Apa Yang Boleh Dibeli Dengan RM35 di Pasar Pudu?


Bismillah,

Aku lately suka sangat pergi pasar lagi lagi Pasar Pudu, Kuala Lumpur. Mungkin sebab sehala nak ke ofis, jadi aku amik peluang untuk beli barang basah kat situ. Paling teruja bila tengok sayur sayur dijual selonggok RM1. Korang boleh bayangkan keadaan aku pikul barang basah berbondong bondong naik motor.


Jadi dengan berbekalkan RM35, apa yang boleh aku beli di Pasar Pudu setelah mengambil kira berapa orang makan dan kekerapan makan sehari. Untuk aku, puan isteri dan Jasmeen.. RM35 cukup untuk lauk dua hari dan makan mewah. Korang boleh dapat harga yang lebih rendah daripada aku sebenarnya. Ini anggaran bajet untuk keluarga aku ye. Mungkin korang juga boleh jadikan contoh.


CILI PADI
Selonggok RM2 (banyak giler)


BAYAM
Selonggok RM1


SAWI
Selonggok RM1


TULANG LEMBU (Sup)
Sekilo RM11
Aku beli RM8


IKAN KEMBUNG (XL)
Sekilo RM13
Aku beli RM8


HATI AYAM
Sekilo RM3


LALA
Sekili RM10
Aku beli RM5


SUP BUNJUT
Sebungkus RM1


SOO HOON & KULIT TAUHU
Soo Hoon RM2 (banyak sangat)
Kulit tauhu 2 keping RM2


Hasilnya ini lah masakan yang aku hadap tengahari tu. Sup tulang dan sayur makan untuk esok plak. Untuk hari tu ada ikan kembung masak tempoyak, hati goreng black pepper, ikan kembung goreng panas, telur dadar (tak ada dalam list), sup lala dan sayur bayam goreng (luar frame)


So untuk esoknya ada sup tulang lembu, ada soo hoon dan kulit tauhu untuk Jasmeen dan sambal belacan. Ok la RM35 untuk dua hari, 3 orang makan tengahari dan malam. Kalau ikutkan awalnya aku bawa RM25 je, tapi puan isteri request tulang lembu nak buat sup.

Ni tips aku kawal perbelanjaan. Bawa duit yang perlu sahaja dan tau apa yang kita nak beli. Harga barangan bergantung. Aku rasa lagi murah kalau aku pergi pada hari bekerja. Ikan pelaling @ ikan sardin aku boleh dapat RM4/sekilo. Udang putih boleh dapat RM10/sekilo. Jadi kena rajin riki harga sebelum membeli dan jangan lupa tawar menawar.

Semoga dapat berkongsi sesuatu untuk entri hari ini.


3 Comments

  1. ikan pelaling tu sardin rupanya baru tahu =)

    ReplyDelete
  2. murah juga dan kuantiti pun dapat banyak..susah nak dapat barang murah dan banyak kat pasar sekarang ni..

    ReplyDelete
  3. Jimat bila kita masak sendiri kan? �� biasanya kalau makan kat luar, rm 7 paling minimum

    ReplyDelete