'> Program Amal Berbuka Puasa AnCasa Hotel and Spa, Kuala Lumpur | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, June 9, 2016

Program Amal Berbuka Puasa AnCasa Hotel and Spa, Kuala Lumpur


Bismillah,
Aku terkejut bila tengok ramai kanak-kanak masuk dan memenuhi meja. Semuanya berpakaian putih, comel-comel belaka. At last baru aku tau, yang dikatakan special pada majlis berbuka puasa kali ini adalah bahagian ini.

Bila masuk waktu berbuka, bertempiaran semuanya mendapatkan makanan yang disajikan pihak pengurusan AnCasa Hotel and Spa, Kuala Lumpur. Aku sengih sensorang. Lucu ada dengan keletah mereka dan pada masa yang sama rasa sayu mengenangkan dalam usia yang begitu muda mereka sudah putus kasih sayang kerana ketiadaan ayah dan ibu.

Aku bersyukur dan terharu bila pihak pengurusan AnCasa Hotel and Spa, Kuala Lumpur menjadikan majlis berbuka bersama anak yatim sebagai acara tahunan mereka setiap kali menjelang bulan Ramadhan. Untuk tahun ini, Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak telah dipilih bagi memeriahkan majlis berbuka ini.

Tapi sebelum aku masuk ke pintu lobi hotel, aku dapat lihat beberapa kakitangan hotel mengagihkan bubur lambuk kepada komuniti yang berada di sekitar Pudu Sentral. Aku diberitahu lebih kurang 500 bungkus bubur lambuk berjaya diagihkan kepada orang ramai. Kelakar melihat seorang kakitangan hotel yang melatah setiap kali menahan kenderaan untuk diberikan bubur lambuk.

  

Ini kali kedua aku menikmati juadah dan menu yang disajikan di AnCasa Hotel and Spa, Kuala Lumpur. Tapi serius kali ni lebih gak. Lebih banyak menu, lebih menarik dan susun atur yang kemas dan cantik. Rasa masakan juga sedap dan kena dengan tema yang dibawakan pihak hotel kali ini iaitu Selera Desa Nostalgia 60an.


Tema kali ini berkisarkan tentang perjalanan hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai seorang seniman agung di Malaysia. Kredit diberikan kepada Chef Yohanis, Chef Mariam dan juga Chef Syukri kerana dapat mempersembahkan menu-menu terbaik sepanjang Ramadhan tahun ini.


Buffet Ramadhan Selera Desa "Nostalgia 60an" ini dibuka sepanjang bulan Ramadan sehingga 3 Julai 2016 dari pukul 7 malam hingga 10 malam. Kemudahan surau juga ada disediakan bagi mereka yang ingin menunaikan solat.


Harga yang ditawarkan untuk dewasa adalah RM68 bersih dan RM40 bersih. Untuk sebarang pertanyaan, boleh la terus hubungi Saffron Brasserie di talian 03-2026 6060 sambungan 7703 atau talian bebas tol 1-300-88-0032.

Dan kepada badan-badan atau pihak di luar sana yang ingin menginfakkan harta dan menyumbangkan derma kepada Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak, bolehlah pengasas/pengurusnya Ustaz Wan Razmie Bin Wan Othman di talian 019-3050835. Korang juga boleh lawati FB mereka di fb/darulilmimalaysia atau menerusi emel darulilmimalaysia@gmail.com.

7 comments:

  1. Kambing tu sexy Sgt...hehehe..Untungla banyak dapat invitation....

    ReplyDelete
  2. Hi Afzal

    my name is Irene Chua frm Genting

    Would like to know if you have been to Genting for our reviews before?

    Hope to hear frm you

    Irene Chua
    Senior Executive
    Public Relations
    Genting Malaysia Berhad

    ReplyDelete
  3. Hi Afzal

    my name is Irene Chua frm Genting

    Would like to know if you have been to Genting for our reviews before?

    Hope to hear frm you

    Irene Chua
    Senior Executive
    Public Relations
    Genting Malaysia Berhad

    ReplyDelete
  4. team department saya buat iftar di hotel ni 21hb ni tapi mmg tak dapat join la... nak masuk KL pun dah jem gile, mmg x sempat nak p lepas kerja..

    ReplyDelete
  5. wahh meriah sajian yang disediakan..

    www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  6. meriah berbuka ramai ramai dan banyak menu tu

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com