4 Cara Mudah Memuat Turun Video Youtube


Bismillah,

Anak aku Jasmeen dah minta lagu-lagu baru Didi & Friends. Mana dia tau? Baru sekejap tadi Astro buat tayangan seminit. Seminit manalah cukup kan.. kita sendiri tau macamana fiil anak kita. Mujur lah Jasmeen tak berguling-guling. Tapi sakit telinga lah juga dok minta benda yang sama.

Ok bila aku buat carian dekat Youtube, aku dapat beberapa lagu baru.. tapi tak semua. Janji lagu dalam iklan kat tv tadi ada dan syarat kedua full version haha. Masalahnya Youtube tak membenarkan video-video nya dimuat turun melainkan korang tau bagaimana cara-caranya.


(SATU)
Aplikasi Youtube Downloader digunakan khas untuk memuat turun video-video yang ada di dalam Youtube. Korang cuma perlu muat turun aplikasi ini DI SINI secara percuma dan install seperti biasa. Copy link video yang hendak dimuat turun dan tampalkan pada ruangan carian pada aplikasi Youtube Downloader. Tekan butang download dan simpan.


(DUA)
Selain daripada Youtube Downloader, aku nak kongsikan tips kedua cara nak muat turun video dari Youtube. Tips ni tak memerlukan korang untuk memasang sebarang perisian. Sangat cepat dan mudah.


1. Mula-mula pergi ke page youtube dan pilih video yang hendak korang muat turun.


2. Pada alamat URL video yang hendak korang muat turun, tambahkan huruf 'ss' di hadapan
    perkataan youtube. Contohnya seperti ini (rujuk gambar di bawah) ;


https://www.youtube.com/watch?v=sk3odZcCR2g

bila ditambah huruf 'ss' jadi seperti ini  ;

https://www.ssyoutube.com/watch?v=sk3odZcCR2g

dan tekan ENTER.


3. Korang akan masuk ke webpage baru seperti gambar di bawah. Pilih format video yang korang
    mahukan dan seterusnya tekan Download



4. Tunggu sehingga video anda siap dimuat turun. Selesai.


(TIGA)
Cara seterusnya adalah dengan menggunakan KeepVid. Fungsinya sama seperti Youtube Downloder cuma aplikasi ni tak perlu dimuat turun dan di install. Hanya dilakukan secara online sahaja.

dapatkan link video yang hendak di muat turun pada Youtube

buka web KeepVid dan tampalkan link tersebut pada ruangan sebelah butang download.

Tekan butang download dan pilih format yang korang nak kan. Siap!


(EMPAT)
Muat turun terus je dari Salam Browser. Apa itu Salam Browser? Nak tau lebih lanjut boleh layari www.salambrowser.com untuk baca artikel mengenainya. Kalau aku explain kat sini.. makanya inilah entry paling panjang pernah aku hasilkan selama 6 tahun ni hahaha.


Jika korang layari Youtube melalui Salam Browser (bukan dari Chrome atau Firefox), browser ini menyediakan plug in atau butang download pada video yang sedang dimainkan. Tak seperti pada browser Chrome atau Firefox, tiada butang download dan perlu cara lain untuk memuat turun video dari Youtube. Mudah kan?


Selain daripada itu, tiada iklan berulang dan bertindih pada video-video yang ditayangkan pada Youtube dengan menggunakan Salam Browser. Tiada iklan bukan-bukan yang secara tidak langsung akan mengganggu perhatian lebih-lebih lagi anak-anak kita.

Pada muka utama Salam Browser juga ada disertakan kata-kata hikmah yang boleh kita jadikan panduan dan pedoman. Kot la korang gatal tangan nak buka yang bukan-bukan, sempat la nangis bila kena sedas ngan kata nasihat.


Nak muat turun mudah, nak biarkan anak kita sensorang layan Youtube sampai pitam pun tak ada masalah hahaha.

**********

Itu 4 cara mudah yang dapat aku kongsikan untuk memuat turun video dari Youtube. Download Didi & Friends je ye.. jangan download bukan-bukan haha.

3 Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. senang senang senang..Fiza biasa nak download cerita guna IDM je tapi takpernah download dari youtube. boleh lah cuba cara ni pulak. Tq Afzal

    ReplyDelete
  3. خدمات تخصصی تعمیر و سرویس لپ تاپ در تهران

    دسته تعمیر لپ تاپ

    ReplyDelete