Majlis Blogger Raya : Kolaborasi Terbaik Hai Blogger dan Sajian d-Hidang

Bismillah,

Awal bulan Ogos 2016 lepas aku dapat jemputan untuk menghadiri Majlis Blogger Raya yang di anjurkan oleh komuniti Hai Blogger yang telah diasaskan oleh saudara Halim Nadzeri. Ni kali pertama aku join event ni dan merupakan tahun kedua penganjurannya. Event kali ni bertempat di Sajian d-Hidang, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, Shah Alam. Ramai blogger yang turut hadir dalam majlis tersebut.

Majlis tahun ini mendapat tajaan daripada syarikat katering Sajian d-Hidang. Bila aku sampai ke tapak majlis, terkejut gak aku sebab hiasan khemah majlis dan menu yang disediakan sangat awesome. Siap ada lampu lip lap. Boleh aku katakan sangat cantik macam majlis kenduri kahwin sebelah malam.

Kenapa katering Sajian d-Hidang dipilih sebagai penaja? Sebab syarikat katering tersebut punya track record yang baik dari segi kualiti makanannya dan sentiasa mendapat maklumbalas positif daripada pelanggannnya. Tak hairanlah dengan reputasi sebaik ini mereka mampu kekal bertahan selama 14 tahun di dalam industri ini.

Acara dimulakan dengan ucapan pengasas Hai Blogger, Saudara Halim Nadzeri dan disusuli dengan ucapan saudara Aliff Aziz mewakili syarikat katering Sajian d-Hidang. Kami diterangkan mengenai kejayaan dan kelebihan yang diberikan oleh syarikat katering Sajian d-Hidang, yang tidak disediakan oleh pesaing pesaingnya yang lain.

Kemudian kami berkongsi maklumat berkaitan projek terbaru Hai Blogger iaitu BlogrDirect. Ia merupakan satu platform dan medium komuniti blogger untuk menjana pendapatan dengan mempromosikan syarikat yang ingin bekerjasama. Walaupun masih peringkat Beta, namun telah mengumpulkan beratus orang blogger di bawahnya.

Menu hidangan yang disediakan oleh pihak Sajian d-Hidang malam tu memang meriah. Ada kambing bakar, sate, lauk pauk.. semuanya sedap sedap belaka. Tapi yang paling laris, tortia. Betul ke apa aku sebut ni hahaha. Macam kebab, tapi menu ni berasal dari Mexico. Banyak gak aku makan, siap tapau balik lagi haha.

Antara penaja yang turut menaja majlis malam tu adalah MIWA Jelly Drink edisi Boboiboy manakala Cool Hijab turut menjadi penaja untuk hadiah dan goodies bag para blogger. Terima kasih kepada CVS Production yang menjadi rakan kerjasama dengan menawarkan kepakaran dalam bidang fotografi dan rakaman video sepanjang majlis itu berlangsung.

Aku harap majlis Blogger Raya ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun berikutnya. Sekurang-kurangnya majlis seperti ini dapat menyatukan komuniti blogger yang selama ini hanya dapat bermesra di alam maya.

Aku harap tahun depan dapat jemputan lagi daripada pengasas Hai Blogger, Halim Nadzeri hehe. InsyaAllah amin.


*****
Untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan, boleh la terus hubungi ;

SAJIAN D HIDANG (M) SDN BHD 
Sajian d-Hidang Catering 
33 Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15, 
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia 

Facebook : Sajian d-Hidang Catering 
No Pejabat: 03 – 5510 8776 / 9776 / 3773

2 Comments