Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort


Bismillah,
Minggu lepas aku berpeluang join geng Projek Travel buat review buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Kali ni aku bawa puan isteri dan Jasmeen.

Ni bukan kali pertama aku datang ke Bangi Golf Resort. Sebelum ni aku banyak terima jemputan majlis perkahwinan daripada kawan-kawan yang mana lokasinya dibuat di sana. Tempat luas, parkir pun banyak jadi tak ada masalah untuk terima pengunjung dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.

Menu yang disediakan pelbagai. Daripada masakan melayu, barat, pencuci mulut, yang biasa tengok, tak biasa tengok dan yang tak pernah tengok pon ada haha. Harga yang ditawarkan juga rendah.. tetapi jangan sangka harga yang rendah tiada kambing. Hehe. Kambing bakar menu wajib dan menu tarikan waima di mana-mana lokasi buffet ramadhan sekalipun.


Ada beberapa menu yang menarik perhatian aku. Sate? Ok biasa sebab aku orang Kajang. Aku cuba cendol Gelato. Mula-mula aku sangkakan aiskrim. Rupa-rupanya cendol, dalam bentuk aiskrim. Sedap sangat. Aku pun ada cuba sup kambing mamak. Perghh pekat aku cakap, kalau cicah ngan roti tu mau berpeluh badan aku bila tidur malam hehe.


Ada banyak lagi menu dan appetizer yang boleh dicuba. Aku tak sempat sumbat semua. Tapi aku sempat snap gambar untuk tatapan korang. Hahaha kejam!

Harga yang ditawarkan untuk dewasa adalah RM58 dan untuk kanak-kanak adalah RM29. Buffet Ramadhan bermula pada 9 Jun 2016 sehingga 4 Julai 2016.


Bawalah seisi keluarga juga. RM58 pada aku masih sangat berbaloi dengan pelbagai hidangan yang ditawarkan.

Jumpa di sana nanti di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort.



15 Comments

  1. Haritu ada gak yang menjemput tapi tak dapat nak pergi sebab demam :( wuhuhuhu... Apapun menu buffet memang menarik, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah best menu dia. Tempat luas dan selesa 😁

      Delete
  2. 1st time jumpa jasmeen. Pandai nauu dia selfie dgn pp gebus dia tu kann.. Geram sgt2 peramah pulak tu. Hehehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dia sebenarnya pemalu kak. Cuma lately semakin selesa dah jumpa orang. Tu yang ke hulu.. Kehilir tu tak reti dok diam😂

      Delete
  3. sedap2..lagi sedap tgk anak tu makan..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tunggu la anak awak besar sikit..macam Jasmeen la dia nanti :D

      Delete
  4. menarik nya semua menu2 tu..
    kat Lahad Datu ni pilihan menu buffet utk ber buka puasa terhad sgt...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hy kak atie. Lama tak jumpa. Huhu. Trun KL la kak berbuka kat sini 😝

      Delete
  5. wahh dah akrab la dia dgn projek travel bnyak jobs masuk.. tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kebanyakan bebudak Projek Travel tu Geng Blogger Sengal 😁

      Delete
  6. fuh fuhh sedapnyaaa... dah menjejes ni ...

    ReplyDelete
  7. buka puasa kat sini confirm semua benda nak kena rasa.semua sedap oii!

    ReplyDelete
  8. buffet ni mcm mne eh? byr rm58 lepastu boleh ambil je ape2 makanan eh? kalau nak pergi by group mcm 15 org mcm tu harga mcm mne eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan boleh contact Bangi Golf Resort utk reservation 03-8925 3728

      Delete