Alami Cabaran Dan Keriangan Di EnerZ Indoor Extreme Park

Bismillah,

Aku tak punya banyak masa untuk bawa anak isteri keluar beriadah. Kalau dapat pun after working hour.. tu pun dah malam. Tempat biasa, kurang fasiliti dan tak menarik kadang-kadang buat aku rasa duduk kat rumah lagi menarik.

Sebab kesiankan si Jasmeen, kawan aku ada cadangkan satu tempat di Subang Jaya. Korang biasa dengar tak nama EnerZ Indoor Extreme Park? Pada mulanya aku rasa macam yo yo o je kawan aku tu, tapi bila sampainya aku di sana.. perghh speechless beb!


First thing yang aku fikir.. which one should I try first? Banyak sangat permainannya sampai tak tau nak mulakan yang mana dulu. Ada skyrope, trampolines, tower jump, air bag, dodgeball, gladiator, foampit, free jump, meltdown, wall climbing, basketball dan macam macam lagi. Ha kalau korang sendiri la kan, mana satu korang akan main dulu?


Kawasannya sangat luas, penuh dengan pelbagai jenis sukan yang boleh dilakukan bersama keluarga. Tak tau main? Amatur? Rilek sebab di sana terdapat ramai pelatih profesional yang boleh mengajar korang step by step, from zero to hero. Aku takut nanti bila habis sesi nanti, korang plak yang apply jadi pelatih haha.

Untuk satu sesi diberikan masa 3 jam untuk off peak dan 2 jam untuk peak. Aku dah cuba main trampolines tapi boleh bertahan untuk 15 minit je. Mengah melompat. Aku ingat melompat macam tu tak penat. Tu baru 15 minit main, lagi 2 jam 45 minit lagi? Pengsan! Hahaha.


Kat situ juga ada disediakan tandas, kafe dan bilik persalinan. Yang paling aku kagum adanya kemudahan surau untuk kegunaan pengunjung yang ingin bersolat. Selalunya kemudahan surau terletak di bahagian luar atau di kawasan perumahan sekitar tetapi di EnerZ Indoor Extreme Park surau diletakkan di bahagian dalam bangunan dan bersih.

Aku juga diberitahu EnerZ Indoor Extreme Park juga ada menyediakan pakej korporat, hari keluarga, majlis hari jadi dan aktiviti berkumpulan. Aku pun baru plan nak buat hari keluarga jabatan, lokasi tak cari lagi. Nampak gayanya aku dah dapat satu lokasi strategik dan happening yang boleh aku masukkan ke dalam list.

Jom lah kalau korang nak rasai sendiri pecutan adrenalin dengan bermain aktiviti di sini. Aku tak pernah cuba aktiviti seumpama ini dan aku rasakan ia satu aktiviti yang mencabar dan seronok bila dapat dilakukan bersama keluarga serta kawan-kawan.


Untuk sebarang info dan pertanyaan, korang boleh la layari :





Lokasi dan alamat seperti di bawah :


gambar ihsan Google


7 Comments

  1. Tak biasa melompat sakan jadi mual... lama juga nak hilangkan rasa tu. Tapi tu hal kecik je berbanding keseronokan melompat melambung... mmg best... mmg syok klu riadah dgn family sekali... aktiviti extreme yg sempoi... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal lepas melompat pon rasa beralun2. Menggigil tangan. Seronok memang seronok, tapi kalau perut penuh time tu kompom muntah hahaha

      Delete
  2. Weh kalu berat lebih 110 ada kasian tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kot haritu aku tgk budak overweight pon join lompat2 gak

      Delete
  3. Mana hang dapat gambar awek comel pakai baju adidas tue?

    ReplyDelete
  4. menarik..rumah dekat bolehlah. ada juga peluang yang bekerja boleh beriadah malam malam bersuka ria kan.

    ReplyDelete