'> Tempahan Bubur Lambuk Pantai Timur | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, June 16, 2016

Tempahan Bubur Lambuk Pantai Timur


Bismillah,
Aku sebenarnya kurang suka bubur lambuk. Berkali kali puan isteri suruh rasa bubur lambuk yang dia masak. Nak jaga hati dia pada mulanya, tapi akhirnya aku nak declare yang aku jatuh cinta ngan bubur lambuk. Bukan bubur lambuk biasa, tapi bubur lambuk pantai timur.


Bubur lambuk pantai timur tak letak daging, ayam atau daun sup tapi menggunakan bahan seperti ikan, udang, ulam ulaman, lada hitam dan santan yang dimasak. Kalau korang tak pernah cuba, sila lah rasa.

Puan isteri pada mulanya hanya suka suka sahaja bila mengambil tempahan di Facebook, tapi setiap minggu pelanggannya semakin ramai dan kerap repeat order daripadanya.


Dia juga menerima tempahan daripada badan badan korporat dan majlis jabatan. Baru baru ini Kipmall (yang dulunya dikenali sebagai Warta) telah menempah sebanyak 2000 bekas bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadhan.


Harga yang ditawarkan adalah serendah RM2.00 (dalam bekas bubur) untuk tempahan minimum 300 bekas. Untuk tempahan melebihi 300 bekas, harga masih boleh dirunding, begitu juga yang hanya mahu dibungkus ke dalam beg plastik.

Jadi kepada mereka yang berminat untuk menempah bubur lambuk pantai timur puan isteri boleh la berurusan terus dengannya Puan Radhiah melalui panggilan telefon /mesej /whatsapp di talian 017-9879178. Buat masa ni dia hanya akan menerima tempahan untuk hujung minggu sahaja.
Trust us, kami buat macam kami prepare untuk makan kami sendiri. Memang terbaek!

4 comments:

  1. alhamdulillah.
    rezeki tue.
    semoga dipermudahkan bisnes di bulan ramadhan.
    bubur lambuk letak ulam sama lada hitam memang nikmat.
    terliur dah :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah rasa bubur lambuk pantai timur..kalau ada buat extra bolehlah order 1-2 bekas kan :)

    ReplyDelete
  3. waa.. nampak pun sedap bubur lambuk ni.. feveret bubur lambuk ni.. sedap..

    Blogwalking sini, jom baca article ini

    Tip SEO Cara Mudah Bina Tajuk site...

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com