Buffet Ramadhan Di Restoran Nelayan, Gombak


Bismillah,
Semalam aku dan keluarga berkesempatan untuk pergi berbuka di Restoran Nelayan, Gombak. Sebetulnya ni pertama kali aku ke sana. Tak tau plak Restoran Nelayan ada buka di sana. Setau aku kat tasik Titiwangsa je tapi dah tutup.

Restoran ini terletak berdekatan dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak. Perjalanan ke destinasi mengambil masa selama 1 jam setengah dari Kajang ke Gombak setelah mengambil kira faktor kesesakan lalulintas orang ramai balik dari kerja lewat petang. Bila aku sampai je, dah masuk pun waktu berbuka.


Menu utama yang menjadi tarikan pengunjung di sini adalah stimboat. Tetapi bukan itu sahaja, malah turut disediakan menu lain seperti nasi putih, nasi goreng, laksa, lauk pauk kampung, pencuci mulut seperti puding, buah buahan dan kuih muih. Roti John turut disediakan selain menjadikan kambing bakar sebagai menu wajib seperti mana mana lokasi majlis berbuka puasa.


Tempatnya menarik, ada pentas dan ruang solat yang luas. Restoran itu mampu menempatkan seramai lebih kurang 1000 hingga 1500 orang tetamu dalam satu masa dan juga turut menerima tempahan bagi majlis perkahwinan dan sebarang majlis.

Majlis berbuka yang aku hadiri kelmarin turut menerima kunjungan daripada rumah anak yatim. Selain dapat berhibur mendengar celoteh pengacara majlis, majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran artis tanahair seperti Sheeda, Mek Habsah, Achong Sweet Child, Man Raja Lawak dan ramai lagi.

Lokasinya betul betul terletak di sisi jalan utama jadi tak susah untuk mencarinya. Harga yang ditawarkan juga cukup murah dan berbaloi di mana harga untuk dewasa hanya serendah RM35 dan 50% untuk kanak kanak dan warga emas.

Kepada mereka yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa syarikat atau persendirian dan tercari cari lokasi berbuka yang menawarkan harga rendah, boleh lah mambuat tempahan melalui Encik Ammar di talian 012-375 4982.


Lokasi : Restoran Nelayan@Gombak Batu 8 ¾, Jalan Gombak, Selangor





Kredit gambar : livelifelah, mamatisya, qasehsu


6 Comments