Peluang Sambung Belajar Secara PERCUMA Dengan SHRDC


Bismillah,

Semalam aku ada mengikuti satu taklimat khas yang diberikan oleh Selangor Human Resource Developement Centre (SHRDC) yang bertempat di Shah Alam. Taklimat tersebut berkenaan Program Perantisan Kemahiran Belia untuk lepasan SPM, SKM Tahap III dan Diploma.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor dengan kerjasama SHRDC itu sendiri.


Ia bukan merupakan suatu program yang baru, tetapi telah lama wujud sejak tahun 2004 lagi. Program ini bertujuan untuk melatih dan menempatkan anak-anak muda yang gagal untuk melanjutkan pelajaran di institusi-institusi tempatan atau masih gagal mendapat peluang kerjaya walaupun punya kelulusan yang tinggi ke dalam sektor pekerjaan.



Dalam ekonomi yang tidak menentu kini, terdapat ramai graduan yang masih menganggur dek kerana polisi syarikat-syarikat besar hari ini lebih berminat untuk menggajikan pekerja yang mempunyai skil dan praktikal berbanding teori.



Terpanggil dengan keperluan semasa syarikat-syarikat di Malaysia, pihak SHRDC telah memikul tanggungjawab untuk memberi bimbingan dan latihan dari segi teori dan praktikal di dalam suasana tempat kerja yang sebenar. Tak seperti di institusi-institusi lain di Malaysia, pelajar hanya didedahkan dengan teori semata-mata dan sedikit amali yang tidak mampu menggambarkan keadaan dan situasi sebenar di tempat kerja.



Program ini terbuka kepada dua bahagian.

1) Lepasan SPM
2) Lepasan SKM Tahap III dan Diploma

Aku tertarik dengan program ini kerana beberapa faktor.

PERTAMA 

Tiada yuran dikenakan kepada pelajar-pelajar sepanjang program atau kursus ini dan ianya PERCUMA kepada semua rakyat Malaysia.

KEDUA 

Tempoh pembelajarannya sangat singkat dan kuliahnya bertempat di SHRDCShah Alam dan di syarikat-syarikat di dalam negeri Selangor.

Lepasan SPM - 6 bulan
Lepasan SKM Tahap III/Diploma - 2 tahun

KETIGA 

Peluang kerja dijamin setelah habis belajar.

Lepasan SPM - Technician dengan gaji pokok RM1500
Lepasan SKM Tahap III/Diploma - Assistant Engineer dengan gaji pokok RM2000-RM2500.

KEEMPAT 

Sewaktu tempoh belajar bagi lepasan SPM, elaun akan diberikan oleh SHRDC sebanyak RM300 dan RM300 lagi akan diberikan oleh pihak syarikat.

Manakala bagi lepasan SKM Tahap III/Diploma pula, pelatih/pelajar akan diberi gaji oleh pihak syarikat dan elaun daripada SHRDC.

KELIMA 

Bagaimana sekiranya pelatih gagal? Pelatih atau pelajar akan terus mengambil periksa sehingga mereka lulus.

KEENAM 

Habis belajar dan pelatih akan terus diserap masuk untuk bekerja sebagai technician bagi lepasan SPM dan Assistant Engineer bagi lepasan SKM Tahap III/Diploma. Syarikat yang berkolaborasi dalam program ini antaranya Sony, Hitachi, Panasonic, Denso dan banyak lagi.



**********

Macamana? Menarik bukan? Kita sering dengar pelajar-pelajar yang keciciran untuk sambung belajar kerana masalah kewangan dan juga graduan-graduan yang masih menganggur kerana tiada peluang pekerjaan untuk mereka.

Sekarang peluang ada di depan mata. Hanya 100 orang sahaja yang akan ditempatkan ke dalam latihan industri dan diserap terus untuk bekerja di syarikat berkenaan.

Tempat terhad. Jumlah pelajar bergantung kepada keperluan dan permintaan syarikat. Jika sebuah syarikat perlukan 15 technician, maka 15 pelatih atau pelajar akan dipilih. Begitu juga dengan Assistant Engineer.

Hanya perlu sijil SPM sahaja. Kredit atau tidak, tak penting. Jika berminat boleh isi borang di link di bawah ;


-----> KLIK UNTUK MEMOHON <-----



Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :



Selangor Human Resource Developement Centre (SHRDC)
No. 1, Ground Floor, Block 2, Pusat Perniagaan Worldwide,
Jalan Tinju 13/50, Section 13,
40100 Shah Alam,
Selangor, MALAYSIA.


(3.071398, 101.541796)

Tel: 603 – 5513 3560
Fax: 603 – 5513 3490
Email: info@shrdc.org.my






Anjuran : 
Jawatankuasa Tetap Pendidikan 
Pembangunan Modal Insan 
Sains, Inovasi dan Teknologi Negeri Selangor.



4 Comments

  1. Wah., bagus juga program macam ni. Tak payah susah fikirkan tentang yuran pengajian. lagipun masih ramai yang menganggur kerana tak berpeluang ditempatkan dalam industri.

    ReplyDelete
  2. Baguslah kerajaan selangor buat program macam ni. at least generasi yang kurang berkemampuan ada dapat peluang sambung belajar secara percuma.

    ReplyDelete