Suara Entiti Lain Dirakam Sewaktu Lelaki Ini Ber SMULE




Bismillah,

Sudah menjadi kebiasaan jika bersendirian di dalam kereta untuk satu perjalanan yang jauh, kita akan menyanyi sendirian atau membuka radio dengan kuat bagi menghilangkan kebosanan dan mengantuk. Itu adalah habit biasa seorang pemandu.

Dan bagaimana pula jika kita sedang dalam perjalanan lewat malam, menyanyi sendirian dengan niat hendak menghilangkan kebosanan tetapi di sapa dengan suara yang kita sendiri tidak tahu datang dari mana. Apa agaknya yang korang akan lakukan?


Video berdurasi 1:42 minit ini dirakam melalui aplikasi SMULE. Mangsa bernama Encik Hairul cuba menyanyi dalam versi solo sewaktu dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat sendirian melalui jalan dalam. Tetapi sewaktu dia hendak menyanyi, dia menangkap ada suara lain yang turut menyanyi bersamanya dari dalam kereta. Sewaktu kejadian dia baru melintasi selekoh jirat Cina Chaah. Video ini telah dikongsi hampir 13 ribu pengguna Facebook.

Korang dengar dan nilaikan sendiri bila mangsa cuba azan tapi suara entiti tersebut terus menyanyi mendayu-dayu dan membelai badannya dari belakang. Seram beb!



Kredit facebook/mr.hairul91

7 Comments

  1. alamakkkk... kat opis ni kene blok canel tu...tak boleh tengok

    ReplyDelete
  2. XPE LA AFZAL...aku rela tak nak dgr..biarla ko je yang rasa seram bagi pihak aku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai ko pon takut?aku pon dengar jejauh je tadi hahaha

      Delete
  3. kena tengok guna enpon satgi...guna pc line slow sangat..cam taik je..

    ReplyDelete
  4. kahkahkah kak Diana sabo2. Kelakau plak bila dengar akak mencarut haha :D

    ReplyDelete
  5. ada dengar juga viral kat facebook. Menakutkan! Seram kot dengar suara tambahan tu

    ReplyDelete