk aku berhenti dan ikut kemahuan dia. Sepatutnya aku yang rasa marah sebab dia langgar aku. Ni jadi terbalik pulak.

Sekali lagi aku nampak dia memintas aku dari sisi dan ajak aku bergaduh. Allahu tak tau nak cakap apa. Agaknya tak mendapat perhatian daripada aku.. dia teruskan perjalanan.

Apa-apa pun, aku maafkan dia. Mungkin dia ada masalah, fikiran tengah serabut. Itu je jalan penyelesaian mudah yang dia mampu fikirkan.

Alhamdulillah, menang besar lagi aku pagi ni :)


*Maaf blog bersawang.. baru habis audit MS ISO 17025


You Might Also Like

4 comments

  1. Hidup ni benda utama kena jadi profesional. Kesabaran kena banyak guna dekat zaman moden ni. ☺ Memaafkan manusia itu mulia di sisi Allah, sedangkan meminta maaf itu tidak menjatuhkan martabat kita sebagai manusia. ☺ Syukur selalu Afzal, alhamdulillah anda sudah menang besar. Sabar itu indah. ☺

    ReplyDelete
  2. menang kerana tidak melayan amarah orang yang sia-sia...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. sama la dengan IQ...orang buat salah tapi orang yang lain kena marah, IQ dengan satu lori sederhana, bagi signal last minit nak masuk tapi tak berjaya sebab IQ laju, xsempat nak brek nak bagi laluan, sedar2 lori tu kejar bagi hon dan highbeam...bila dapat pintas, tengok ikut tingkap kereta, renung kat IQ...nak tunjuk gangster mungkin..malas IQ nak layan, IQ bawak jer kereta...sape suruh bawak laju2 tengah kereta banyak...plus, jangan fikir bagi signal terus boleh masuk..kan?

    ReplyDelete
  4. Naik motor ni begitulah kan.ruang antara motor lain tu dekat sangat. pelik pulak orang tu nak cari gaduh..Baguslah tindakan macam tu..kalau turun nanti takut lain pula jadinya. maafkan satu kemenangan besar juga tu. tahniah!

    ReplyDelete