Bismillah,
Di sekitar Kuala Lumpur, tak banyak tempat atau kedai makan yang menyediakan menu seperti ikan bakar untuk juadah tengahari. Kalau ada pun hanya sekadar lauk pauk biasa.
Jadi untuk mengubah rutin selera yang biasa, aku mencari lokasi menarik di sekitar pejabat aku yang terletak di Bukit Tunku. Yang menariknya tempat yang aku nak tuju tu memang terkenal dengan menu ikan bakar.
Kedai ikan bakar tersebut diusahakan oleh Pak Din dan lokasinya terletak di Jalan Tanglin. Korang boleh cari lokasinya melalui Google Map atau Waze pada koordinat GPS 3.144292, 101.690622. Kedai ikan bakar Pak Din ni besebelahan Taman Botani, Kuala Lumpur, bersebelahan Klinik Kesihatan Jalan Tanglin dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Kedai ini dibuka untuk makan tengahari pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat dan ditutup pada hari minggu (Sabtu dan Ahad). Apabila korang tiba di bahagian hadapan kedai korang rasakan kedai ini sama seperti kedai lain yang menyediakan lauk pauk makan tengahari. Tetapi jangan terkejut bila korang diminta untuk ke belakang kedai kerana disitulah korang akan nampak ada pelbagai jenis ikan yang dibakar di atas pemanggang. Barisan pelanggan yang menunggu ikan masak dipanggang usah dikata la.
Selain ikan, ada juga sotong dan juga ayam. Antara ikan yang boleh dipilih adalah seperti ikan pari, ikan kembung dan cencaru. Saiz ikannya juga besar-besar. Kira kalau ikut selera aku sebenarnya seekor ikan tu boleh makan untuk dua orang dan ikannya pun segar belaka.
Hari tu aku makan berenam. Makan 4 ikan pari bakar, 2 ikan kembung bakar, 3 ekor sotong bakar, 6 air dan nasi beserta lauk sayur berharga RM115. Sekali sekala apa salahnya kan, tapi kalau hari hari boleh botak gak aku haha.
Medan Selera Tanglin
Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur
Koordinat GPS
Koordinat GPS
(3.144292, 101.690622)
9 Comments
Huishhh sedapnyaaaaaaaa.
ReplyDeleteAkak suka je makan kat sini..sedap pun sedap
ReplyDeletememang sedap ikan bakar kat sini.. Dulu rajin ke sini. harga juga berpatutan..
ReplyDeleteFuuhhhh..nampak sedap!
ReplyDeleteya Allah ni ikan bakar banjir namanya.. haha.. menarik jugak ni.. tp sayang dia tutup hari minggu..
ReplyDeleteterliur tengok
ReplyDeletehari tu, amik ikan pari.. ikan nya rasa manis dan kuah asamnya.. fuhhhh pedas berdecit2 tetapi sedap terangkat... Wow!..terasa nak makan lagi
ReplyDeleteMmg sedap makanannya. Datang awal. Pukul 11 pagi paling bagus. Semua lauk mmg baru dimasak. Ikan bakarnya mmg best
ReplyDeletehari tu ada duty kat parlimen. sanggup ambik grab dr parlimen, sbb nak pergi makan lunch kat sini. haha. sedap ikan bakarnya.
ReplyDelete