Kemeriahan IJM Land Half Marathon 2016


Ahad, 14 Ogos 2016 telah berlangsungnya acara larian IJM Land Half Marathon 2016 yang bertempat di Seremban 2, Negeri Sembilan. Acara ni telah dijadikan sebagai acara tahunan dan tahun ini merupakan tahun ke 5 dan mendapat penyertaan pelbagai pihak.

Seawal pagi lagi, seramai 6000 peserta telah membanjiri Dataran Centrio, Seremban 2 untuk sesi pendaftaran dan bersiap sedia untuk larian. Penyertaan setiap tahun semakin meningkat seiring dengan kesedaran masyarakat terhadap gaya hidup sihat.


Pendedahan masyarakat terhadap bahaya dan kesan penyakit dapat dilihat melalui peningkatan peserta larian IJM Land Half Marathon 2016 tahun ini. Bilangannya bukan sahaja bertambah di kalangan warga emas dan dewasa, malahan belia dan remaja turut menjayakan program ini.

Pada tahun ini jarak 21 km diperkenalkan untuk larian IJM Land Half Marathon 2016. Mr Edward Chong selaku Pengarah Urusan IJM Land Berhad berkata, sepanjang 5 tahun ini acara ini telah menambat hati peserta yang gemarkan larian dan yang kerap memecahkan beberapa rekod larian. Tujuan sebenar acara ini bukan sahaja sebagai platform untuk mengumpulkan pelari-pelari tetapi juga menyemai semangat bersukan dan sayangkan kesihatan di kalangan komuniti setempat.


Aku tiba di Dataran Centrio sewal jam 8 pagi, tetapi kelihatan beratus- ratus pelari telah menghabiskan larian mereka dan berkumpul di sana. Mereka berbaris untuk mengambil goodies bag yang berisi sarapan dan minuman. Antara booth yang dibuka pada hari itu adalah seperti booth BMW, aiskrim Walls dan Yakult. Puan isteri dan Jasmeen ada dapat Yakult dan aiskrim Walls Solero secara percuma. Aku teringin nak dapatkan pop corn tapi aku batalkan hasrat sebab panjang orang beratur menunggu giliran.

Pada pukul 9 pagi, semua peserta dan pengunjung berkumpul di khemah acara bagi sesi penyampaian hadiah daripada Mr Edward Chong. Sebelum acara bermula, kami dapat menikmati persembahan pukulan gendang dari pelajar sekolah yang awesome. Kemudian disusuli dengan tarian flashmob daripada wakil komuniti setempat.


Setelah Mr Edward Chong memberi ucapan dan merasmikan majlis, beliau terus menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang terdiri daripada beberapa kategori yang dipertandingkan. Untuk acara 21 km larian (half marathon) terbuka untuk peserta lelaki dan wanita yang berumur di antara 18 dan ke atas dan 10 km untuk peserta umur 12 hingga 17 tahun. Beliau juga turut menyerahkan sumbangan kepada Pertubuhan Penyakit Lisosomal Malaysia dan Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan.


Hadiah setiap peserta tahun ini ditaja oleh BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, 100 Plus, TDK, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, McDonalds dan Spine and Joint. Setiap peserta diberikan goodies bag dan medal yang ditempah khas yang ditaja oleh Platinum Sponsor iaitu BMW Millennium Welt Seremban.


Acara ini akan terus dilaksanakan pada 13 Ogos tahun hadapan dan berharap agar dapat menarik lebih ramai penyertaan daripada tahun ini di kalangan komuniti setempat.

Apa kata tahun hadapan kita lari nak?


1 Comments

  1. Menarik acara ni... tp klu nak berlari 21km tu mcm sayup je... 10km ok kot hehee.. :)

    ReplyDelete