Tetiba Aku Terima Surat Layang Dan Amaran Terakhir

1:43 PM

Bismillah,

Petang kelmarin aku dikejutkan dengan kehadiran dengan flyer bersaiz A4 yang aku yakini itu merupakan surat layang. Mak aku kutip kat depan pagar rumah.

Bukan surat untuk aku, tapi ditujukan kepada anak jiran kat lorong aku tu. Aku tak tau pasal apa.. Tapi pada kertas itu ada tertulis PENIPU (simbol wang). Diletakkan sekali fotostat kad pengenalan dan amaran terakhir.

Terkejut gak aku, ye la bapa budak yang kena ugut tu pun orang kuat taman aku. Bukan setakat mak bapak dia je, satu keluarga dia aku kenal. Semalam mak budak tu explain kat whatsapp yang IC anak dia dipergunakan oleh orang lain. Payah la nak kena explain satu persatu demi nak bina balik maruah yang dah tercalar. Kira kes penipuan dan anak dia kena tanggung.

Kesian satu hal sebab perkara ni sedikit sebanyak mencalar imej mereka. Lagi membimbangkan bila yang buat taik tu orang yang dia kenal gak.

Guys please be careful bab IC atau other identification yang lain. Bila buat pinjaman atau fotostat IC, sila palangkan. Kalau tak guna, sila koyakkan dan jangan sesekali berikan IC kepada pihak ketiga untuk menguruskan bagi pihak kita.

Anyone can stab us from the back. Bukan tak percaya.. Tapi mohon lebih berhati hati sebab yang sakit nanti kita sendiri.

You Might Also Like

6 comments

  1. setuju..sebab tu hati2..akak dulu pernah hilang ic terus tetiba kena bayar bil maxis sampai 600 lebih...mmg x la nak bayar kan...hati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aih. Mcmn boleh detect tu? Sape punya keje kak?

      Delete
  2. betul tu, IC paling penting...bukan setakat buat perkara macam ni, nanti tetiba ada loan yang tetiba kita plak yang mohon...pelik betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huu yang tu paling takut. Kang tak memasal bnyak plak hutang kita. Paling risau kalau kerja tu org dlm yg buat. Mintak2 dijauhkan

      Delete
  3. Hilang duit boleh cari... Hilang IC bahaya tempah sendiri weyyyyy

    ReplyDelete
  4. bahaya sangat dedahkan no ic/ no 4 digit belakang kad atm dan juga credit card..tak pasal² ada benda tak di ingini berlaku..mintak dijauhkan le

    ReplyDelete