Bismillah,
Siapa sangka suatu masa dahulu permainan
Baling Tin, Kejar Teng Teng, Konda Kondi atau
Rounders menjadi kegilaan kanak-kanak yang lahir di zaman
80 an macam aku boleh dimainkan semula pada hari ni?
Dulu asal balik sekolah petang je, kami akan ke kawasan lapang untuk bermain
Rounders. Hari berikutnya main
Baling Selipar. Kalau tak cukup korum, kami dalam kuantiti yang kecil berkumpul untuk bermain
Ceper atau
Tutup Tin. Tak pun
Tepuk Daun Terup. Amacam? Ada yang masih ingat lagi?
Minggu lepas aku berpeluang merasai kembali keseronokan bermain
permainan tradisional setelah hampir 20 tahun ia ditinggalkan.
Syarikat Guligeng Event telah dilantik oleh
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk memeriahkan acara tahunan
Festival Laman Seni Shah Alam dengan pengisian acara
Permainan Tradisional.
Guligeng adalah
syarikat perunding acara yang mana kelainannya berbanding syarikat lain ialah mereka mengetengahkan acara dan
permainan tradisional. Mereka menerima banyak permintaan di kalangan syarikat dan agensi sama ada korporat mahupun kerajaan untuk mengendalikan majlis. Melalui acara seperti ini, matlamat mereka untuk melihat aktiviti kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak-anak contohnya di majlis
Hari Keluarga atau
Hari Lahir tercapai.
Hari tu kami berpeluang untuk bermain beberapa jenis permainan tradisional antaranya
Kaki Hantu,
Terompah Gergasi dan
Baling Tin. Aku sampai ke sudah tak dapat imbang badan bila bermain
Kaki Hantu. Kerjanya asyik nak jatuh je. Tapi kehebatan kumpulan kami jelas terserlah apabila mengalahkan pasukan lawan dalam pertandingan
Baling Tin.
Sebenarnya ada banyak lagi acara yang boleh dipertandingkan. Kalau nak diikutkan aku nak main semua. Yela bila lagi kita dapat peluang berkumpul dan mengembalikan kegemilangan permainan sewaktu kita kecil dahulu. Penat, memang penat.. tetapi hilang bila difikirkan rasa seronok bermain. Dapat berkumpul sesekali macam tu, rasa
happy sangat.
Untungla
PonPon Aiskrim diberikan secara
PERCUMA sepanjang hari tu. Pantang penat sikit je mesti cari
aiskrim PonPon dulu. Bukan setakat percuma, tetapi sedap plak. Rugi la siapa yang tak cuba
aiskrim PonPon ni hari tu.
Aku sangat berterima kasih kepada syarikat
Guligeng, kerana inisiatif mereka untuk membawa permainan tradisional kepada masyarakat sedikit sebanyak dapat membuka minda anak-anak muda berkaitan permainan orang lama. Sekurang-kurangnya kami berpeluh dan pada masa yang sama kami
enjoy.
Jadi kepada mereka di luar sana yang berminat untuk mengembalikan kenangan permainan tradisional dalam acara hari keluarga atau aktiviti korporat, boleh la terus hubungi syarikat
Guligeng seperti yang tertera di bawah :
Facebook :
www.facebook.com/LengitbyGuligeng
Laman web :
www.guligeng.com
Instagram :
www.instagram.com/permainan.tradisional.malaysia
No. telefon : 012-2488816
(Puan Yati) / 012-3963875
(En. Rahman)
Kredit gambar :
#engkorangsemua
4 Comments
ada kerja kosong tak dekat guligang? tengah cari kerja ni...nampak macam best ja kalau dapat kerja situ =)
ReplyDeletehaah, semua pun memori. xjumpa dah maenan2 ni sekarang. huhu
ReplyDeleteTudiaaa, mulut koi... hahaha seronok main ritu ni.. kesan lebam kenangan pun hado lagi ni.. wkwkwkkww...
ReplyDeletehahaha..enjoy habis korang erk
ReplyDelete