Impian Saya Untuk Kahwin Empat Sebelum 40 Tahun - Datuk Red

8:47 AM

Bismillah,

Meletakkan kuota empat orang isteri sebelum 40, Datuk Red atau nama sebenarnya DS Adnan Abu tanpa berselindung menyatakan hasratnya itu dan baginya itu lumrah bagi seorang lelaki.

Dia yang kini berumur 38 tahun berhasrat dalam tempoh dua tahun lagi dia sudah boleh melengkapkan kuota isteri yang disyariatkan oleh agama Islam.

"Lelaki memang tidak pernah puas. Bagi saya beristeri sama seperti menjalankan perniagaan. Tidak pernah puas dan sentiasa mahukan lebih"

Dia mahu memperbaharui versi pelawak Salih Yaakob yang mana jikalau isteri pertama Salih Yaakob sudah berusia, isteri pertamanya baru berusia 30 an.

"Mungkin bakal isteri yang ketiga dan keempat saya nanti, akan dipinangkan oleh isteri pertama dan kedua saya. Gempak kan?" katanya kepada media.

Datuk Red telah mendirikan rumahtangga dengan isteri pertamanya Sharifah Norshafila Hassim hampir sedekad usianya dan berkahwin dengan penyanyi Siti Adira Suhaimi pada penghujung Disember 2015. Hasil perkongsian hidup dengan pasangan pertamanya, dia dikurniakan 5 orang anak dan bakal menimang cahaya mata dengan Adira tidak lama lagi.

"Saya sasarkan 20 orang anak berbinkan Adnan. Kalau boleh 10 orang anak lelaki. Apabila saya meninggal, saya nak anak-anak lelaki saya pikul saya. Tetapi sekarang saya baru ada 3 orang anak lelaki" katanya lagi.

Bila ditanya lagi, dia tidak meletakkan sebarang syarat khusus untuk menjadi isterinya asalkan mereka tau menghormati madu-madu mereka.

Sumber thecoverage.my

You Might Also Like

7 comments

  1. Biasala...orang pernah miskin macam ni la..tak cukup2..akak bukan seseorang yang menolak poligami tapi bila dia kata berkahwin bagaikan satu perniagaan ,ok..tak boleh diterima kot..wanita bukan barang yang boleh dijual beli dan hanya diperlukanuntuk mengaut keuntungan pada diri sendiri..kena tanya juga pada isteri sama ada mereka rela atau pun tidak..

    ReplyDelete
  2. menyampah pulak baca..dem!
    tang bab mati tu btul la plak..snng ank2nya nk angkt msuk kubur nun

    ReplyDelete
  3. Tak paham apa yang dia cuba nak buktikan sebenarnya. Saaaaakit hati!

    ReplyDelete
  4. tumpang kesian pada isteri-isterinya..

    ReplyDelete
  5. http://www.ohmymedia.tv/infozon/info/allah-melaknat-suami-jika-melakukan-7-perkara-ini-kepada-isterinya-2758/
    Di singapura sebalik. Tiada kebenaran dari isteri pertama dan tiada gaji lebih dari S$8000 malah jikalau dapat tahu mengawin lebih dari satu tanpa izin akan di denda. Sebab telah di kaji ramai akan mengabai tanggungan terutama sekali tanggubgjawab. Ramai anak terabai tanpa pendidikan dan wanira di aniaya. Sebaliknya di salah gunakan sunnah sebagai kepentingan diri dan nafsu. Nabi dan isteri-isteri nabi telah di jamin syurga. Kita harus berhati-hati dengan fitnah akhir zaman. Ramai isteri nabi adakah janda kematian suami dalam berperang bersama Rasullullah bagi membela mereka. Bukan sebab nafsu. Tafsiran surah
    surah An Nisa tiada tafsiran WAJIB mengambil lebih dari satu isteri.
    Jika tidak mampu jangan mencari penyakit dan melanggar hukum syariah di mana suami mengambil isteri lebih sebab-sebab nafsu, wanita di jadikan hamba berkerja dan lain-lain lagi. Kini pula, skandal-skandal cinta di mana ramai lelaki bila masuk tua dan apaibila wang dan harta kehabisan lesap terkapa-kapa kembali kepangkuan isteri pertama talak 1. Dan bila anak juga mengabai ayah kerana ayah dari awal mengabaikan anak-anak dan ibu mereka.

    ReplyDelete
  6. http://www.ohmymedia.tv/infozon/info/allah-melaknat-suami-jika-melakukan-7-perkara-ini-kepada-isterinya-2758/