Kabali : Filem Terbaru Rajinikanth Kini Di Pawagam


Bismillah,

Tak sangka aku dapat peluang untuk tengok filem terbaru lakonan Rajinikanth hari Jumaat yang lepas. Thanks blogger Neyra sebab bagi peluang kat kami sekeluarga. Aku tak boleh lepaskan peluang ni sebab ada pelakon feberet aku. Rajinikanth ngan Datuk Rosyam Nor.

Filem ni ada dua versi. Versi asal iaitu bahasa Tamil dan versi bahasa Melayu untuk tayangan di seluruh pawagam di Malaysia. 70 peratus penggambarannya telah di lakukan di Malaysia dan Datuk Rosyam Nor turut memainkan peranan sebagai orang kanan Winston Chao, yang memainkan watak villains dalam cerita ini.


Ada cakap cakap belakang yang mengatakan Datuk Rosyam Nor hanya sekadar memegang watak tempelan sahaja di dalam filem tersebut sebab tak banyak dialog yang diberikan kepadanya. Pada aku tak kisah la, sebab untuk mendapat tempat sebagai aktor di dalam filem bertaraf antarabangsa bukan lah sesuatu yang mudah. Sekurang kurangnya 1,251,695,584 orang penduduk India dah kenal siapa Datuk Rosyam Nor.

Jalan cerita pada aku macam cerita cerita yang biasa diketengahkan oleh pengarah tempatan. Berkisarkan kehidupan gangsterisme dan balas dendam. Aku sebenarnya mengharapkan lebih daripada pelakon feberet aku Rajinikanth. Aku bayangkan ada scene dia bermain dengan rokok, dan gerak tangan dan badannya yang menjadi trademark. Tapi tak ada plak.

Ada yang kata versi Bahasa Melayu lebih menarik kerana bila dialih bahasa jadi lain bunyinya. Ada juga perkataan perkataan slanga yang lawak seperti 'Sejahtera' dan ' merecik hawau' digunakan membuatkan pawagam menjadi riuh rendah seketika. Tapi apa pun aku nak kena tengok versi Tamil gak, so boleh bandingkan kedua duanya nanti.

So pada korang yang masih tak tahu filem apa yang mahu ditonton, boleh la bawa keluarga menonton filem Kabali ini dan melepaskan rindu menyaksikan pelakon pujaan korang Rajinikanth kembali beraksi di Malaysia.

Kredit gambar Dhia Vivadea 
Kredit gambar Dhia Vivadea 


2 Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. belum sampai minat lagi nak tengok citer ni. =__='

    ReplyDelete