Taman Tema Austin Heights Water And Adventure Park


Bismillah,

Untuk keluarga yang baru bercadang cadang mencari lokasi percutian keluarga di dalam negara, apa kata aku cadangkan satu tempat di selatan tanah air iaitu Austin Heights Water and Adventure Park. Lokasinya dia di Taman Mount Austin, Johor Bahru.

Apa yang menariknya kat taman tema ni bukan sahaja pada permainan airnya, tapi ada lagi empat jenis permainan lain yang mampu memukau dan menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke sini.

Di sini ada Adventure Park, Jump Street, Skating Ring dan Go Kart dalam satu tempat yang sama. Bayangkan betapa besarnya tempat ini. Aku sempat cuba bermain di Skating Ring dan Go Kart. Pergh memang terbaik. Seronok sangat! Kepada mereka yang berani dan suka aktiviti lasak, boleh la cuba Tarzan Swing, Zip Line, Tunnel Crossing, Jamie Crossing, Half Tic Tac Toe dan bermacam macam lagi.


Selain daripada aktiviti bersama keluarga, taman tema ini juga menyediakan pakej untuk pelajar sekolah, korporat dan team building dan juga untuk majlis keramaian seperti hari keluarga atau sukaneka.

Untuk pengetahuan korang, makanan yang dijual di sini juga murah, berkualiti dan sedap jika hendak dibandingkan dengan makanan yang dijual di taman tema lain. Harganya lebih rendah, kuantiti yang banyak dan menarik dengan pelbagai jenis pilihan makanan yang ada.

Di sini aku sertakan harga tiket yang dikenakan di Taman Tema Austin Heights Water and Adventure Park.
Sekiranya ada pertanyaan atau untuk membuat sebarang tempahan, boleh la rujuk di bawah :


Korang boleh cuba dan rasai kelainannya di sini. Serius sangat berbaloi dan puas hati lagi lagi bila dapat bersama dengan keluarga.


Jom ke Taman Tema Austin Heights Water and Adventure Park!

5 Comments

  1. Wahh.. nama tempat macam kat oversea. rupanya kat johor. teringin nak gi sini la nanti kalu ada bajet cukup. huhu. salam singgah sambil klik iklan sini. :D

    ReplyDelete
  2. Jasmeen cakap " nape babah tak bawak jasmeen pergi tempat ni?" haha

    ReplyDelete
  3. wah..dah ada taman tema rupanya kat munt austin..masa dulu ada kilang je banyak..ehehh

    ReplyDelete
  4. Wah memang adventure betul taman tema ni...

    ReplyDelete