Gathering Blogger & Movie Day Out : Zack Kapcai


Bismillah,

Hari Jumaat lepas aku dijemput untuk memeriahkan gathering blogger dan menghadiri tayangan Zack Kapcai di eCurve, Mutiara Damansara.

Kami muka berkumpul di Pak John Steamboat untuk pendaftaran. Ini pertama kali aku jejak kaki ke Pak John Steamboat. Tak sangka menu hidangannya semeriah itu kalau nak dibandingkan dengan harganya.


Ramai gak blogger yang turut hadir. Ada la dalam 20 keluarga aku rasa. Betul betul macam hari keluarga. Lepas maghrib tu sampai pukul 9, kerja kami hanya makan sebelum sesi tayangan.

Ini merupakan filem ke 113 terbitan MIG Pictures dan filem ini sudah mula ditayangkan di pawagam pada 14 Julai 2016. Hasil garapan Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ni, mengetengahkan barisan pelakon dan pelawak hebat seperti Fad Bocey, Syuk SYJ dan Rahim R2. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini seperti Serina Redzuawan, Epy Kokdiang dan pendatang baru Julia Marin.


Aku suka cerita ni sebab lawak dan punch line yang diberikan oleh Fad, Syuk dan Rahim. Dari awal sampai habis tak kering gusi aku dibuatnya. Pada aku kekuatan filem ini adalah daripada pelakonnya yang sememangnya lawak. Ceritanya santai dan sesuai untuk seisi keluarga.


Gathering kami malam tu disertai oleh Mejar David Teo, Serina Redzuan dan Epy Kokdiang. Sebelum menuju ke pawagam, Mejar David Teo mengagihkan duit raya kepada semua blogger dan ahli keluarga yang hadir. Tak sangka plak sebab katanya itu adalah surprise event.


So kepada mereka yang berkelapangan, boleh la ajak ahli keluarga untuk menonton filem Zack Kapcai. Komfom korang tak kering gusi hahaha.



8 Comments

  1. Ini baru raya namanya he...23x

    Raya-raya jugak... Jom layan Zack Kapcai

    ReplyDelete
  2. Lagi meriah kalau tengok movie ni 1 keluarga... mesti tak berhenti gelak... :D

    ReplyDelete
  3. ooo, ni event yang Bro Framestone ajak tu kan? IQ tak berkesempatan nak pergi, walaupun rumah dekat kota damansara aje, ada anak kecik susah nak pergi event macam ni...huhu

    ReplyDelete
  4. Event yg mmg meriah, makan best dapat duit raya lagi.. senyum2 je kita jumpa ari tu kan hehee... movie Zack Kapcai ni mmg patut tonton... santai dan lawak... seronok... :) :)

    ReplyDelete
  5. kena tengok citer ni sbb confirm kelakar punya

    ReplyDelete