Kad Raya : Sebelum dan Selepas Kahwin

9:53 AM


Bismillah,

"Abang.. abang ingat tak dulu", tetiba puan isteri buka balik buku sejarah. Alamak ni kira macam pop-kuiz la. Betul atau salah jawapan yang akan aku berikan nanti, akan memberi kesan terhadap mental dan fizikal aku paling koman seminggu.

"Abang ingat tak kad raya yang abang bagi dulu sebelum kahwin..", sambungnya lagi.

"Ofkos la abang ingat. Abang bagi kad besar siap ada bunyik-bunyik kan?", aku jawab dengan penuh keyakinan. Mana boleh lupa, satu Kajang aku survey kad sebesar tu hahaha.

"Yup betul..besar sangat. Malu ayang bila Abang Long dok perli-perli. Then tahun berikutnya abang ingat tak kad raya abang bagi kat ayang? Lepas kita kahwin..", aku ingat habis kat situ je.. rupanya ada kesinambungan.

Ok masuk tahun kedua aku dah lupa. Aku bagi kad apa ye? Satu persatu kad aku sebut. Puan isteri geleng memanjang. Aku tak boleh biarkan dia geleng lama-lama. Selain menghauskan engsel pada leher dia, ia juga mampu memberi kesan kepada emosi dia. Semakin lama dia geleng, semakin panas la hati dia.


"..Bila ayang dapat kad raya abang time tu, ayang still rasa malu..", tambahnya.. mungkin nak bagi hint.

"Kenapa?", itu soalan paling cabul dan makan diri pernah aku berikan.

"Abang tak ingat ke yang bagi kad raya PLUS. Tu pon kad raya terpakai.. abang dapat masa kerja kat PLUS dulu 3 ke 5 tahun lepas kan? Ayang malu sebab kena perli ngan Abang Long, tahun sebelum kemain besar, apsal tahun tu tetiba kecik?", perli puan isteri. Hahaha ok aku ingat. Time tu aku bebetul tak sempat nak cari kad raya special.

"Walaupun kad raya abang tu bertarikh luput, tetapi tidak pada kasih dan sayang abang chia..chia..chia!"

"Apa chia..chia chia? Puk kang!",balas puan isteri. Ok foine better aku buat-buat pengsan sejam dua dulu sebelum dia kaitkan dengan sejarah-sejarah lain hahaha.


You Might Also Like

5 comments

  1. Hahaha..bagusla pn isteri tnya soklan cepumas cmtu..tp kira ok la dpt jgk kad every year wlupn makin kecik.sbb msti cumel kad2 tu kan..sbb smua tahu yg afzalsukasuki ni mmg kreatif..

    ReplyDelete
  2. Hahaha..bagusla pn isteri tya soklan cepumas cmtu..tp kira ok la dpt jgk kad every year wlupn makin kecik..nk2 klu kad DIY from afzal sndri..msti cumel kad2 tu sbb smua tahu afzalsukasuki mmg kreatif..

    ReplyDelete
  3. hai... blogwalking kat sini.. cantik blog u. kreatif dan unik. peace yaww. :)

    ReplyDelete
  4. kemainn chia chia chia lagi. Kad raya luput pun boleh afzal. janji hado.

    ReplyDelete
  5. hahahahaaaa adoi tapi cam comel je

    ReplyDelete