Tempahan Bubur Lambuk Pantai Timur


Bismillah,

Aku sebenarnya kurang suka bubur lambuk. Berkali kali puan isteri suruh rasa bubur lambuk yang dia masak. Nak jaga hati dia pada mulanya, tapi akhirnya aku nak declare yang aku jatuh cinta ngan bubur lambuk. Bukan bubur lambuk biasa, tapi bubur lambuk pantai timur.


Bubur lambuk pantai timur tak letak daging, ayam atau daun sup tapi menggunakan bahan seperti isi ikan, udang, ulam ulaman seperti pucuk paku, lada hitam dan santan yang dimasak terlebih dahulu untuk memastikan bubur lambuk yang kami hasilkan tahan lebih lama. Kalau korang tak pernah cuba, sila lah rasa ye. Bubur lambuk kami tak cair dan kalau makan tu memang kenyang. Mewah plak tu dengan bahan-bahan. 

Puan isteri pada mulanya hanya suka suka sahaja bila mengambil tempahan di Facebook, tapi setiap minggu pelanggannya semakin ramai dan kerap repeat order daripadanya. Kebanyakannya adalah pelanggan tetap yang pernah cuba bubur lambuk air tangannya.



Dia juga menerima tempahan daripada badan badan korporat dan majlis jabatan. Baru baru ini Kipmall (yang dulunya dikenali sebagai Warta) telah menempah sebanyak 2000 bekas bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadhan.




Harga yang ditawarkan adalah serendah RM4.00 (dalam bekas bubur) untuk tempahan minimum 10 bekas. Untuk tempahan melebihi 200 bekas, harga masih boleh dirunding, begitu juga yang hanya mahu dibungkus ke dalam beg plastik.

Jadi kepada mereka yang berminat untuk menempah bubur lambuk pantai timur puan isteri boleh la berurusan terus dengannya Puan Radhiah melalui wasap ;


Buat masa ni kami hanya akan menerima tempahan untuk hujung minggu sahaja ye. Bukan hanya pada bulan Ramadhan sahaja, malah kami juga membuka tempahan untuk hari-hari biasa.

Trust us, kami buat macam kami prepare untuk makan kami sendiri. Memang sedap dan terbaek!

#buburlambuk
#tempahanbuburlambuk
#buburlambukpantaitimur
#buburlambukviral

4 Comments

  1. alhamdulillah.
    rezeki tue.
    semoga dipermudahkan bisnes di bulan ramadhan.
    bubur lambuk letak ulam sama lada hitam memang nikmat.
    terliur dah :)

    ReplyDelete
  2. tak pernah rasa bubur lambuk pantai timur..kalau ada buat extra bolehlah order 1-2 bekas kan :)

    ReplyDelete
  3. waa.. nampak pun sedap bubur lambuk ni.. feveret bubur lambuk ni.. sedap..

    Blogwalking sini, jom baca article ini

    Tip SEO Cara Mudah Bina Tajuk site...

    ReplyDelete