Bismillah,
Sebagai ibu bapa, aku punya impian untuk menghantar anak aku si Jasmeen belajar di sekolah tahfiz. Sejuk hati aku bila tengok bila mereka, suci-suci je mukanya. Dalam aku dok riki-riki sekolah tahfiz yang ada, aku dapat tau ada sebuah sekolah tahfiz bertaraf antarabangsa pertama di ASEAN di Kampung Sungai Ramal Dalam. Macamana aku boleh terlepas pandang ni?
Tadi aku sempai meninjau Rizq Islamic School (RIS), sekolah tahfiz yang aku maksudkan tadi. Bangunannya besar dan ketat sistem sekuritinya. Setelah mendaftar dan mengambil pas pelawat, aku masuk untuk melihat persekitaran sekolah. Aku dimaklumkan yang kawalan ketat itu bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap para pelajar. Lagipun hanya ibu bapa yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil anak mereka. First impression, aku rasa anak aku selamat di lepaskan untuk belajar di sini selain dipasang CCTV di setiap bahagian bangunan.
Pandangan biasa kita terhadap sekolah tahfiz, kita akan fikir sekolah pondok yang terletak di pinggir bandar, kemudahan dan fasiliti yang terhad dan fokus kepada tahfiz Al Quran 24/7. Tetapi apa yang menariknya di Rizq Islamic School ini, sistem pembelajaran yang diterapkan berasaskan konsep "play based learning" sebagaimana yang diterapkan oleh negara Findland dan Jepun.
Melalui kaedah ini, ia dapat membina rasa seronok anak-anak untuk datang ke sekolah tanpa rasa dipaksa. Tidak hanya tertumpu untuk melahirkan Hafiz Quraan semata-mata malah juga melahirkan seorang pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik. Sistem ini juga telah diiktiraf oleh MOE, UPKK, KSSR dan KSRA.
Bila aku pusing melihat keadaan sekitar, aku dapat lihat fasiliti dan bilik pengajarannya sangat moden dan mesra kanak-kanak. Berwarna-warni dan menarik. Ada gimnasium, playroom, makmal komputer dan sains, bilik senireka, surau, student and teacher's lounge, auditorium dan banyak lagi. Bagi aku bangunan 3 tingkat tu penuh dengan bilik-bilik pembelajaran yang menarik, santai dan bakal dilengkapi penghawa dingin.
Setiap kelas hanya menempatkan 20 orang pelajar sahaja dan bahasa perantaraan yang digunakan di sini adalah Bahasa Inggeris. Tak seperti sekolah tahfiz yang lain, Rizq Islamic School ini telah didaftarkan sebagai pusat peperiksaan. Jadi setiap peperiksaan besar akan dijalankan sendiri di sekolah ini.
Selain daripada itu, sekolah ini juga telah didaftarkan di bawah jenama Apple di mana hanya produk-produk Apple sahaja akan digunakan di dalam sesi pembelajaran di sini. Contohnya sewaktu di auditorium, setiap pelajar akan dibekalkan IPad untuk digunakan dalam sesi pembelajaran. Ilmu Falak, Astronomi Islam dan Robotik juga diterapkan sebagai silibus tambahan aktiviti kokurikulum selain subjek sedia ada.
Bagi mereka yang berada di sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya, pihak pengurusan Rizq Islamic School ada menyediakan pengangkutan khas untuk mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah. Kelas akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang. Ibu bapa boleh mengambil anak-anak mereka sehingga pukul 7 petang dan anak-anak mereka akan dipantau oleh guru yang bertugas setiap hari. Caj hanya akan dikenakan jika lebih daripada waktu yang telah ditetapkan.
Ok ada berita baik, yuran pendaftaran RM580/sebulan ditawarkan kepada 100 orang pertama yang mendaftar untuk belajar di Rizq Islamic School berbanding harga yuran asal iaitu RM600++/sebulan selama 3 tahun. Pada aku harga yuran yang ditawarkan sangat murah berbanding yuran yang ditetapkan oleh sekolah private yang lain. Lebih-lebih lagi Rizq Islamic School menyediakan prasarana, fasiliti dan sistem pembelajaran bertaraf antarabangsa.
