Zila AF4 Ditangkap Khalwat, Along Cham Tak Mahu Komen


Bismillah,

Menurut sumber AstroGempak DI SINI isteri kepada pelakon dan pelawak tanah air, Along Cham telah ditangkap berkhalwat dengan teman lelakinya yang sudah berkahwin di sebuah apartment di Bukit Jalil. 


Mereka telah ditahan oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur (JAWI) yang telah menerima laporan daripada orang awam. Menurut sumber wanita tersebut telah bersekedudukan dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin sejak 4 bulan yang lalu.

Ketika serbuan, pihak penguatkuasa meminta agar pintu dibuka namun tidak mendapat kerjasama daripada lelaki berkenaan. Setelah hampir 30 minit dan lelaki berkenaan enggan memberikan kerjasama, pihak penguatkuasa terpaksa memotong mangga dan masuk ke dalam rumah berkenaan.


Terdapat seorang lelaki di hadapan ruang tamu dan selepas pemeriksaan lanjut, pihak penguatkuasa menemui seorang wanita yang juga isteri seorang pelawak dan pelakon tanah air sedang bersembunyi di belakang almari.

Apabila ditemui, pelawak Along Cham enggan memberikan sebarang kenyataan balas dan komen lanjut berkenaan kes tersebut. Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, hanya menjawab “Maaf, saya tidak mahu komen” ketika dihubungi Astro Gempak menerusi aplikasi Whatsapp.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Rumah tangga mereka sedang bergolak Along dan Zila sedang di dalam proses penceraian.

4 Comments