Pertama Kali Naik Motor Dan Ini Yang Berlaku Kepadanya


Bismillah,

Bila dok termenung tengok motor lalu lalang ni.. teringat masa aku belajar dulu.

Masa tu aku duduk hostel tapi kat luar la. Jadi keperluan bagi seorang lelaki yang tak berapa nak hensem mana tapi manis macam aku ni, motor adalah aset utama untuk bergerak ke sana dan ke sini waima jarak ke suatu lokasi tu hanya 500 meter. Jadi jangan hairan kalau korang nampak tangan aku lebih berotot berbanding kaki (sebab aku pulas trottle motor lebih berbanding menggunakan kaki untuk berjalan)

Masa tu nak keluar makan kalau tak silap. Aku bawak sorang kawan. Jadi secara tak langsungnya saham dia lebih rendah daripada aku sebab dia membonceng di belakang. Bila aku tanya kenapa tak beli motor. Dia kata abah dia tak bagi. Almaklumla baru sem dua kot masa tu.

So lepas bagi helmet, kitorang pun gerak. Dia punya rangkul pinggang aku, macam ketuat. Nampak terbuai-buai tapi melekap kemas. Rasa macam bawak maknyah pusing-pusing hirup udara segar pun ada. Sampai je kat roundabout depan seksyen 2, tiba-tiba dia pukul aku dari belakang. "Klepek..klepek" Mak aih pedih nak mampus.

"Weh berhenti.. berhenti! Tolong aku weh!", jeritnya. Ai tolong apa plak ni? Aku cuba tengok dari side mirror, tak jelas plak sebab malam. Takkan aku nak berhenti kat tengah roundabout ni. So aku cecepat keluar dari roundabout dan park tepi jalan.


Bila aku pusing.. aku terus bantai gelak. Aku tengok helmet dia dah berpusing ke depan. Dah la kurus, berpusing-pusing helmet tu kat kepala dia. Sape suruh kepala kecik! Hahaha.

"Ko dah kenapa ? Pakai la helmet bebetul", aku masih tak berhenti gelak.

"Aku first time naik motor ni. Gayat duduk belakang", ujarnya.

Hahaha teruna rupanya. Kalau aku tau nak jadi macam tu, celah-celah helmet dia tu aku sendal dengan suratkhabar hahaha.

Lawak la kawan aku tu.. entah mana la dia sekarang :D


5 Comments

  1. hehehhe...kepala besar penumbuk je agaknya,..kesian la pulak..mesti dia rasa macam sesat sekejap.hehehe..

    ReplyDelete
  2. Hahaha ! Senget nye la hai. Kesian bebenau gaya-nya. =D

    ReplyDelete
  3. HAHAHAAA pernah sekali ema pakai helmet terbalik....dulu la.. kahkahkah

    ReplyDelete
  4. tumpang kesian kat dia. Dahlah first time naik motor, gitu pulak jadinya

    ReplyDelete