Dengan tambahan RM200/sebulan, pelajar akan dihidangkan juadah makanan sihat berjadual 3 kali sehari. Bagi pelajar yang punya masalah pemakanan atau terdapat alahan, ibu bapa juga boleh request supaya pihak pengurusan boleh sediakan makanan mengikut permintaan.
Pengambilan untuk sesi 2017 telah dibuka sekarang.. Untuk sebarang pertanyaan, boleh la layari atau hubungi :
Laman web : www.rizq.edu.my
Facebook : www.facebook.com/rizqschool
Instagram : RizqIslamicSchool
Twitter : www.twitter.com/RIS_School
Facebook : www.facebook.com/rizqschool
Instagram : RizqIslamicSchool
Twitter : www.twitter.com/RIS_School
Wisma RIZQ,
Lot. 1456-2
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor
Tel : +603 8912 0447
WhatsApp : +6018 961 1615
50 Comments
Your sharing sounded like paid advertisement.berbayar ke post ni?
ReplyDeleteEven paid advertisement pun apa salahnya, marketing method lah tu kan. Lagipun international islamic school, bagus untuk ketengahkah sekolah islam antarabangsa ni. Kalau bukan kita siapa lagi? :)
Deletesemoga makin banyak sekolah macam ni yang dibuka di Malaysia =)
ReplyDeleteAda lagi satu, Seven Skies International School. Mereka mendahulukan pelajaran berdasarkan pembangunan karakter instead of just academic excellence
Delete580 sebulan...
ReplyDeleteNmpk mcm berbaloi klu lihat fasiliti dan suasananya. Namun yg pasti ia hanyalah utk orang berada.
Well, rasanya kalau untuk anak, why not kerja lebih sedikit untuk tampung kos tu bagi mereka kan :) rather than tukar kereta baru or shopping here and there or eating at fine dining restaurants :)
DeleteDah kalau gaji 1000++ sebulan nak kerja lebih macam mana, kereta pun tak pernah tukar?
DeleteDah kalau gaji 1000 hantar je la ke sekolah biasa. Mengukur baju di badan sendiri.bila tak mampu jangan nak salahkan sesiapa. Sekolah ni pun sekolah swasta bukan dapat peruntukan dari govt.ramai je org yg berjaya juga sekolah di sekolah kerajaan. Tak faham aku golongan2 yg suka komplen ni. Tak mampu buat cara tak mampu la.
Deletekan.,..tau komplen je diorg ni.
DeleteDi kawasan Bangsar/PJ ada Islamic school tak?
ReplyDeleteAda sekolah menengah?
ReplyDeleteAda sekolah menengah?
ReplyDeleteAda asrama ke
ReplyDeleteAda asrama ke
ReplyDeletesekolah harian, tak ada asrama
DeleteUntuk yg tinggal di sekitar Shah Alam, Subang, Sungai Buloh, Kota Damansara, jika berminat dengan pendidikan tahfiz dan akademik berperantaraan bahasa Inggeris dan Arab, dari peringkat tadika hingga menengah, cuba lawati fb
ReplyDeleteIHES school Subang Bestari
Ada paparan aktiviti, testimoni dan kadar yuran untuk perbandingan.
Boleh apply menjadi tenaga pengajar?
ReplyDeleteKalau boleh, bagaimana caranya?
Tuan boleh terus direct hubungi pihak pengurusan Rizq Islamic School
DeleteStart umur berapa boleh hantar sini? 5 tahun boleh ke?
ReplyDeleteBagusnya.. harap ada juga sekolah mcm ni di Johor
ReplyDeletePuan boleh ziarah sesawang www.mountsafa.com
DeleteSekolah Antarabangsa Islam Mount Safa.
Puan boleh ziarah sesawang www.mountsafa.com
DeleteSekolah Antarabangsa Islam Mount Safa.
Puan boleh ziarah sesawang www.mountsafa.com
DeleteSekolah Antarabangsa Islam Mount Safa.
Bagusnya.. harap ada juga sekolah mcm ni di Johor
ReplyDeleteBestnya..
ReplyDeleteDekat je ngn umah parents...
Kalau kt jb ada lg best...
Wowww..sangat2 menarikk!!!
ReplyDeleteHope boleh buka kt johor
ReplyDeletePuan boleh ziarah sesawang www.mountsafa.com
DeleteSekolah Antarabangsa Islam Mount Safa di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.
Puan boleh ziarah sesawang www.mountsafa.com
DeleteSekolah Antarabangsa Islam Mount Safa di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.
Wahh..menarik..macam nak gi tengok sendiri..terima kasih sbb share..kalau x memang xtahu..
ReplyDeletewow menarik.. tak pernah tahu ada sekolah ni di kawasan ni.. biasa je lalu sini.. tq sharing.
ReplyDeletewow menarik.. tak pernah tahu ada sekolah ni di kawasan ni.. biasa je lalu sini.. tq sharing.
ReplyDeletekat Ipoh ade tak?
ReplyDelete580 + 200 (yuran + makanan) sebulan..? betul tak?
ReplyDeleteKalau kat putrjaya pin, sekolah private "biasa" pun harga lebih kurang sama je ni.. Berbaloi kalo hantar anak ke sana, nampak menarik giler sekolah ni
ReplyDeleteKalau kat putrjaya pin, sekolah private "biasa" pun harga lebih kurang sama je ni.. Berbaloi kalo hantar anak ke sana, nampak menarik giler sekolah ni
ReplyDeleteSekolah baru berdaftar, mcmna boleh jadi pusat peperiksaan besar? Mcm tak betul iklan publisiti sekolah.. Dan untuk jadi pusat peperiksaan, pelajar yang akan mengambil peperiksaan ada had yang perlu di lepasi utk membolehkan sesuatu sekolah menjadi pusat peperiksaan..
ReplyDeleteSekolah menengah ada tak..?
ReplyDeleteSekolah menengah ada tak..?
ReplyDeletebukak satu kat taiping pls..heee
ReplyDeleteTerbaik sekolah international tahfiz ni... Zaman dah maju... Dlu skolah tahfiz je mesti igt skolah pondok ! Now dah ada bangunan sekolah sendiri....
ReplyDeleteYa Allah.. Kebetulan memang tengah cari tahfiz untuk anak perempuan bagi tahun 2018. Sekarang sekolah di Putrajaya sekolah kebangsaan biasa tapi sebab anak more into Islamiah lebih baik serapkan terus dari sekarang. Thank you so much for the very useful information.
ReplyDeleteSorry to say.. ni plan nk kuarkan anak dr riqz.. management teruk
ReplyDeleteSeriously? I actually changed my mind sebab masa I pergi awal bulan ni the management bagitahu diaorang baru lagi dalam 7 bulan sahaja beroperasi. And I noticed that the pricing is quite ridiculous, jelas sekali pada uniformnya sahaja berjumlah ratusan. So doesn't make sense. I think macam dah lari pada nawaitu asal untuk mendidik generasi baru ke ilmu akhirat dan dunia.
DeleteSuatu hari akan hantar ke sini. Vantik dan selesa untuk anak belajar
ReplyDeleteAwas, Rizq Islamic School adalah MARKETING SCAM. Rujuk ulasan saya pada google page Rizq.
ReplyDeleteYe ke..alhamdulillah saya mengajar lebih baik daripada sebelum ini kerana banyak workshop2 untuk menambah ilmu guru guru rizq. Boleh rujuk di FB Rizq Islamic School.
DeleteOh, Unknown ni cikgu kat Rizq ke?
DeleteTerima kasih atas segala tunjuk ajar kepada anak saya sepanjang 3 tahun ini.
Saya tak ada masalah dengan cikgu-cikgu sebab puan-tuan (tak ramai tuan) hanya bekerja dengan Rizq. Saya amat kecewa dengan pemilik dan pengurusan Rizq yang tidak jujur dan banyak mengelirukan ibubapa kononnya mereka menawarkan sistem, fasiliti dan tenaga pengajar yang terbaik hingga kami sanggup membayar harga yang premium.
Sedangkan bila difikirkan balik, apa yang "Finland"nya selama ini? Floating class = Finland system?
Rasanya cikgu-cikgu di Rizq pun tak tahu apa sebenarnya Finland Education System.
Banyak benda yang dibuat "for show" semata-mata nak menarik pelanggan baru, sedangkan keadaan sebenar adalah indah khabar dari rupa. Disiplin pun ke laut, pengurusan sekolah ke lautan terus.
Harap maaf, kami memang rasa tertipu dan saya yakin ramai ibubapa sediada dah sedar sekarang.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaduhai..bru planning nk dftar n dh siap whatsapps admin RIZQ..management xok rupanya..
ReplyDelete